Bila Malam Lailatul Qadar 2010?

Subhanallah. Saya sangat teruja nak cerita pasal ni. Bukan apa. Dah 10 hari tak hujan. Tup tup pagi ni hujan! Lebat pulak! Mana tak teruja, Zida pernah buat discussion or usrah dengan member-member dok cerita pasal malam Lailatul Qadar. Salah satu petanda datangnya malam 1001 rahmat ini adalah dengan turunnya hujan pada sebelumnya dan suasana sejuk je pada keesokan harinya.

Tapi wallahua’lam la kan. Betul ke tak, kurang pasti. Yang pasti takde siapa pun tahu bila. Allah merahsiakan bila terjadi malam lailatul qadar ini supaya kita sendiri mencari, supaya kita sentiasa terus beribadah pada malam-malam 10 malam terakhir Ramadhan ini. Ada hadis menyebut bahawa Rasulullah bersabda

Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.

So mestilah antara malam ke-21, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Cuma tarikh yang tepat je kita tak tahu. Sebab tu kena keep-on-beribadah. Dan mengikut apa yang diusrahkan oleh seorang kawan Zida, insyaALLAH tahun ni Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-21, sebab tahun ni puasa start hari Rabu (yang ni wallahua’lam, sebab kawan tu kata, ada seorang ustaz yang buat kiraan pasal benda ni dan beliau cakap beliau tak pernah lagi miss, seriously wallahua’lam)

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
1) Semua tempat akan menjadi terang benderang
2) Malam itu hujan akan turun
3) Keesokan harinya matahari akan pucat dan suasana menjadi sejuk
4) Kedengaran ucapan salam dari para Malaikat yang turun
5) Ada yang melihat pokok-pokok sujud/rukuk
6) Ada yang berkata doa dimakbulkan

Tapi kita semua disarankan jangan melihat apa yang terjadi, sebab takut tak terdaya difikirkan. Macam dulu, one of my warden pernah lalui benda ni. Dia cerita lahh, (cerita ini disampaikan oleh warden yang lain)

Malam tu memang sejuk dan senyap-sunyi. Satu suara pun takde (kat asrama kan selalu bising) Ntah kenapa malam tu saya rasa lain sangat. Rasa seram sejuk pun ada. Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang saaaaangat kuat kat luar rumah. Dalam kepala otak dah tak fikir apa dah, just tertanya-tanya, malam ni lailatul qadar. Saya pun keluar rumah untuk tengok keadaan sekeliling. Dan disedari secara tiba-tiba, buih dari mesin basuh (kat luar rumah) jadi berketul-ketul dan naik menjulang tinggi. Ya ALLAH! Bertambah takut saya. Saya terus masuk dalam dan nangis teresak-esak. Sesungguhnya saya sangat takut!

Lebih kurang macam tu la cerita dia. So, jangan fikir benda lain, teruskan je beribadah. Tak payah dok sebok-sebok pasal raya. Banyakkan bertaubat. Mana tau kita dah tak sempat nak puasa tahun depan. Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal ;)

source : Al-Azim.com

Recent Related Posts

33 thoughts on “Bila Malam Lailatul Qadar 2010?

  1. Pingback: Bila Malam Lailatul Qadar 2011? | Illusion of Dyspraxia

  2. Pingback: Informasi Malaysia Kini » Sebab-Sebab Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan Dilupakan

  3. salam alaikum semua,malam tadi malam ke 25,SUBHANALLAH,rasenya malam tadi lah malam lailatulqadar,sebab malam tadi hujan,pastu siang nya tak panas..sejuk dan tenang…SUBHANALLAH…

    • tu la aku musykel tu. muahaha tapi aku tau la tu ngko sebab ada blog url ko. eksited sangat la tu yekk tgk belog aku? muaahahha

    • Salam perkenalan jugak. Yupp. Memang sangat beruntung la orang-orang yang menjumpai malam tersebut dan lagi beruntunglah mereka-mereka yang mengerjakan ibadah pada malam tersebut. :D

  4. Pingback: pligg.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge