Cara Penjimatan Duit Di Kala Elaun Tak Masuk Lagi

Ohhhhh sekarang duit mengalir seperti air. Laju je keluar dari dompet dan bertukar milik. Korang tak tau betapa sengsaranya bila duit dalam dompet tinggal singgit dua je. *korang tu special untuk siapa-siapa yang ‘miskin’ macam Zida* HAHAH tapi padan muka sendiri la kan. Elok-elok ada RM100 dalam tangan, tinggal RM2, pastu withdraw kat ATM RM10 habis jugak. Haiyooooo sangat boros lah aku ni! Nak buat calculation kejap.

Makan – (RM3 x 3 kali) x 7 hari = RM63
CC – (RM2 x 2 jam) x 2 kali seminggu = RM8
Basuh baju guna mesin – RM2.50 x 2 kali = RM5
Lain-lain = koman-koman RM30

Tengok! Mau RM100 lebih seminggu. Cuba kira untuk 30 hari. Gila gila gila. Ni baru duit keluaran FaMa (father mother okey), belum duit kerajaan bagi. Kot lepas ni elaun dah keluar, lagi laju kot. HAHAH ini tidak boleh jadi. Kena control pengeluaran duit. Oleh itu, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan masyarakat seantero dunia, Zida telah menyediakan beberapa “Tips Penjimatan Uang Tatkala Takde Duit” =.=

1) Banyak-banyakkan berpuasa
Semua orang pun tau, sekarang ni dah bulan Rejab dah kan. Lepas tu Syaaban lepas tu pulak Ramadhan, tau-tau lepas tu dah raya then Final Exam. Adoi >.< Rasulullah pun menggalakkan kita semua untuk berpuasa 2 bulan sebelum Ramadhan. Jadi, duit akan keluar time nak berbuka je. Tapi berpada-pada la nak beli lauk tu. Contohi Zida yang suka beli air sampai 3 jenis bila berbuka dengan seketul ayam sahaja. Heheh

2) Cari laptop atau komputer free.
Part yang ni aku tak suka. Online itu menjadi sebahagian aktiviti dalam kehidupan seharian. Tapi disebabkan laptop takde, tu lah kena pergi CC kan. Jadinya, cara terbaik untuk berjimat cermat, sila pergi ke library. HAHAH boleh on free kan kan. Takpun, mengayat la sket member-member yang ada laptop plus berukband tu. Jimat fulus korang.

3) Basuh baju guna tangan.
Pemalas betul kalau asyik nak guna mesin je. Ingat bersih sangat ke baju guna alat elektronik tersebut? Halolololo nasihat kepada si pemalas membasuh baju sendiri. Kalau dah malas sangat, rendam, pastu spine dalam baldi, then letak softlan sket, pastu rinse a.k.a perah dan libas, pastu sidai. HAHAH takpun, kumpul la berbaldi-baldi, agak dah sampai masa nak balik rumah, ha, bawak la semua baju tu!

4) Pinjam je buku orang lain
Lecturer cakap buku teks wajib dibeli. Alolo. Ingat singgit dua ke? HAHAH meh, Zida nak ajar korang. Agak-agak segan nak mintak duit kat mak ayah buat beli buku, korang pinjam je la orang punya. Boleh sharing notes kan. Tapi salunya bab beli buku mak ayah bagi je kan duit?? ^_^

5) Jangan terpedaya dengan tipu helah bisnes
Zida nak sentuh sikit bab ni. Bukan apa, one of my friend dah terkena. Tapi bukan kena apa sangat pun. Duit dia sebanyak RM500 ++ terbang lepas dia join satu bisnes. Bisnes apa, tak payah la cakap kat sini. Tapi yang pasti, profit yang dia akan dapat takde la banyak mana, pastu kalau nak suruh orang join pun susah. Jadi, nasihat daripada usahawan Jus Jambu Merah Jambu, baik korang join bisnes aku je! Heheh

Nahh. Video spesel untuk korang. Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Recent Related Posts

15 thoughts on “Cara Penjimatan Duit Di Kala Elaun Tak Masuk Lagi

  1. oit budak kecik,,basuh baju gne tgn la..sape suh pki mesin..haha..cm x base lak kt asrama dolu2..haha..thn nafsu makan tu cket..ngeh3

    • Hak hak. Aku kat hostel dulu pon basuh guna mesin tau tau. Tapi kat asrama murah sket. So aku macak expect la kat sini punya mahal. HAHAH RM2.50 bai! Ngeeee bab makan aku memang tak boleh nak tahan beb :-P

  2. yang bisnes tu meratarata and menyampah gila okay. ramai nak tarik tp tau klentong je -.-” and da menyesal skrg huhu.

    btw cc tu boleh elakkan. kawal jiwa okay budak :)

    and makan, if kat gombak jangan harap nak dpt rm3! tu paling minimum kot haihhh.

    • Sekarang kawan tersebut sudah menyesal, tapi x boleh nak patah balik dah kan. Kena go on je. Huhuh~
      Hahah sekarang memang dah jarang nak lepak lepak sasuke hati kat CC. Busy gilaaaaa~ Dan makan still tak boleh nak kawal lagi. HAHAH asek rasa nak maaaaaakan je!

    • Takde lah. Ni umum okeyyy. Untuk ko, budak-budak matrik dan sesapa saje layak untuk contohi tips bodo-bodo aku. HAHA Aku tengah berusaha berjimat cermat la ni. Ngeh3 Takpe syue. Ko jangan contohi aku tau. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge