14 Februari hari apa ek? Haaa aku dah ingat! HAPPY BIRTHDAY to my dearest Siti Amilah!! Selamat sudah beliau menyambut hari lahir yang ke-19 hari ni. May ALLAH always with you. Jangan nakal-nakal ea! HAHAH tapi semua orang pun surely tau 14 Februari ini dicanang-canangkan sebagai hari pembuatan anak Valentine’s Day @ Hari Kekasih – satu hari yang mana orang yang sedang dilamun chenta mengeksperikan chenta mereka itu. Alah. Korang pun faham kan.
Yawww. AKU GELI LA ENTRY JIWENGS NI.
Tapi hakikatnya korang tau ke tak umat Islam ni DILARANG sama sekali untuk menyambutnya? Korang tau tak kenapa? For me kenapa tak boleh, yelahh, suka sangat dok ikut apa yang umat kapir tu buat. Dorang melepak laki pompuan nak ikut, dorang menari laki pompuan nak ikut jugak, dorang minum arak pun nak ikut jugak, dorang berzina pun korang follow jugak. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.
Mari Zida cerita tentang sejarah asal-usul Valentine’s Day.
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine. Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.
1) Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
2) Pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
3) Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
* * * * * * *
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.
Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
dipetik dari blog Mutiara Hati
See? Dah jelas Hari Valentine ni merupakan satu perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Komfem dah bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak bagi umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam. Hailaaaa. Zida rasa ramai je anak muda yang tengah berpesta sakan sekarang ni. Ishh Ishh.
Sape yang menyokong KATAKAN TAKNAK PADA HARI VALENTINE,
jom kita ramai-ramai tukar profile picture kat Facebook dengan gambar kat bawah ni.
CINTAILAH SEMUA MAKHLUK BUKAN SETAKAT SEHARI TETAPI SAMPAI BILA BILA TANPA ADA HAD!




hakikat nya mmg umat islam x d bnr kn mnymbut valentine’s day… tetapi prlu kah anda mnulis cerita smpai mcm ni.. wlau pun apa yg terjadi adalah hakikat, tetapi agama kristian bkn kapir.. hnya individu yg telah memutarbelitkan makna valentine’s day…. agama kristian tidak pernah mngajar umatnya meminum arak, bersekedudukan dgn lelaki/perempuan sblm kahwin.. umat kristian merayakan hari valentine untuk memperingati jasa padri st.valentine yg telah di hukum bunuh kerana mnyatukan psngn kekasih dgn perkahwinan semasa zmn peperangn… namun pd masa kini ramai mnusia telah lupa akn mkna sbnr hari valentine sehinggalah hari valentine telah di salah anggap… makna hari valentine telah dikotori dengan pemikiran individu yg cetek… saya mrupakan umat kristian.. saya mnyambut hari valentine dengan mengucap syukur dan berdoa kpd Tuhan agar masih ada pemuda2 di zaman ini yg akn trbuka hati untuk mngabdikn dirinya mnjadi paderi dan mnjadi seperti paderi valentine yg telah mnyatukn pasangan2 kekasih mnjadi pasangan suami isteri yg sah di sisi agama… dan saya juga berdoa agar semua pasangn kekasih di muka bumi ini akan hidup bahagia apabila mnjadi pasangn yang sah… ini pndapat saya tentang hari valentine….
Pingback: Biodata & Kisah Benar Nabi Muhammad SAW | Illusion of Dyspraxia
thniah dan terima kasih krn anda menulis artikel ini di saat muda mudi hatta yg tua skalipun masih kemaruk dalam meniru identiti barat yg jelas bercanggah dengan akidah dan prinsip islam