Biodata & Kisah Benar Nabi Muhammad SAW

Allahumaa solli ala Muhammad…..

Alhamdulillah. 12 Rabiulawal tahun ini Zida masih diberi peluang untuk menyambut Maulidurrasul di Malaysia. Genap juga 19 tahun umur Zida mengikut kalendar Hijrah. Dulu ramai orang tanya, kenapa nama Zahidah Maulida? Apa maksud ‘maulida’ itu? Kalau nak tahu, nama Zida diberi sebab 9 September 1992 = 12 Rabiulawal 1413. Maulida tu maksud lebih kurangnya adalah ‘kelahiran’. So sape yang suka ejek nama aku dulu tu, korang macam ejek Nabi!!

Kalau semalam Zida cerita kisah benar St Valentine dengan St Marius pasal Hari Valentine yang sume dok agung-agungkan sangat tuh. Meh. Hari ni sempena sambutan kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW (sila selawat ke atas nabi), Zida nak cerita pulak tentang Biodata & Kisah Benar Sejarah tentang Baginda. Tapi ramai jugak taktau sebenarnya 12 Rabiualwal juga merupakan tarikh kewafatan Baginda semasa berumur 63 tahun.

hayati lagu ni..

Biodata Ringkas
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : pada Subuh 12 Rabiulawal / 20 April 571M (Tahun Gajah)
Tempat Lahir : di rumah Abu Talib, Makkah al-Mukarramah
Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah al-Habsyiyyah (hamba Abdullah)
Ibu susuan pertama : Thuwaibah (hamba Abu Lahab)
Ibu susan kedua : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah (juga dikenali sebagai Halimah as-Sa’diah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) lantas Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Baginda menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali ke-2 ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah tetapi mereka semua bertelingkah ingin meletakkan batu. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 Jun 632M.

Isteri-Isteri Baginda
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam’ah
- ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Anak-Anak Baginda
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Anak Tiri – Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

Bapa & Ibu Saudara Baginda
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

dipetik dari Mannster

banyak je lagi sejarah pasal Nabi tapi hanya ni yang sempat di copy. Zida jujur ni. Memang di kopi paste daripada blog itu.

11 thoughts on “Biodata & Kisah Benar Nabi Muhammad SAW

  1. dulu msa kat skolah… belajar yang anak bersama khadijah ada 6 org ja… anak ketujuh baginda tu bersama mariah alqibtiyah…nabi ada 11 isteri kan? huhu tp xingat sgt la try la carik.. huhu
    yui92´s last blog post ..Sayang Nabi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge