Para belia sekalian. Tengok banner di atas ini baik-baik. Belia-belia negara je tau. Siapa rasa yang dah bukan belia tak boleh baca. HAHAH Takdelah, gurau je. Jangan ada yang terasa hati pulak. Macam biasa, tadi saya blogwalking membaca entry-entry best, sekali terjumpa entry mengenai Creative Youth Blog kat blog kak Dahlia ; suatu program baru yang dianjurkan oleh ITYM bersempena Hari Belia Negara 2010. Nak tau apa itu ITYM, sila baca sampai habis.
Apa itu ITYM?
ITYM adalah singkatan daripada perkataan Information Technology Youth Movement yang merupakan sebuah badan atau pertubuhan belia berdaftar yang ditubuhkan bagi mengumpulkan blogger-blogger dan penggemar IT di seluruh pelosok tanah air.
Pertubuhan ini diwujudkan agar semua bloggers diberi peluang untuk bersuara dan memberikan pendapat dengan baik tentang isu-isu semasa dan kenegaraan tanpa ada kekangan dan halangan daripada mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk membanteras golongan blogger yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertatasusila.
Harapan Saya untuk Kerajaan kepada Blogger Muda
Saya, selaku rakyat Malaysia yang memegang nama sebagai salah seorang blogger muda di negara ini sememangnya mempunyai pelbagai harapan dan impian yang diharapkan dapat dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam memacu nama negara ke arah kegemilangan negara.
Antara harapan-harapan saya ialah :
Kerajaan dapat mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai bahawa berblogging bukanlah suatu pekerjaan yang membuang masa bahkan ianya mengisi masa lapang dan sedikit pendapatan sampingan boleh diperolehi.
Kerajaan perlu mengadakan pengiktirafan kepada belia-belia yang kreatif dan inovatif terutamanya belia luar bandar demi mewujudkan rakyat Malaysia yang celik IT walaupun berada di luar bandar.
Wujudkan platform dan ruang interaktif yang mana wakil-wakil daripada pihak kerajaan dapat meluangkan masa membaca komen dan pandangan serta pendapat daripada masyarakat sekeliling.
Selalu menganjurkan aktiviti-aktivit bersama para bloggers agar dapat lebih dikenali dan mengeratkan silaturahim. Contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti Gatsby Deodorant Street Fair yang diadakan oleh syarikat Nuffnang (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Gatsby bulan lalu.
Ini adalah antara harapan saya yang tidak seberapa. Semoga kerajaan Malaysia dapat melaksanakan harapan kami demi
Hari Belia Negara 2010
Jemput datang beramai-ramai ke Putrajaya untuk memeriahkan sambutan Hari Belia Negara bagi tahun 2010 ini. Tak sangka juga saya banyak betul acara-acara yang dijalankan. Menarik! Antara aktiviti yang akan dijalakan termasuklah :
- Pertandingan Band / Cheer Leading / Extreme Dance
- Pertandingan Kabbadi / Tomoi
- Persembahan Nasyid & Konsert Rabbani
- Pertandingan Kayak / Perahun Panjang
- Anugerah-anugerah untuk Para Belia

Dan lain-lain lagi. Woahhh. Serius agak teruja tengok. HAHAH Semua aktiviti berlangsung di Putrajaya bermula 14 Mei 2010 dan berakhir pada 16 Mei 2010. Maklumat lanjut klik sini. Jumpa anda di sana
p/s : Rasa macam tulis karangan BM SPM pulak.
p/s/s : Orang nak cakap apa, cakap la. Janji saya nak join jugak!



Pingback: Colleen-Kawaii.Com Terima Sijil Pengiktirafan | Blog is Found, okey?
Pingback: Penat. Jadi Junior. Orientasi. CFS IIUM. Rezeki. Top 10 YCB. Hadiah Nuffnang | Blog is Found, okey?
Tahniah coz terpilih top10 bloggers creative youth blog
Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat untuk penyediaan sijil..
untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami… http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq
.-= itym admin´s last blog ..Pemenang Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara 2010 =-.
Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat untuk penyediaan sijil..
untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami… http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq
majulah blogger untuk negara!
.-= aizuddin´s last blog ..Sambutan Hari Belia Negara 2010 =-.
Thanks bro
mcm interesting je kan?
nak pergi, aku pun kena buat harapan tu ke?
.-= syue´s last blog ..cita cita que haidar masa dia kecil =-.
Hahaha boleh je tak buat, tapi ko tak diregisterkan sebagai ahli la. Hehehe
wah! cam best!
tapi taktau la bole pegi ke tak.
sure eh ko nak pegi?
.-= farah ada´s last blog ..11 =-.
Hahaha tatau la. Jom pegi sesama jom nanti. Heheh =P
.-= Zida´s last blog ..Creative Youth Blog – Harapan Saya untuk Negara =-.
Pingback: Tweets that mention Creative Youth Blog – Harapan Saya untuk Negara | Blog is Found, okey? -- Topsy.com
zid..ko nak gi la ni eh
Nak ikott? Jom. Hahah
guess what?? ur entry very nice zida! cukup rencah.. i think u will get it..
baca entry zida ni, terus rasa mcm xlayak jer sis:)
.-= DaHLia´s last blog ..50 Blog dijemput menyertai Creative Youth Blog! <mesti baca!> =-.
guess what?? ur entry very nice zida! cukup rencah.. i think u will get it..

baca entry zida ni, terus rasa mcm xlayak jer
.-= DaHLia´s last blog ..50 Blog dijemput menyertai Creative Youth Blog! <mesti baca!> =-.
Alolo. Ada ke cakap macam tu. Zida pun trying error je lah. Heheh kalau dapat nanti (kalau) Zida ajak akak join datang sini ehhh
ahaks~ congratz.. hehhe
aq x layak lagi rasanya masuk nih… hehehhehe
kalau ade vote, aq akan vote utk anda.. ahaks~ just roger2.. ahaks~
.-= kaizen´s last blog ..SuSaHNYa LeLaKi MaSuK SYuRGa…………………. =-.
Heheh thanks. Tu pun kalau ade la. Ni pon sesaje mengisi kekosongan waktu.