Mari Kita Menggeletar Sampai Mati Khamis Depan !!!

credits to Nurhakim Ibrahim


SILA PERHATI RESULT DI ATAS DENGAN TELITI DAN SEBAIK MUNGKIN

ADAKAH KITA BOLEH MEMPEROLEH KEPUTUSAN SEBEGITU ??

ADAKAH KITA LAYAK MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG??



HAHAHA Cuak doe aku tengok slip result SPM tu. Marilah kita bersama-sama menggigil sambil menggeletar sambil bulu roma semua tegak disebabkan takut + cuak + risau dan segala perasaan yang sekutu dengannya. FYI, ni ciplak je tau. Bukan result betul-betul pun. Kawan aku yang pegi ubah, konon bagi semangat nak dapat straight A+++.

Hari ni dengan rasminya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia that also known as Sijil Panggilan Maut ( Oppss. Kelas kami panggil Sijil Paling Mudah) akan diumumkan Khamis depan, 11 Mac 2010.Takde lah diumumkan pun, datang sekolah, cek la sendiri. Heheh. Kalau siapa2 yang rasa masih tidak percaya dan tak puas hati, sila lah kelik sini.

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris - Memang boleh yakin 2 subjek ni dapat A. HAHAH Soalan tahun ni susah sikit, peribahasa pelik2 doh! Ntah peribahasa ceruk mana dia amek. Ke aku yang kolot ??

Mathematics & Additional Mathematics – Both of subject yang bagai langit dan bumi bagi aku. Math aku yakin dpt A+++ sebab soklan memang senang gila dan gila tapi Add Math memang buat aku dan ntah sape-sape jadi gila !!! Aku tak pernah lulus Add Math tau!

Sejarah - Thanks to Sir Azlee for the SPOT ! HAHAH Tak caya je semua spot keluar, walaupun ada yang spot tak keluar.

Chemistry, Biology, Physics - Tiga subjek yang memang dikatakan killer buat kamek-kamek yang sangat tak berapa terer. Alhamdulillah, masa exam betul2 baru aku dapat jawab full, fully-loaded. HAHAH First time mintak kertas lebih sebab nak jawab + sketch answers. Salu conteng-conteng tulis ayat jiwang surat chenta

Bahasa Arab Tinggi - HEHEHE Bangga kejap sebab tak pernah dapat bawah daripada A. But first time jugak aku buat karangan yang TERsangatLAH pendek. No ideas, tak faham dan ngantok la kot sebab pagi.

Pendidikan Syariah Islamiyah & Pendidikan Al-Quran As-Sunnah – Susahhhh la jugak. Memang nak A, sebab trial boleh dapat, nape betul punya tak boleh kan ? Hope so. INSYAALLAH.

gambar hiasan. takde kena-mengena dengan sapa-sapa pun


So, mari kita doa, solat hajat, baca Yaasin ramai-ramai ehh. Elok jugak buat Qiyamullail dengan Dhuha. Tapi jangan sebab result nak keluar, baru nak jadi baik. Baru nak setat bertaubat. Result dah print, mane boleh ubah dah. Tapi keep on doa aje. Kot-kot TERubah ke. KUN FAYAKUN.
Recent Related Posts

15 thoughts on “Mari Kita Menggeletar Sampai Mati Khamis Depan !!!

  1. sama la ngan aku…add math and math mcm langit dgn bumi je result aku..kenapa la addmath tu dicipta??alahai..math best wo!!haha…admath seingat aku sekali dua je lulus,SPM last2 dpt D…normal..haha

    yg 3 subjek puaka tu mmg la jgn kabokan kat aku,sriyes benci..haha
    kimia rasa nak terbelit2 lidah ni menghafal nama2 pelik merapu tu…haha
    wanie´s last [type] ..-rasa loyamuntah2takkan!-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge