Buffered Earning Jadi Duit Raya

Salam hari Jumaat semua :)

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-10 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. Syukur sangat-sangat kerana kita semua masih hidup lagi di alam dunia ini. Btw, hari ini Zida ada 2 berita yang nak dikongsi ; satu buruk dan satu lagi baik. Better kita mulakan dengan berita buruk itu dulu.

Berita buruknya, seorang kakak sedara merangkap tiga-pupu Zida (kot laa) baru meninggal malam tadi, lebih kurang pukul 11 malam. Ekceli Zida tak berapa nak sure masa yang betul, sebab saya terjaga masa pukul 3 pagi and then baru lah terperasan akan mesej tentang itu. Innalillahi wainna ilahi rajiun. Mari sedekah al-Fatihah buat beliau. Isk isk. Tak dapat nak pegang duit raya arwah yang banyak tu lagi :(

AL-FATIHAH

Hahh. Cakap pasal duit raya, inilah berita gembiranya! Alhamdulillah sangat sangat sangat sebab blog picisan ni dapat 6 buffered earning sekaligus. Thanks a lot to Nuffnang. Rasanya bukan Zida sorang je yang dapat buffered earning ni bulan puasa ni. Kan? Zida tau ramai lagi bloggers yang dapat lagi banyak dari ni. Kadang-kadang jeles jugak tengok orang lain. HAHAH nak la jugak jadi macam Kak Dahlia yang pernah cashout sampai RM1000. Pehhh.

Okey la kan dapat 6 buffered daripada tak dapat langsung kan. Agak-agak dah jadi metered earning kang, kalau sebelum raya la, boleh la Zida cashout. Buat belanja plus duit raya! HAHAH Dan dan dan sekarang ada satu lagi iklan baru keluar. Zida baru terperasan akan kewujudan iklan Munchys tersebut (saje pulak bulan-bulan puasa ni keluar iklan pasal biskut-biskut sedap ni) apa lagi? Kena kejar la $$$ tersebut! (sambil buat mata blink-blink dan fikir duit banyak)

Ohoi. Mata duitan betul aku ni. Tapi maksalahnya, lately ni idea nak blogging tak keluar. Tengok je la ni. Dah 3 hari takde pape cerita. Orang lain boleh je pulak buat 2,3 entry sehari. Huhu. Macam mana ye nak bagi ada idea untuk blogging setiap hari? Penat neuron-neuron dalam otak ni memikir tajuk apa yang best. Jadi sila jawap je soklan saya tadi. Bye.

i need u sayang..

Recent Related Posts

27 thoughts on “Buffered Earning Jadi Duit Raya

  1. Pingback: Kena Baca Cepat Cepat | Obama Freemason? | Blog is Under Construction !

  2. Pingback: Tweets that mention Buffered Earning Jadi Duit Raya | Blog is Found, okey? -- Topsy.com

    • Hahah thanks. It’s okey la. You still have some BE rite? . I think you can earn much more than me after this. Chaiyokkk !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge