Raya Terbaik Sepanjang 18 Tahun Hidup

Yabeda beduuuuuu. HAHHAH terover eksited pulak aku ni. Al-maklumlah raya dah masuk seminggu dah. Duit raya pun dah nak mencecah RM150, satu kutipan yang membanggakan sejak masuk alam dewasa ni. Last year pun sikit je tau. Muahahahahaah *gila mata duitan aku ni $$ kaching kaching* Sebelum terlupa, Zida nak guna ‘AKU’ tau dalam entry ni. Baru ada feeling nak stori mori pasal raya. Well. Macam tajuk yang diberi, seriously raya tahun ni memang paaaaaaaaaaling best! Nak tau kenapa? Bacalah sampai habis. Heheh. Banyak gambar tau!

akusialong. akeemsiadekbongsu. itahsiadekke4.

1 Syawal
Pagi pagi bukak tv iron baju kemas dapur dan apa-apa yang patut. terpaksa melepas sembahyang raya sebab paham-paham la kan. Huwawaaaaa. Lepas tu macam biasa salam mintak ampun kat umi abah dengan siblings and then sesi makan besar. Oh ya, tahun ni tambah sorang raya sama-sama. My Pak Long belah umi dari Dumai, Indonesia join sekaki. Pagi tu tak ke mana. Just melongok melopong depan TV tengok Hikayat dengan Cheritera. Kelakar dol.

Lepas solat Jumaat, raya umah Auntie Mi and Auntie Jun. Masa pergi kubur arwah nenek dekat KL (ala yang dekat KLCC yang banyak kubur orang-orang femes serta sultan dan rakyat jelata tu) pehhh hujan lebat gila tapi nasib sampai kat kubur tak hujan. Malam tu pulak bantai pergi Kajang, rumah Pak Long belah abah. Fuhhh meriah beb! Lagi kecoh bila diorang semua dah tau aku nak fly pergi Mesir.

kuarga aku. takde tema pun tahun ni.

kuarga belah abah tapi ramai takde. kat rumah Pak Long ni.

2 Syawal
Tengahari pergi rumah Mak Long belah umi. Ada buat tahlil untuk arwah nenek kat Jakarta (suami dia yang meninggal dalam entry ini). Lepas tahlil tu makcik pakcik nenek nenek ada buat sikit selingan, cerita kat cucu cicit apa hubungan family kitorang dengan arwah yang meninggal tu. Cerita pasal penghijrahan keluarga ni dari Parabek, Sumatera ke KL pun ada. Hebat!

Then kitorang pun makan-makan. Aku paling suka makan koktel-dadih-kek-kastard yang Kak Long Dalila buat (hehe kes tak tau nama makanan tu) dan kat rumah Mak Long ni la paling ditunggu-tunggu oleh kitorang adek beradek sebab kat sinilah selalu dapat duit raya banyak! Mak Long laki bini RM10, anak dia ada 4 orang kali dengan RM3. Banyak tu.

cousins terbaeklah.

kuarga belah umi. kat rumah Mak Long

3 Syawal
Beraya di area Setapak-Danau Kota-Gombak, family belah umi. Sehari suntuk kat sana je. Dari rumah Mak Su, Nenek Muda, Nenek Tua dan Pak Dang.Hishhh korang takkan faham punya salasilah keluarga sebelah mak aku ni. Diorang ni berketurunan dari Indonesia, so nak stori saaaangat lah panjang. Tapi diorang semua tetap best! Makan pun sedap. Soto itu paling penting. HAHAH Jadi kesimpulannya aku ni makan 24-hours non stop! Komfem berat berkilo naekk!

Oupppsss. Terseksi tergoda pulak. haha

bukan aku okeyh. hahah

4 Syawal
Paling terbaek wehhh! Aku raya kat tengah jalan tengah trafik kat simpang Alamanda, Putrajaya. Huhuh cerita bermula apabila aku, Izzah, Atikah, Syafiqah yang konon-konon nak gather dan berjumpa sebelum aku fly ke Mesir. Ecehh. Memula plan nak raya kat rumah aku jelah tapi tetiba ayah Syafiqah bagi dia keluar pulak, terpaksa tukar plan, raya kat Putrajaya. Kena la drive sendiri.

Mengikut plan, Izzah la yang kena drive sebab dia dah ada lesen. Tapi ntah cemana aku pulak yang kena drive. Serius wehh. Dari Cheras ke Bandar Tun Razak and then patah balik stret away ke Putrajaya aku yang drive. Hampeh gila Izzah. Memang la aku ada lesen, tapi lesen L la wehhhhh! Jadi dengan selambek dek nya aku bawak kereta kancil manual abah tu sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

Tapi nak dijadikan cerita, ehh cerita betul lah, kereta kancil manual abah tu ditakdirkan tak boleh gerak lepas aku stop kat satu trafiklight ni. Hoii. Nasib baik ada pakcik drebar bas tu tolong tolak, boleh la jalan sikit. Lepas tu, aku drive je la macam biasa dengan kelajuan 80km/h. Sampai je kat satu simpang yang ada trafiklight lagi….

.

.

.

.

.

ni yang paling klimaksss….

.

.

.

.

.

trafiklight itu kaler merah…

.

.

.

.

.

dan aku selambek meluncur dengan laju turun bukit…

.

.

.

.

.

tanpa di sangka sangkaa…

.

.

.

.

.

hoiiiii…..
.

.

.

.

.

.

brek tak makan! macam mana nak stop ni??? Dah la kat simpang lagi satu ada bas Nadi Putra nak belok. Gila gila gila. Memang aku dah tak ingat apa dah. Rasa macam dalam cerita Final Destination pun ada. Ingat mati je time tu. Tup tuppp sikit lagi nak kena langgar dengan bas ni, pehhh alhamdulillah kereta tu stop. Sipi sipi je nak kena bas tu. Thanks God. Kereta kancil manual abah tu akhirnya berhenti kat tengah tengah trafiklight tu T_____T

Nasib baik ayah Syafiqah ada kat jalan tu. Dia yang tolong tolak kereta kancil manual abah tu ke tepi. Nak aku tolak dengan diorang jangan harap la kereta tu nak gerak. Logo den ada orang yang sudi tolong. Kereta kancil manual abah itu pun tersadai di bahu jalan selama 4 jam. Segan je aku dengan Angah Shakir. Dia datang dengan abah lepas tu, konon-konon nak tengok apa dah jadi. Adehhh dah la terik gila petang tu.

Ni jelah cerita aku. Baru 4 Syawal. Nanti nak sambung lagi. Cerita aku dan the very bestfren kat Klang. Nak letak gambar diorang banyak-banyak. Sebab tu mungkin kenangan terakhir. By the way, mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat arwah ibu Izzuddin Shah. Huhuhu sedih aku tengok dia. Dah la malam raya dohh. Nak tau cerita dia, klik sini. Semoga kau tabah wahai sahabatku! Selamat Hari Raya ketujuh :)

credits ; syakirah azami

Recent Related Posts

26 thoughts on “Raya Terbaik Sepanjang 18 Tahun Hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge