Anas Tahir Unggul Di Youtube, Best!

Cerita sensasi di kedai kopi yang bakal saya ceritakan dalam entry ni mungkin dah lapuk bagi segelintir blogger. Saya tau saya ni memang ibarat katak di bawah tempurung, selalu sangat ketinggalan dengan berita-berita sensasi macam ni. HAHAH Ekceli Zida pun baru tau pasal Anas Tahir ni lepas tengok video beliau kat blog si Asma’ ni.

Tengok je video tu Zida dah tau dia ni mesti ada hubungan dengan Faizal Tahir, sama ada dia adik FT atau abang FT. Tapi tak mungkin Anas ni abang kan, sebab muka dia lawa dan handsome sikit kot, nampak la lagi muda dari si FT tu.

Oh ya, kalau ada yang masih tak tau, Anas ni dulu pernah join kumpulan Far East dulu, tahun 2005 kalau tak silap . Beliau sempat nyanyi together dan buat rakaman untuk album “Halawatul Iman” dengan “Nur Syahadah”. Seriously, Zida suka gila lagu-lagu dalam album tu. Tapi lepas tu, Anas keluar dari kumpulan tu sebab nak sambung pelajaran kat Swansea University.

Swansea University = Universiti Laut Angsa. Apakah?

Disebabkan itu, sekarang beliau sangat suka menyanyi pelbagai lagu dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau, dinaik-turun di laman sesawang Youtube *apa kes skema punya ayat* Rasa nak tengok video-video dia, sila klik sini. Tapi serius cakap, suara dia, gaya dia, style dia sejiban macam FT. Best kot! Sebab tu dia sangat famous kat Youtube.

Rasa nak hayati, tekan lah. Heheh.
Betul ke Anas masuk Melodi minggu niiii?

Nota Kaki ;
1. Timetable dah dapat, tapi lecturer tak masuk-masuk kelas. I loikkee~ :)
2. Petang ni ada Pasar Malam, yeayyy nak keluar shopping makanan bebanyak
3. Online kat CC je, laptop tak beli lagi. Brothers kongker main game!!!!
4. Boleh ‘Like’ fan page Anas Tahir kat sini.

Recent Related Posts

19 thoughts on “Anas Tahir Unggul Di Youtube, Best!

    • HAHAHA beselahh. Kalau abang dia dah femes, mesti la die nak femes skali kann. Lagipun dia memang penah masuk Far East, so automatically dia boleh femes dengan cepat. Kan kannn

  1. Salam. haha ehh aku baru first time dengar pasal anas ni. a’a la weh muka atas tuh macam muka faizal tahir. tapi yeahh muka anas lagi muda dan suci. hehehe. comel. hee..

    • Kau pun macam aku rupanya. Hahah Tapi ada orang cakap dia ni abang FT, tp pada aku tu tak logik, sebab muka dia suci. HAHAH ;)

    • Koqqq. HAHAHAH comel comel! Muka dia dah la kiut dohh. Ngeh3 tapi kenapa dulu aku tak tau yang dia ni dari kumpulan Far East ? Padahal aku selalu je dengar lagu2 diorang. Haishhhhh~

    • Heheh Zida surely tak sempat nak tengok last week, sebab ada hari anugerah kecemerlangan kan. Heheh. Amboi.. Banyaknye adik beradik FT tuhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge