Catuan Makanan Rakyat Malaysia

Nasr City, Cairo, Egypt - Sekumpulan pelajar akhawat Malaysia jurusan Perubatan Universiti Al-Azhar telah bersetuju membuat pakatan catuan makanan berikutan harga makanan yang kejap turun kejap naik walaupun ada yang tetap. Catuan makanan ini juga berikutan berat badan mereka yang tampaknya semakin hari semakin naik satu kilogram, disebabkan setiap hari makan nasi pada musim sejuk yang semakin dingin ini. Oleh yang demikian, jika ada sesiapa yang sudi menawarkan bantuan hulurkan duit ringankan beban para pelajar ini, sila hantarkan mesej dengan menaip NASI dan hantar ke 30303.

*     *     *     *     *     *

Muahahah sorry merepek memalam buta ni. Bukan apa. Ni la nama dia kalau dah penat study, penat menelaah menelan segala jenis origin, insertion, nerve supply dan action-action yang dilakukan oleh daging-daging dalam kaki maknusia. HAHAH by the way, berita kat atas tu merapu meraban je. Tapi pasal catuan makanan tu betul la. Kitorang satu rumah macam dah pakat, sepakat sebulat suara MOGOK takmoh makan nasik sebulan, takmoh beli lauk tapi hanya makan sayur, makrunah (makaroni) dan roti bawah rumah.

Hehe. Macam nilah hidup bujang. Nak harapkan suami, hoi kawen pun belum. Nak harapkan belas ihsan mak ayah, ohh my God. Mereka jauh nun kat Malaysia beribu-ribu batu. Nak harapkan elaun JPA atau MARA, hampeh dedua pun aku tak dapat. Nak harapkan bantuan zakat negeri ku terchenta, masha-ALLAH kena tunggu tashdid pihak gamaah dulu. Bukan takde duit, cuma tulahh, dok negara orang ni kena pandai, kena get ready sebelum apa-apa terjadi. Aduhai.

Jadi bila dah tertaip pasal benda ni, Zida teringin gak nak tanya pada senior-senior akak abang yang tengah atau dah habis belajar. Agak-agak kalau korang kena macam ni la kan, duit macam ade takde je, cemana korang survive ekk? Kalau korang sebulan tu makan apa je ek? Ke korang tak makan puasa berdiet? HAHA apa kata korang kongsi pendapat. Senang sket kitorang adik-adik ni rakyat Malaysia kat Mesir ni nak teruskan kehidupan. Hihi.

*     *     *     *     *     *

SALAM MAAL HIJRAH 1432.
SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN KITA ERTI MAKNA PENGHIJRAHAN YANG SEBENAR. MARI KITA BERHIJRAH, TINGGALKAN YANG BURUK, LAKUKAN YANG BENAR. SESUNGGUHNYA ALLAH IS WITH US :)

Recent Related Posts

12 thoughts on “Catuan Makanan Rakyat Malaysia

    • dengar cite minyak naik lagi ke? pastu pasal air kat selangor pun nak naik kan sampai nak buat demonstrasi pakatan umum mende ntah. kan? hahah best kot makan roti setiap hari. muka pun dah macam roti. seyes beb. ;)

    • ehh akak still study lagi ke ape? kalau kat sini nak carik keje memang susah la kan. kalau nak tambahkan pendapatan sampingan pun, pandai2la nak niaga jual kuih2 muih2 tu. haha ;)

  1. Pingback: Tweets that mention Catuan Makanan Rakyat Malaysia | Illusion of Dyspraxia -- Topsy.com

    • haha btol la beb. duit. duit. aku sanggup makan roti je. berat aku dah naek 5kg beb! kat Malaysia menten 48kg. Semalam cek pehhh 53kg. Gila gilaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge