Kes Dera : Sup Tangan Bayi, Cacat Seumur Hidup

Hai Malaysia! Salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua. Huhuh Petang ni saya terkesima sikit lepas tengok front page Harian Metro tadi, kes penderaan kanak-kanak kecik dan comel serta tidak bersalah yang dilakukan oleh pengasuhnya sendiri. OMG, even dia tu Chinese boy, tapi saya tetap rasa kesian pada beliau.

KUALA LUMPUR : Hati mana yang tidak sebak tatkala melihat kedua-dua tangan seorang kanak-kanak comel berusia dua tahun melecur teruk hingga tertanggal kulit dan kuku selepas didera pengasuhnya yang dipercayai mencelupkan tangan mangsa dalam sup panas.

Bagaimanapun, rahsia penderaan itu hanya terbongkar dua hari selepas kejadian sebelum kanak-kanak terbabit dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini, akibat parah.

Lebih serius apabila doktor tidak menolak kemungkinan mangsa, Chua Wee Leong, 2, bakal cacat kekal pada jari tangan manakala luka luarannya pula mengambil masa lebih tiga bulan untuk pulih.

OMG OMG kat Cheras pulak tu. Sungguhla memalukan rakyat bandar Cheras ni. Tapi, bila di fikir balik, mungkin jugak pengasuh tu tak bersalah, mana tau budak kecik tu ke celup sendiri. Yelah, siapa tau kan? Budak tu baru berusia 2 tahun. Pemikiran kanak-kanak ni lain. Diorang ni lebih mempunyai perasaan ingin tahu dan nak try something new.

Tetapi boleh jadi jugak memang pengasuh tu yang dera budak tu. Kalau betul lah, alahai. Dapat gaji RM900 sebulan, kenapa nak didera-dera? Jadi ibu bapa sekalian, cari orang yang betul-betul di buat pengasih pengasuh. Nak lagi bagus, asuhlah anak sendiri, didik mereka dengan cara anda (khas untuk ibu bapa ni).

Tengok, my parents berjaya didik  dan asuh kami 6 beradik tanpa ada seorang pengasuh pun! Elok je kitorang jadi orang pandai, jadi orang baik. HAHAH Angkat bakul masuk sendiri betul. Ehh, betul ke? Pedulikan. Okeyy.

Renung-renungkan. Dan selamat beramal ! :D

sumber : myMetro

27 thoughts on “Kes Dera : Sup Tangan Bayi, Cacat Seumur Hidup

    • Tau takpe, my mom tak penah nak dera anak sendiri, anak orang sekalipun, marah je tapi. Aduihh binatang pun lagi ada perasaan tauu

    • HAHAH aku pun rasa macam tak logik budak tu sendiri tak celup. Okeyy kalo dia celup pun mungkin kejap je la, sebab nak tau amenda kan. Then mesti dia terus tarik tangan sebb benda tu panas. Takkan nak biarkan en. *reflect action* kan kan kan.

  1. mungkin gak pengasuh dia tak wat…tapi klu dak kecik tuh yang termasuk sendiri tangan dia…cam tak logik lak…bila rasa sakit mesti dia kuarkan tangan dia…then mesti tak seteruk tuh…em tah lah…pape pun cian dak tuh…maybe dia nakal sangat tuh yang pengasuh tuh geram gile sampai wat camtuh…macam2 kemungkinan lah plak..hehe
    .-= fetty´s last blog ..BESAR PUNYER!!! =-.

  2. Pingback: Tweets that mention Kes Dera : Sup Tangan Bayi, Cacat Seumur Hidup | Blog is Found, okey? -- Topsy.com

  3. aku rasa budak ni yang main celup2 tangan. biasa la budak tengok sumthing menarik dalam sup… sapa tak moh celup

    maybe dia tak awasi budak tu.. tu silap dia
    dan dia bagi budak tu sup panas bebena.

    tapi aku tak rasa la dia celup tangan dak tu

    apa pun style la tangan dia..
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Robot Spam Berbahasa Malaysia =-.

  4. kesimpulan, si pengasuh rase sup tuu agak tak berape nak sedap

    jadik, disebabkan faktor mate si pengasuh itu kurng penglihatan *cacat mate belah kiri (takde kene ngene pon)

    lantas die ngat tangan budak tuu garam.
    die letak lah due cubit yakni due tangan budak tersebut

    *dah takpaham nape aku merepek

    yg penting, takyah gune pengasuh lah,
    jage sendiri,
    rumah bersepah takpe jangan anak bersepah.
    haha ;)
    *panjang berjele
    .-= .aira.´s last blog ..care mintak CLASH zaman moden =-.

  5. 1stly jgn terus salahkan pengasuh tu. barangkali kita yang mendapat maklumat di media belum tahu cerita sebenar.
    apapun, kisah ni memang tragis. kasihan pada baby tu. malang tak berbau kan?

    for parents yang ada anak kecil, meke sure learn something from this story. careless skit je, macam2 jadi.

    just droppin by tuan umah :)
    .-= missnina´s last blog ..Trip to Sg. Tekala =-.

  6. tu yang susah bila hantar kat pengasuh
    nakal sikit dera, cubit

    nak salahkan mak bapak pun tak boleh juga
    sebab masing2 keje mencari rezeki

    betul tak heee

  7. salam zida,

    mmg terkejut jugak baca paper pasal nie, kesian betul kat budak tu…eee tak dapat nk byangkan klu anak kakyan ditempat mcmtu..nauzubillah

    syukur anak2 kakyan yg jaga :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge