Cairo ; Dunia Penuh Kesabaran

Salam hari Jumaat. Yawww. Entry pertama yang dipost direct dari Cairo, Egypt. EHHH TAK! Sekarang kat Tanta, kawasan perumahan budak-budak MedicMesir. Kitorang dijemput untuk datang sebab hari ni konon-konon ada jamuan raya la, explorace la. Tapi aku sebagai budak yang baru seminggu sampai, takde masa kot nak join join diorang ni. Nak study beb! Banyak benda kena cover. Tapi blogging dulu la kejap.

Well. Hidup kat Cairo ni memang laaa sangat berbeza dari hidup kat KL. Dah la dengan tak paham bahasa Arab ammiyah nya, orang Arab yang sangat tinggi dan besar besar serta garang garang, ditambah lagi dengan kepanasannya. Pehhhhh nasib sekarang ni dah nak masuk winter, so takde la panas sangat. Angin kat sini boleh consider sejuk dah kot.

Kat sini Zida serumah dengan Syahidah, Afiqah and Amiira, semuanya my classmates masa kat SAMT Hisamuddin dulu. HAHAHA cam best plak dok serumah. Kecik je rumah tu. Tapi mahal, 1500 EGP sebulan. Korang darab dengan RM0.60. Ngeee. Tapi okey je senanye. Fully-furnished. TV, sofa, dapur gas, frigde, almari besar gedabak, meja makan, mesin basuh semua ada. So, takde apa yang nak dirungutkan lagi.

Universiti pulak. Kelas budak Malaysia tak campur dengan budak Arab. Kitorang punya klas memang special. Siap ada tandas Malaysia pulak (well, tak mohh le campur dengan orang Arab, diorang sangat lah tak menjaga kebersihan. ==’) Jadual, of course sangat pack. Dah tak boleh nak rilek rilek macam kat CFS dulu. Kelas 6 hari seminggu. Jumaat je cuti. Cisdel. Even subjek cuma empat je, tapi paham paham la kan.

Anatomy, Histology, Physiology, Biochemistry, ehem ehemmmm macam senang tapi macam susah. Yang susahnya sebab slang lecturer yang mengajar tu sangat pekat. Even cakap English pun masih kedengaran arab mereka itu. Huhuhu terpaksa la menadah telinga dengan penuh berhati-hati. Setakat ni takde lagi quiz ke tutor ke. Kelas je memanjang. Haaa! Universiti Al-Azhar ni tak campur laki pompuan, so macam bebas gila la jugak.

Hishhh panjangnya aku membebel. Ada ke orang baca ni? HAHA gasaklah. Dah lama gila kot tak blogging. Rindu gila. Tapi nak buat cemana, line internet takde. Ntah bila ustaz tu nak tolong pasangkan wireless. Ngeh ngeh. Takpe. Study itu penting. Lebih penting dari online bak kata umi. Okeyyyyyy gambar gambar akan diupload kemudian. Buhbyeee :)

Recent Related Posts

12 thoughts on “Cairo ; Dunia Penuh Kesabaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge