2011 Masa Untuk Menapak Setangga

Dengan izin ALLAH akhirnya tarikh 1.1.11 menjelma jugak. Dah habis dah 2010. Seyes beb, Zida tak rasa pun tahun 2010 tu wujud *ngee banyak gila event yang terjadi, suka, duka. Haishhh* Dan umur masing-masing pun bertambah se (bak kata orang kelantan se/so ni satu) dari digit se ke belas, yang dari belas ke puluh. Zida pun naek jugaklah ke 19 tahun tapi belum rasmi lagi. Jadi sila tunggu sampai 9 September lah yehh.

Jadi kalau sebut pasal tahun baru je, semua dok cakap pasal azam tahun baru. Zida malas nak buat azam-azam ni sebab kadang-kadang hanya cakap di mulut tapi tak buat pun. Tadi masa dengar Hot.fm (yeahh. baru semalam jumpa streaming radio ni, dapat jugak dengar dari Cairo) ada sorang minah ni cakap, “Azam tahun baru saya tahun ni adalah melaksanakan azam saya tahun lepas” Hok alohh. Habis kalau tak buat jugak dua tahun lagi dia cakap, azam saya tahun ini adalah melaksanakan azam saya dari 2 tahun lepas. HAHA

Tapi Zida dah tanam azam dan cita-cita masa Tahun Baru 1432 Hijrah haritu, yang mana insyaALLAH saya akan belajar bersungguh-sungguh, tak leka dengan duniawi, cuba berubah untuk jadi yang lebih baik, taknak skip baca Qur’an, cuba untuk selalu qiamullail, duduk baris-baris depan dalam kelas, rapat dengan lecturer, baik dengan semua orang, TANAK PEGANG APA-APA JAWATAN. Nak tahan diri daripada makan banyak (tapi yang ni macam susah sebab masa winter ni nafsu naek double triple nampaknya ==’)

Then kat fesbuk tadi tengok semua orang dok main-main nombor. Aku pun macam tak faham memula, tapi bila dah faham. Ya ALLAH best nya! Rasa terharu bila baca komen kawan-kawan. Sesungguhnya mereka lah kawan-kawan TERBAIK yang pernah saya ada!! Terima kasih. Hanya ALLAH je laa tahu betapa aku rindu kat korang semua wahai kengkawanku. Bila aku baca komen-komen korang tu, rasa nak menangis sangat!!Kat atas ni adalah beberapa pernyataan yang diberikan oleh sahabat-sahabat tercinta. Ada lagi sebenarnya tapi malas nak batak banyak-banya pulak. Wuuuuu T____T rindu kat Malaysia, rindu kat UIA. Semoga ukhuwah fillah yang kita bina walaupun sekejap *cewah* takkan putus, takkan retak bahkan semakin ketat. InsyaALLAH. Aku kat Cairo ni sentiasa doakan yang terbaik untuk korang, semoga korang dapat capai apa yang korang cita kan.

Alamak. Macam entry sedih la pulak. Takpelahh. Demi kawan-kawan aku rela. Heheh kalau ada siapa-siapa nak suruh Zida komen and describe pasal korang, sila hantar nombor yang korang nak kat my facebook ye. Jangan segan silu nak add saya tapi bagitau la dulu korang ni sape ek. I tak approve orang yang tak kenal. Wheeeee~

Oh ya, SANAH HELWAHH buat Nabilah Saroni, Aisyah (kazen), Taqiuddin, Iqbal Ahmad, Alif Aditya and to Sungmin Super Junior too! Saengil Chukae Hamnida. May God always bless you all. Be a good boy and good girl okey?? Aku nak exam. Please pray for me. This is 20% exam. Penting baiii. Teruk ni, komfem la teruk exam Final nanti. Tanakkkkkk aku nak balik Malaysia okeyy! HAHA

Recent Related Posts

2 thoughts on “2011 Masa Untuk Menapak Setangga

  1. Pingback: New Year = Mid Year LOL! | Illusion of Dyspraxia

  2. Pingback: Tweets that mention 2011 Masa Untuk Menapak Setangga | Illusion of Dyspraxia -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge