KEMPEN : Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel

Entry ini melekat. Entry terbaru kat bawah.

Ya ALLAH, kami letakkan Kamu di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka. Ya ALLAH, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Azhab, kalahkan mereka dan menangkanlah kami ke atas mereka…”


Setiap kali baca doa ni, tak tau macam mana nak interpret rasa yang Zida rasa setiap kali baca doa ni. Tengok. Ayat pun dah berulang ulang. Tadi masa tengah start buat entry pasal ni, terdengar radio IKIM.fm baca doa ni. Ya Allah, serius rasa nak menangis, sebak di dada, sedih dan semua lahh.

Tadi blogwalking kat blog Neyra Shazeyra, then ternampak pasal kempen KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL yang dianjurkan oleh blog MOFASAD. Yeahh I’m fully supported that kinda campaign! Walaupun dah lambat even mungkin dah tutup dah atau dah tamat berkempen pun, saya tetap nak buat entry pasal ni.

Seminggu kat CFS IIUM, rasa macam banyak benda tak tau, rasa macam banyak isu semasa tak dapat dengar dek kerana newspaper kat library selalu di kongker oleh orang lain. TV kat hostel tak dapat nak bukak. Bila baca berita pasal Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza, rasa macam nak baling je paper tu.

Kenapa Israel macam tu? Kenapa Barak Obama tak sedar diri? Mereka tak rasa bersalah ke membuat kekejaman terhadap manusia??????? Maklumat lanjut banyak di sini. Inilah. Sesungguhnya kiamat sudah dekat.Tetapi, Allah memang telah melaknat kaum Bani Israel, buktinya ada di dalam al-Quran sendiri.

Semoga dengan ada nya entry ni, kalian pembaca blog saya ini dapat bersama-sama mengadakan Solat Hajat, membaca Doa Qunut Nazilah yang saya telah paparkan di atas dan membaca Yaasin. Yelah, kita tidak mampu untuk membantu mereka di sana, hanya dengan doa, semoga Allah agar memberikan keselamatan, kecekalan hati, kemenangan dan kekuatan kepada saudara se-Islam kita di Palestin, Gaza dan di mana-mana negara Islam.

Amin.

ps.suka khutbah dan doa Solat Jumaat Masjid Negara hari ini.


24 thoughts on “KEMPEN : Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel

    • InsyaAllah saya selalu akan berkempen mengenai ini. Jangan lupa untuk terus mendoakan keselamatan umat Islam sejagat. Amin~~

  1. Pingback: Tweets that mention KEMPEN : Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel -- Topsy.com

  2. masih belum terlambat zid walaupon ko br tau
    tindakan kita perang nafas panjang
    maklumat lanjut perang nafas panjang di langitillahi
    wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge