Jaulah Journey Egypt [Part 1]

Alhamdulillah. Akhirnya hajat di hati nak berjaulah @ berjalan-jalan di sekitar bumi Kaherah ni tercapai jugak. Thanks a lot to Bella, Ana, Ain dan Ilham sebab sudi ajak Zida dan Miira join sekali. It’s very nice to walk through the world with you guys. HAHAH Okey. Back to the point. Semalam satu hari kitorang pusing Cairo ni. Dari pagi sampai malam. Dari ke maqam Sayyidah Nafisah sampai la ke Restoran Perlis. Fuhhh.

Pagi pagi aku bangun tido. Tak sempat gosok gigi lagi dah terbangun, menjerit, “Nak ikottttttttttttt!!” Hehehe tipu je. Lepas sarapan sume, kitorang get ready pakai baju cun melecun. Ekceli XiXi & Fifi (housemate yang jadi pelakon dalam entry ini – pun ikut sekali, tapi sampai depan Al-Azhar Park, dorang decide tak jadi nak ikut sebab ada hal tetiba) Kitorang dijemput oleh 4 orang sedara yakni kawan Ana untuk jadi *musyrif. Naik tremco mewah (van pelancongan) dari sana.

*musyrif ni terdiri daripada budak-budak lelaki. mereka ini sepatutnya seikhlas hati menjadi penjaga kitorang (budak-budak perempuan) yang ingin keluar bandar lagi-lagi malam, supaya kitorang selamat ke mana saja. bagus kan? musyrif kitorang masa tu budak-budak Ulum Al-Azhar. gila terel speaking arab doh!! ;)

Memula ingat nak pergi Al-Azhar Park tapi sebab kitorang datang awal sangat, bergambar kat pintu gerbang pun jadi laa. Then, on the way nak ke Maqam **Sayyidah Nafisah, nampak la tembok besar Salahuddin al-Ayubi, pahlawan Islam yang dah menakhluk 2/3 bumi pada satu masa dahulu. Pasal ni nanti Zida cerita dalam entry lain. Dalam tembok tu kubu sebenarnya. Gila gaban besar laaa. Satu hari jalan pun takkan habis. Teruja gila la dengan abang senior tu cerita.

3 maqam ahli sufi kitorang pergi. Sayyidah Nafisah, Imam Syafie & Sayyidah Zainab. Ingatkan dekat-dekat, tapi rupanya jauh-jauh. Dari satu masjid ke masjid yang lain. Semua maqam dalam masjid. First time jejak kaki depan maqam. Terdiam. Tersenyap. Terharu. Sebak. Terkesima. T_____________T Harum sungguh bau kawasan tu, macam ada orang letak minyak wangi. Tapi minyak wangi pun tak wangi macan bau kat situ. Kitorang pun sedekah al-Fatihah dan lihat-lihat kawasan sekeliling.

Masjid-masjid kat sini semua cantik. Siapa yang biasa tengok Jejak Rasul kat TV3 tu tahu la kot cemana cantiknya dan tersegam-indahnya masjid-masjid tu. Haa. Satu penemuan, tapak kaki Rasulullah SAW ada kat masjid Imam Syafie’. Kesan tapak kaki Baginda Nabi semakin hilang ditelan dek zaman. Dah tak berapa nak nampak sebenarnya. Sebab tu Imam mazhab kita ni dikuburkan kat masjid ni sebab beliau pernah cakap, (lebih kurang macam ni la) “aku mahu kuburku di kawasan yang paling banyak Nabi Muhammad jejaki.

Sila cari sendiri ye yang mana. Ohhh. Pasal Sayyidah Nafisah tadi, beliau sebenarnya seorang ahli sufi yang merupakan guru kepada Imam Syafie sendiri. Cerita panjang dalam entry lain yek. Okeyhhh nanti Zida sambung stori lagi. Nak pergi pasar sebenarnya. Dah lama tak makan ikan. Seminggu makan ayam telur ayam telur. Muka dah macam bantal dah. Ngeeeee. Gambar pun akan diupload nanti. Buhbyee.

Recent Related Posts

13 thoughts on “Jaulah Journey Egypt [Part 1]

  1. Salam..agak x logik kalau ada tapak kaki Rasulullah SAW di situ, walaupun turun temurun org cakap itu tapak kaki Rasulullah SAW. Unless ada valid unshakable story. Imam Syafie hidup years after Rasulullah SAW wafat. So far x pernah dgr Hadis ttg tapak kaki. Kalu tapak kaki tu wangi, mb ada org letak minyak wangi. Jin pun boleh letak gak. Jgn mudah percaya cerita bukan2 tanpa usul periksa. Dah la byk letters around there. Something fishy happened. May Allah protect us.Wallahua’lam.

  2. Pingback: Jaulah Journey Egypt [Part 2] | Illusion of Dyspraxia

  3. Pingback: Jaulah Jorney Egypt [Pics] | Illusion of Dyspraxia

  4. Pingback: Mode Exam Yang Sangat Maximum | Illusion of Dyspraxia

    • Cik Maya Dealove, sorry baru terperasan anda punya komen. HAHA busy gila kot. Haritu tak pegi pun memana jamuan. Pegi semayang raya je. Hik3 Rumah akak kat ne ha?

    • Kan? Masa masuk tak teruja sangat, sebab masjid dia macam tak terjaga sangat, tapi bila da masuk. Huishhh cahaya menyinari makam beliau. Pulak ada tapak kaki Rasulullah. Lagi la Subhanallah :)

  5. Pingback: Tweets that mention Jaulah Journey Egypt [Part 1] | Illusion of Dyspraxia -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge