Tips Usaha Mencari Jodoh Bagi Kaum Wanita

Salam. Hari ni Zida nak berkongsi tips yang sangat berguna bagi orang-orang perempuan yang terasa nak kahwin, tapi still takde jodoh dan tak jumpa jodoh yang sesuai. Heheh Bukan apa, orang Melayu sekarang semua menganggap kalau perempuan yang cari lelaki itu ibarat seperti perigi mencari timba. Ohhhhhh itu sama sekali tidak benar okeyy. Contoh terbaekkk, tengok sendiri masa Rasulullah mengahwini Saidatina Khadijah, beliau yang propose Nabi, tapi itu pun melalui orang tengah.

1) Berusaha menyediakan diri sebagai produk muslimah yang diidam-idamkan ; bermutu tinggi dari segi agama dan akhlak. Lelaki nakkan wanita yang baik, yang boleh jadi pembimbing buat bakal anak-anak diorang nanti.

2) Berusaha mengawal diri supaya tidak gedik, tidak bermanja-manja dan melayani lelaki. Wanita yang suka berdamping dengan lelaki ini mudah dipermainkan dan mudah pula ditinggalkan.

3) Kalau korang ada menyukai seorang lelaki ; kerana akhlak dan agamanya, terus risik dia. Tapi guna orang tengah yang soleh dan boleh dipercayai. Takde lah jatuh maruah dan malu kalau kena rijek.

4) Berdamping dengan kawan-kawan yang baik dan solehah. Kot-kot jodoh korang dengan abang atau sedare mara diorang yang alim-alim dan soleh. Terjamin hidup.

5) Kalau ada lelaki berkenan dengan korang, suruh dia terus jumpa mak ayah korang. Haaa. Ini nak buktikan yang dia betul serius nak kat korang.

6) Suruh mak ayah korang carikan. Fullstop.

Semua orang nak ada jodoh yang terbaikkan? Semua nak keluarga yang ‘mawaddah wa rahmah’ kan. Jadi ikut je step ini. InsyaALLAH hidup terjamin dunia akhirat. Tapi, buat korang-korang yang sebaya dengan Zida, please. Sila belajar dulu okeyyyy. Jangan nak menggatal carik laki sekarang. Dah grad, dah kerja nanti baru cari pakwe yeeee ;) HAHAHA

Nota Kaki ;
1) Zida dalam mode bab-bab kawen ni. Assignment pun pasal sex. Adoyai.
2) Test JPJ ulangan 6 Ogos 2010 ini. Cuakkkk~

Recent Related Posts

14 thoughts on “Tips Usaha Mencari Jodoh Bagi Kaum Wanita

  1. Pingback: 6 perkara yang lelaki cari dari seorang wanita | Oh! Lepak

    • yupp betul. insyaAllah sape-sape yang cuba tips ni boleh menjamin kehidupan akan datang. maksiat pun boleh dielakkan. takde la nak jd kes2 buang anak ke ape..

  2. wei bilah.ko amek medic ke? sampai 6 taon kena tunggu. haha kalo doktor, ko kawen jela dgn doktor jugek. kui3 em, kalo wujud lg blog aku, nanti aku post blek. hahah

    • ade ke patut kak pqa cakap macam tu..hishhh lama lagi.. kak pqa yg kena kawen dulu.haha zida lama lagi belajar. kui3

    • hahah dah ade orang propose ko ke?? ernn aku rasa kalau orang tu menepati ciri-ciri lelaki soleh, itu tak jadi masalah. lagipun ko kan nak pegi jordan, kawen la dulu. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge