Freddy Buat Aku Nightmare Sepanjang Petang !!

Halolo. Pelik-pelik la aku ni. Ada ke bagi tajuk ‘Aku Nightmare Sepanjang Petang’. Korang tak rasa pelik ke? Kata ‘NIGHTMARE’ tapi petang pulak. Haiyooooo. Tapi betul, Zida sangat gila tadi plus seram sejuk, menggeletar dan menggigil sebab duduk 1 jam dalam TGV Cinemas. HAHAH Tadi berkesempatan keluar jalan-jalan bawak Nurul Umirah si budak dari Klang. Elok-elok plan shopping, terus pergi Jusco tengok movie terbaru “A Nightmare on Elm’s Street”.

OMG. Memang bagi kitorang betul-betul nightmare tengok movie ni. Scene suspens movie ni agak gila, rasa boleh bagi orang sakit jantung. Dengan bunyi kuku tajam yang mengilukan, sebanjir darah merah pekat yang dalam dan membuak-buak, orang yang kena bunuh dengan tiba-tiba dan jeritan yang mengasyikkan menyakitkan telinga. Lomah semangat den.

Sedikit sinopsis dan scene menarik ;

Ada 5 orang pelajar sekolah tinggi tinggal di Elm’s Street dan mereka seringkali bermimpi tentang perkara yang sama.  Mula-mula diorang tak dapat nak terima hakikat itu, tetapi setelah 2 orang rakan mereka mati, mereka mula tertanya-tanya akan punca sebenarnya. Diorang ni tak boleh tidur, sebab kalau tidur je, diorang akan bertemu Freddy, hantu yang nak sangat bunuh budak-budak tu. Alahai. Tidur kejap je boleh mati. Cara tak nak tidur, melukis, menyanyi dan guna dadah, Ending? Sila tengok sendiri. Heheh

Gila ngilu!

Scene best punya. Elok-elok perempuan tu tengah kangkang mandi, tangan kuku besi tu muncul kat tengah. Hoho

Baik punya. Mayat kena bungkus dengan plastik muncul tetiba, siap ada darah meleleh-leleh. Wooo geli-geleman. HAHAH

Hensem kan Freddy? Bakal menghimpit korang dalam mimpi.

Thumbs up for this movie. Ending best jugak wooo. Menjerit tengok walaupun si Freddy tu dah kena bunuh balik. Hoho. Jadi, ingat moral from this story. Jangan lupa baca doa plus ayat kerusi dengan 3 Qul sebelum tido. Rasulullah pun pesan banyak kali, semoga kita terhindar dari gangguan makhluk-makhluk durjana. Okeyyy :)

pesanan Malam Jumaat ~

Recent Related Posts

25 thoughts on “Freddy Buat Aku Nightmare Sepanjang Petang !!

  1. Pingback: Tweets that mention Freddy Buat Aku Nightmare Sepanjang Petang !! | Blog is Found, okey? -- Topsy.com

    • Dah lama da kuar. Heheh. Ada scene patung boneka? Ohisshh yang ni takde pasal patung pun. Pasal freddy si tukang kebun tu je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge