Genap Setahun Pemergian Arwah Ustaz Asri Rabbani

Sebenarnya nak post pagi tadi, tapi tak sempat. Dah tengah malam ni baru nak post. Isk isk. Jadi ada beberapa struktur ayat telah diubah, bersesuaian mengikut masa.

Hari ni hari Jumaat, 13 Ogos 2010. Hari ketiga puasa di bulan Ramadhan 1431 H. Dari pagi tadi langit menunjukkan kesuraman. Tak panas tak sejuk tapi redup je. Bila petang pulak makin lama makin gelap dan akhirnya hujan turun membasahi bumi dengan lebatnya. Dan malam 4 Ramadhan ni sejuk je. Buat solat tarawikh pun sedap je (tapi tak tau la diri ini telah mencapai kekhusyukan dalam solat). Dan sedar tak sedar rupanya tarikh 13 Ogos memberi suatu makna yang mendalam.

Ya. Hari ni genaplah setahun beliau meninggalkan kita semua. Itulah dia Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Seorang penasyid tanah air yang memperjuangkan seni muzik agama. Seorang yang kuat agama. Seorang yang mempunyai ciri-ciri ulama. Dan arwah merupakan abang kepada seorang ustaz kat sekolah menengah Zida dulu. Dan boleh dikatakan mereka agak rapat. Teringat masa arwah dan ustaz Fadzil menyanyi sama-sama kat sekolah. Best betul masa tu!

Serius, Zida salah satu peminat arwah dari kecik lagi. Bukan setakat Zida tapi satu family. Last Zida satu family jumpa arwah ni masa Konsert Antara Dunia yang berlangsung kat Stadium Shah Alam 1 Ogos 2009. Memang best konsert tu! Tapi kita semua tak sangka. Performance Rabbani (arwah ustaz) memang banyak berkisar tentang kematian. Siapa tahu, seminggu lepas tu, ustaz Asri menghembuskan nafas terakhir beliau. Tokojut den!

untuk gambar dan info, sila klik sini

Tapi semua orang akan mati. Bukan orang je, semua makhluk akan merasa kematian. Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan arwah di sana. Tapi Zida tau, insyaALLAH dengan izin ALLAH pastinya arwah akan ditempatkan dengan para solihin.
Al-fatihah.

Recent Related Posts

5 thoughts on “Genap Setahun Pemergian Arwah Ustaz Asri Rabbani

  1. Pingback: Tweets that mention Genap Setahun Pemergian Arwah Ustaz Asri Rabbani | Blog is Found, okey? -- Topsy.com

    • Dah setahun dahh kak. Huhuh tulahh, bukan stakat feeling je takde, memang dah x tau dah lagu-lagu Rabbani yang baru. Tapi lagu yang lama still dengar ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge