Tengok muka dia, tengok lakonan dia, kita tak tau pun yang dia ni macam mana sebenarnya. HAHAH Zida sebenarnya tiba-tiba rasa berkenan nak tulis cerita pasal seorang pelakon yang comel chubby gitu. Zida satu family memang minat gila la kat dia, sejak tahun 1998 camtu la kot, masa tu drama bersiri Gerak Khas sangatlah popular. Tepat pukul 9 hari Isnin kot, kitorang satu family duduk ramai-ramai depan TV. Watak Insp. Aleeza, Insp. Mazlan, dengan siapa ntah lagi (hehe dah lama tak tengok) memang coolio la. Best gila time tu.
Ishh. Ni kalau cerita pasal Gerak Khas tak kan habis. Zida nak cerita pasal Inspektor Aleeza tu lahh. Tadi masa kat Facebook saje suka-suka tengok ‘friends update’ sekali ternampak status kat Fan Page beliau. Rasa nak ‘Like’ boleh klik atau search Abby Abadi Lurvly Fanpage. Dan Zida baru tahu beliau dah buat blog. Muahahhhaa aku baru tau! Ketinggalan betul la.
Kenapa Zida tergerak hati nak tulis pasal dia? (adalah lebih molek kiranya Zida panggil dia Kak Abby) Maybe sebab dah fanatik kot. Dah jadi kipas-susah-mati sejak kecik. Suka sangat dulu tengok Kak Abby dengan AC Mizal berlakon sesama. Tapi sejak dah besar ni, Zida pun makin sibuk mengalahkan PM, dah takde masa nak tengok drama-drama bersiri ni lagi. Hahah Okey taknak merepek dah. Berbalik kepada beliau.
Semua orang tau, beliau dulu dulu sampai sekarang kot banyak kontroversi. Yelah, biasalah kalau jadi artis kan. Kontroversi itu, kontroversi ini. Tapi Zida tak akan sentuh isu peribadi beliau kat sini. Sebab, okeyy, Zida dengan member-member pun sangat geram terhadap ‘sesuatu benda‘ yang telah terjadi pada beliau dulu. Korang faham-faham la kan. Tapi tu lah, Zida suka dengan semangat yang Kak Abby tunjukkan. Dia tampak sangat tabah!
Dan semestinya apa yang Zida suka adalah dia sangat sporting. Seyes. Dia rajin melayan semua orang. Dan anaknya yang bertiga itu sangat comel!! Comel macam mama diorang. Danish, Dania, Danisha (3D). Zida teringat masa my mom bersalin adik yang last skali, kalau tak silap la, Zida ternampak Kak Abby satu famili. Aduyaiii. Comel gila Danish masa tu! Rasa nak cubit je pipi dia. Tapi segan la nak tegur pulak kan. Heheh kira my adik, Hakim sebaya dengan Dania (5 tahun sekarang)
Comel kan kan kan? Geram tengok diorang. HAHAH Okeylah. Zida dah malas nak cerita panjang-panjang. You all boleh bukak blog beliau dan jadilah follower kalau nak tau stori hangat dari beliau. Yang pastinya Zida satu kuarga doakan kebahagian Kak Abby dan anak-anak terchenta. Chewahhhh. Kitorang kat sini akan selalu menyokong Kak Abby. Kalau kitorang takde, still ramai lagi yang ada kan?
Semoga tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup. Aja aja Fighting!!
ps for Kak Abby : Sorry ye pinjam gambar-gambar comel tu tak bagitau dulu.
Nota Kaki ;
1) Rasa terharu baca blog dia. Haaa, nak follow klik kat sini.
2) Buffered earning membuak-buak! Yeaahhooo.
3) Nak beli beruk-band apa ye yang best??





suka jugak abby ni..tapi geram jugak kat mak som ni kalau tengok cerita hikayat putera shazlan huhu
etomyam´s last [type] ..Asal Usul Roti John
hikayat putera shazlan tu kat astro eahh? yang cerita budak kecik tu eahhh? hahaha
lama tak nampak dia kat tv..
apa cer skank..
ok ja kot no…..
ade je dia kat tv. hahah nak tau banyak pasal dia, usha fesbuk la. dia rajin update fesbuk
1st time jumpa masa street soccer kat kl, mmg comel la. terbaik
Yup.. Dia memang sangat cute!!
Salam singgah,
mula2 kenal Abby dulu daripada Gerak Khas rasanya. dia mmg cantik, lagi pun tak banyak sangat gosip tak baik pasal dia.. harap dapat bertemu jodoh yang baiklah kan..
kulanz´s last [type] ..Mampukah Malaysia Menangani Isu-Isu “Panas” Dalam Negara
Yup. Betul. Dia sangat comel + cun + baik. Tulah, semoga jodoh dia lepas ni lebih baik dari yang lama. Heheheh
Pingback: Tweets that mention Abby Abadi Suatu Masa Dahulu dan Kini | Blog is Found, okey? -- Topsy.com
salam zida, pekabar? camne study? comeinya gmbr abby ngan anak2nye..nmpk hepi gitu
Waaalaikumsalam
Zida sihat je, alhamdulillah. Hahah study okey la kot. Even ada yang susah2 tu, itu biasalah kan. Kekdg tu tensen gak blaja. Nak update blog pun tak sempat. Huhhuhu
Kak Abby dan anak2nya memang sangat comei
huhu………. tq yang,……. trima kasih krn sudi menulis ttg kita…. akakpun sgt2 baru ..akak pun masih baru sbg blogger ni… so mmg byk lg la y kurang… huhu.. papepun, tq so much k
Heheh you’re welcome. Takpe. Still bleh tingkatkan diri dalam dunia blogging. Sebab dgn blogging pun boleh dpt duit
Gud luck~