Salam. Abaikan tajuk tu. Suka-suka je tulis macam tu. HAHAH Hari ini Zida rasa nak bagi tazkirah sikit. So, saje nak letak kisah ni walaupun rasanya ramai yang dah baca. Tak tau la ni cerita benar atau tak, tapi yang pasti nak menunjukkan keajaiban Ayat Kursi.
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Yelah, sorang-sorang.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan.
Dia pun tanya perogol itu..
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?
Perogol tu jawab:
No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

wah . alhamdulillah . ALLAH sntiasa bersama org yg beriman .
scya lollita´s last [type] .. Pesanan Buat sang suami
subhanallah.
aidi-safuan´s last [type] ..DAMN!!! Gemuk Siot!
Best citer ni.. tp tajuk tu bahaya.. hehe
Azuan´s last [type] ..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010
HAHAH Tau takpe. Yang pasti that’s not word from me. Nauzubillah. Tak nak kena.
hehe.. bagus lah kalau mcm tu..
Azuan´s last [type] ..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010
maha suci Allah ang sentiasa menjaga keselamatan hamba-hamba yang meminta perlindungan NYa
etomyam´s last [type] ..Yahoo Akan Gunakan Bing Microsoft Sebagai Enjian Carian
Yup. Betul. Sebab tu kita kena banyak2 bermuqarrabin kepada ALLAH, yakni mendekatkan diri kepada-Nya..
hmm pernah baca kisah ni.memang kuasa Allah kan.. kalau kita dekat dengan DIA,DIA pon akan lindungi kita…
Yup betul betul betul. Sebab tu kena selalu ingat ALLAH, jangan lupa, leka dan lalai.
subhanallah
Maha Suci ALLAH~
kuasa ALLAH.. tak siapa boleh lawan. ;D
Maha Suci ALLAH yang sanagt berkuasa dalam segala hal.
wah, memang banyak keberkatannya kalau kita baca ayat kursi. tak rugi!
tasya´s last [type] ..wanna know whats BASED
Bukan setakat keberkataan, tapi ayat kursi ni memang istimewa dalam bab-bab meyelamat dan melindungi diri
subhanallah.
salam´s last [type] ..Alhamdulillah