Yeh yeh nak sambung cerita part 2 pulak ni. Sorry la ye pada mereka-mereka yang suruh I sambung cerita ni. Kan dah janji nak sambung tengah bulan doblas. Jadi, subuh ni pulak baru free nak menaip bercerita membebel panjang. Hehe again, again and again. For those yang baru mengikuti story of this journey *cewahh* sila pergi ke entri ini dan ini dulu ye. Feel lebih sikit!
Lepas dah pegi makam-makan tersebut, kitorang pun teruskan perjalanan ke The Egyptian Museum Cairo. Terletak kat tengah-tengah bandaraya, apetah nama dia Tahrir Square kot. Besar gila kot museum ni. Maybe lagi besar dari Muzium Negara (ahh, aku tak tau pun sebenarnya muzium kita tu besar mana. Tak pena pegi pun lagi. Lalu je setiap hari T_____T) Tiket masuk untuk dewasa 60£ je, kanak-kanak dan pelajar 30£ je. Ohhh tau tak ada kejadian yang memang tak boleh belah dah jadi sebelum masuk.
Musyrif kitorang tu cakap, kalau students nak masuk kena ada Students Card baru dapat harga murah. Tapi kitorang ni mana la ada kad student lagi, aiyoooo sekali musyrif tu guna kat dia dulu dengan ada 2 kad ntah sape punya ntah. Okeyy kat kaunter tiket dapat murah. Sekali masa nak masuk tu, cisdell pakcik tu tak bagi pulak masuk sebab kitorang yang lain takde kad student. Dia tak percaya yang kitorang ni pelajar. Hak alooo. Musyrif kitorang tak puas hati then dia pergi balik kat kaunter tu. Kaunter tu cakap boleh je. Gadoh punya gadoh dengan pakcik kat pintu masuk tu last-last dapat masuk. Tapi tu pun ada hal lagi. Takde pasport tak boleh masuk. Bengong ke apa. Diorang dah tunjuk MyKad pun taknak percaya. APA INGAT KITORANG NI PATI??
Miahahaha teruja gak la masuk muzium tu, dapat tengok replika firaun Tuntankhamun dan sebagainya. Aku beat kalau Sir Azlee masuk sini mesti dia banyak cerita. Hihi jomlahh sir datang sini. Tapi support sendiri la yek. Dalam muzium kitorang tak boleh amek gambar. Sabo je laaa. Try gak seludup satu dua kamera tapi tak lepas gak. Takpe, takde pape yang best sangat pun kat sini. Tapi dekat sejam setengah gak la pusing satu bangunan. Gambar-gambar kat bawah ni sume google je. Heheh
Ada dua tingkat dan ada 7 section kalau tak silap. Kerajaan Lama, Kerajaan Baru, Kerajaan Tengah dan sebagainya. Tapi ada gak section yang tengah renovate. Ceh. Bila aku nak datang baru nak renovate. HAHA Jalan punya jalan jumpa cadavar (bukan Firaun ni) yang takde kaki, pehh diorang letak formalin ke? Elok je tengok. Pastu jumpa bahagian peralatan rumah, Tengok punya tengok rupa-rupanya SIKAT KUTU ni dah wujud sejak zaman dulu lagi. Miahaha tergelak aku kat situ.
Info mengenai sections kat Egyptian Museum Cairo. Malas nak translate. Diambil dicilok dari sini :
- The first section houses Tutankhamon’s treasures.
- The second section houses the pre-dynasty and the Old Kingdom monuments.
- The third section houses the first intermediate period and the Middle Kingdom monuments.
- The forth section houses the monuments of the Modern Kingdom.
- The fifth section houses the monuments of the late period and the Greek and Roman periods.
- The sixth section houses coins and papyrus.
- The seventh section houses sarcophagi and scrabs.
Keranda bertopeng Tutankhamun bersalut emas
Firaun suami isteri. Taktau sape. Dia letak kat tengah-tengah muzium. Censored sket.
Dah penat kaki berjalan singgah la kat kafe, bajet jalan macam orang banyak duit. Kafe kecik je, tapi agak banyak foreigner (bajet aku bukan foreigner) dengan rilek dan selambek aku and Amiira ambil botol air mineral satu, aiskrim coklat 2, mentos orange satu. Ambik and then bagi kat pakcik kaunter. “Bi kam kull? (berapa semua?)“ tanya aku. Pakcik tu pun jawab, “kull khamsin geenih. (semuanya 50£)“ WTFish. Terbeliak aku kat situ. “Mush mumkin khamsin geenih (mana mungkin 50£)“, aku cakap kat Miira *diolog ni tak wujud pun HAHA*. Pakcik tu senyum sambil hulurkan tangan. Nak tak nak bagi jelahh. Kedekut punya pasal, kitorang habiskan aiskrim tu kat kafe tu jugak ==’
Kesimpulannya, jangan pegi beli air kat dalam tempat-tempat pelancongan macam ni. Diorang yang lain beli air botol kat luar muzium segenih nus (1.50£) jimat 8 genih nus. Cis cis cis!! HAHA okey dahh. Pukul 9 dah ni. Tak study lagi. Sambungan entry special akan dibuat seminggu akan datang. Ciawwwwww
ps. Tahniah budak SPM dah abes exam! Akak tunggu korang kat Cairo ni! HAHAHA





terima kasehh sbb bagi peringatan kt aku supaya jgn beli air kat sana
save duit aku
muahahaha
Pingback: Tweets that mention Jaulah Journey Egypt [Part 2] | Illusion of Dyspraxia -- Topsy.com