Masa untuk meluahkan perasaan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wah. Sudah lama saya tidak menaip salam sebegitu panjang. Selalu guna perkataan Assalamualaikum atau Salam je. Paling malas pun hai je. Ish. Maap lah yerk. Seminggu ni emosi tak menentu. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Semakin hari semakin terasa kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.
Ya, saya masih lagi pelajar kategori matrik, belum layak digelar pelajar universiti. Tetapi dengan adanya 2 kuiz setiap hari, tutorial dan assignment setiap minggu membuatkan saya merasa sangat terbeben walaupun hidup di CFS IIUM ini lebih bebas daripada hidup di zaman sekolah dahulu. Dan hidup sebagai pelarian juga membuatkan saya hidup tak menentu. Alahai Zida~
Setiap hari hidup dengan khayalan, berfikir dengan menambah angan-angan dan impian yang mungkin tak akan tercapai. Entahlah. Saya terfikir, kalau saya tidak mengubah cara hidup sekarang, saya pasti gagal dalam hidup. Ini baru di Malaysia, bagaimana kalau saya meneruskan hajat ingin ke Mesir? Oh ya, cakap pasal niat saya ingin ke Mesir itu, nanti saya cerita dalam entry akan datang, bila saya betul-betul mendapat tawaran rasmi daripada KPT Mesir
Thanks to Firdaus, Akbar dan Cat Farish kerana mendendangkan lagu “Ku Berlari” ini khas buat saya. *dendangan dari Media Player je*
Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiriDan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-MuSemangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini berertiTerjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekaliAkbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalanBebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hatiSemua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlaluCat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawaFirdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini berertiTakkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..
Nasihat kepada diri sendiri dan kawan-kawan. Ingatlah. Hidup kita masih panjang. Kita tak tahu bila kematian datang menjemput. Ingatlah jasa dan pengorbanan ibu bapa. Susah payah mereka cari duit untuk menyara kita. Jadi, sila belajar elok-elok! Jangan punahkan harapan mak ayah. Walau apa jua bidang yang kita ceburi, ingatlah. Mak ayah nak yang terbaik dari kita. Banggakan mereka!!
Okey. Itu je nak membebel. Dah tak ada idea. Sila dengar lagu Ku Berlari tu okey. Khas daripada Zida buat semua.
Nota Kaki :
1) Siapa perasan Zida dah tukar nama header blog ni? Heheh
2) Kepada follower Twitter saya ke-99 hingga ke-102, ada duit raya untuk anda nanti.
3) InsyaALLAH. Medic.

sebelum melangkah ke negara orang…
awak kena siapkan hati..
suapaya hati awk tabah….
hidup dinegara orang…
jatuh bangun nya lain sikit..
=)
all the best k..
InsyaALLAH zida akan try survive hidup kat sana. Thanks for the advice
berlari…. !!! ku tinggalkan masa kelabu..
zik´s last [type] ..Merdekakah kita
erkk masa kelabu? hahah
Pingback: pligg.com
terbaik!
p/s: tgk org len sibuk, ak gak yg bosan cuti nih… hmm… student Msia smua bz blaka…
ape yang terbaik nya? sis, bila time hang online? nak mintak nasihat ni. haha
waa zida, awk accept ek that offer? pe pun, make wise decision okay! =)
aidaeffa´s last [type] ..Yang Dinamakan Kasih
InsyaALLAH. I’ll do the best. Semalam masa pegi taklimat. Not bad la. My parents pun dah semangat. Hope peluang ni betul-betul ada la..
Pingback: Anonymous