Jom Support Blogger Baru!

Hahahah ayat aku dah sejiban macam entry Jom Support Member kat blog cik Tim. Wekkkk aku nak tiru jugak sebab apa, Zida nak bagi peluang kat blogger-blogger baru untuk promote blog diorang. Heheh well. Orang dah takde kerja memang suka buat benda-benda tak berpekdah macam ni. Ehhh hello sape cakap tak berpekdah? Trafik dorang boleh naek tau!

Lagipun diorang semua ni kawan-kawan aku. So rasa best pulak bila tengok member sendiri ada blog. Sebab tu kena support diorang. Bagi diorang dapat jadi seorang blogger yang berkaki lebar dan berkaliber dan sporting serta best. Hak hak. Aku ni dah start merepek. Jadinya meh mehh. Hari ni aku nak support 3 member aku yang boleh dikatakan baru la jugak dalam arena berblogan ni. Wahahahaha

sMsK by Cik Tim

member aku yang paling rajin update blog 24jam sehari. Dah macam Ben Ashaari dah budak seko ni. HAHAH menggunakan nickname ‘black_roses92‘ dan lebih glemer digelar Tim. Salah satu entry dalam banyak-banyak entry dia dalam sehari mesti akan ada cerita chenta dan luahan perasaan beliau. Maklumlah orang tengah tangkap jiwangss ni. Tapi aku suka baca. Macam best pulak kan. Salah satunya entry Bila Cinta Hatiku… awwwww

Dia jugak suka share info-info tak kira islamik atau tak, tapi yang pasti info yang dia kongsi memang berguna. Dan yang paling best, dia suka join kontest. Wahahahah banyak gila dah aku rasa dia join kontest tapi satu pun tak pernah menang lagi. EHHH tak! Dia dah menang satu, giveaway kat mana ntah. Keep it up girl!

Awan Pagi by En. Amar

Satu-satunya kawan aku yang ada hosting dan domain sendiri jugak. Dan jugak menggunakan theme yang sama dengan aku! HAHAHAHA aku tak kisah pun tang tu sebab ramai je orang yang guna theme ni sebenarnya. Pandai edit, reti edit jadi cun la gamaknya. Aku pun tak tau macam mana nak describe blog pakcik ni sebab dia ni pun orang-orang baru jugak. Still tak banyak lagi entry. Maybe busy study kannn. Tapi entry dia best, cuma kekadang nampak macam semak. Hehe

SUKA DALAM DUKA..SENYUM DALAM TANGIS.. by Cik Sofia

Awwwww gelinya aku panggil dia cik Sofia! Sebab aku panggil dia Pia jekk. Hahahah baru dua hari kot dia buat blog ni. Seyesly aku suka gila dia buat blog sebab aku tau budak ni pun stok-stok macam si Tim tu. Jiwang karat punya minah. HAHAH korang support jelahh dia. Aku pun tak tau cemana nak describe blog dia sebab blog tu baru je beranak kan. But the purple, i like!

Jadi sila support mereka ye. Siapa nak Zida buat review macam ni, sila buat satu entry pasal blog Zida dan tinggalkan  permalink di komen. Kot-kot takde idea nak blogging, Zida buat macam ni jelahhh. Tapi maybe full satu entry lahh, tak macam ni 3 sekali gus. Kot-kot trafik korang naik ke. Untuk blogger yang freshie je yekk! :)

Recent Related Posts

11 thoughts on “Jom Support Blogger Baru!

  1. Pingback: Tweets that mention Jom Support Blogger Baru! | Illusion of Dyspraxia -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge