Miahahaha akhirnya Kisah Krisis Aku & Mesir ini sampai ke season finale. Siapa yang tak pernah baca lagi Part 1 dengan Part 2, klik la kat mana-mana yang nampak macam tulisan ada underline kaler biru tu. Hehehe Sorry ahh semalam tak blogging. Biasalah dah dok rumah ni kena jadi bibik la kan. Jaga adek aku, kemas dapur, kemas bilik, lipat baju. Tapi tu je lah keje aku. Yang lain mak aku jugak yang buat. ceh anak dara ape ntah. pemalas! Jadi taknak buang masa, mari kita sambung menyabung cerita. Gambar banyak sket.
1 Februari 2011
Kitorang sume masih ada kat rumah BKAN Perak and masa ni lebih kurang semua budak-budak yang dok kat rumah sewa sendiri dah bergerak ke rumah BKAN masing-masing. Macam budak-budak JPA, diorang gerak ke ARMA sebab rumah dorang dekat jugakla dengan tempat embassy ni. Rumah Perak ni pun dah semakin penuh. Ilham satu rumah dengan 3 orang budak Alex pun ada sekali. So quite padat jugak la rumah ni. Tapi kitorang tetap hidup dalam bahagia
Makanan kitorang cukup, air biskut coklat gula-gula pun banyak lagi dalam simpanan, bekalan air kat toilet tak putus lagi (ekceli ada ura-ura bekalan air nak di potong) topup walaupun naik 5 genih still mencukupi lagi. Alhamdulillah. Memang hidup dekat rumah BKAN di Hayyu Sabik ini masih lagi heaven. Maknusia kat ARMA lah yang macam sengsara sikit. Sian deme..
Aku tak ingat ada satu malam tu, dalam 15 minit azan Isyak baru berkumandang, kitorang terdengar bunyi kecoh-kecoh kat bawah luar bangunan rumah Perak tu. Mak aihhhhhh aksi kejar mengejar perampok rupanya (HAHA masa ni kitorang ada pengulas tak bertauliah dari tingkat atas, bapak kepoh gila ustaz-ustaz kat tingkat atas tu. maap la ye ustaz terngumpat pulok kat sini) ramai gila pak arab yang berlari berkejaran bawak kayu serta parang. fewwww tetiba plak ada bunyi tembakan. tapi rupanya mercun je pun ==’
Alhamdulillah. Malam tu kami dapat berita yang kerajaan dah sudi nak tolong bawak balik budak-budak Mesir secara free. Aku ulang balik, secara FREE! hehe apa lagi, malam tu jugak kitorang sume budak-budak Medic kasi nama dengan no pasport dan kemas-kemas apa yang patut. Malam tu kitorang berjaga lagi. Aku berjaya mengkhatamkan drama ‘One Litre of Tears’ alone with tears sambil digelakkan oleh budak-budak tu sebab tengok aku nanges. cehh
2 Februari 2011
Pagi tu dengan ditemani 3 orang akak dan 2 orang musyrif, rumah aku dengan rumah Asya balik rumah masing-masing. Kitorang nak kemas rumah sikit sambil tu nak amek la pape yang rasa nak bawak balik Malaysia. Weeee hatiku gumbira tak terkata. Kitorang sume memang dah ekstaited gila beb! Tapi bila sampai rumah, miahahaha sepah gila baii~ Kitorang ada masa sampai pukul 11 je masa ni untuk kemas, sebab lepas tu ada taklimat, pukul 1 baru gerak pegi airport.
Dengan penuh semangat dan kerjasama kitorang pun kemas-kemas la rumah tu. Sewa rumah untuk bulan 2 pun kitorang settle bayarkan sekali. Hancus punah 1400 genih macam tu je T_________T tapi takpe, janji mama (panggilan untuk tuan rumah kitorang tu) dah pulangkan balik kunci pendua dan kitorang pun boleh letak barang-barang dengan rasa selamat (harap-harap rumah selamat la tak kena pecah masuk huhu) haaaaaaa masa jumpa mama, mak aihh tangan dia berbalut! Muka calar balar. Bila kitorang tanya dia cakap ada car accident tapi taktau la kot dia join rusuhan tu ke?
Then balik rumah BKAN, jumpa YDP Perak jap, after lunch kitorang solat Zohor then gerak ke Wisma A Perak. Masa ni aku rasa part paling kelakar. Dahla sume bawak beg gedabak gedibun. Jalan berdua-dua macam kawad. Orang arab gelak je tengok kitorang. HAHAH aku ingatkan sikit rupanya ramai jugak yang balik satu trip. Tapi kami kaciwa! Sampai je kat Wisma A tu, YDP cakap flight untuk hari ni di-cancel. Esok 8.30 pagi baru gerak.
3 Februari 2011
Awal-awal pagi lepas bekpes kitorang terus direct pegi Wisma A Perak. Alhamdulillah tak sampai setengah jam tunggu, 2 bas dah menanti kitorang. Yeayyyy teruslah kami bergerak ke Cairo International Airport. Sepanjang perjalana, walaweh aku tak nampak seketul orang pun bahkan sekeping asap kereta. Memang jalan raya sangat kosong. Rasa boleh main golek golek kot kalau aku berdiri kat jalan raya tu. Miahahaha
Pastu bukanlah nak cakap apa, baru fes time nampak keta kebal kaler coklat kuning macam taik anak kucing masa masuk kat Cairo Airport tu. Weeeee batak pulak aku memandangnya. HAHAH dan masa tu jugak fes time aku tengok airport tu ramai gila maknusia sampai khemah gedabak pun depa pasang. Aku tengok seko seko dah macam semut tak bleh dok diam.
Ada gak la dalam sejam dua menunggu panggilan. Tak lama lepas tu (Zohor dah masuk) kitorang pun dapat bergerak check in dalam airport. Pehhhh setiap negeri ada hantar wakil masing masing. Beratur panjang wei taktipu. Aku ni dah la kecik bawak beg berat depan belakang. Hik hik takde sape pun tolong.
Then ada lah pokcik pokcik yang bertugas kasi tiket. Miahaahah aku sangat batak menunjukkan tiket itu. Tengok sendiri. Betul free tak tipu. Takdepun cakap kena bayar balik. Tepat jam 3 petang kot, flight pun berlepas ke udara meninggalkan Cairo. Bai bai Mesir!! HAAHA
Dalam flight tak buat apa. Bosan sebab depa tak bagi headphone padahal channel punya la banyak! Dengan macam macam movie, drama dengan radio lagu lagu serta ayat ayat Quran tapi tengok jelah cegitu. Makan, pehhhhhhhhhh nasik beriani sama sate bai! Siap ada ferrerro roche lagi wa cakap sama lu. Pakcik pramugara baek gila kot! Sporting habes. Gelak je manjang. Gila terbaek punya service.
Sampai kat Jeddah dah malam. Lebih kurang Maghrib la. Masa sampai ni kitorang di bagi makan. Sedap la jugak. Ngeh3 tapi tunggu lama gila bai! Bayangkan dari pukul 7 malam sampai pukul 4 pagi esoknya kot kitorang tersadai kat King Abdul Aziz International Airport Jeddah. Konon nak tunggu next flight la. Hampehhh aku dapat curik line internet kejap. Langsung meng-upload gambar diorang-diorang ni atas permintaan kat fesbuk.
tolong ah jangan gelakkan aku. aku pun tatau pesal fesbuk aku tuka jadi kale pink. huhu
4 Februari 2011
Sepanjang perjalanan ke Madinatul Hujjaj Tabung Haji tu aku tido je. Memang penat tahap maksima. Subuh tu baru smpai. Lepas check in je aku terus solat Subuh pastu terus tido. Memang dah tak ingat dunia dah masa tu. Tapi bila bangun dalam pukul 11 tu, hihi ada 2 bungkusan makanan ada kat tepi katil. Wahh wahh dok sini memang heaven dengan makanan. Makanan aku untuk hari ni je dapat 3 tau. Memang best!
5 Februari 2011
Lepas aku dapat line internet kat gudang besar, tiba-tiba ada announcement suruh sume pergi berkumpul sebab Dato’ Jamil Khir nak jumpa. Alhamdulillah. Beliau bagitau esok akan ada 2 flight balik Malaysia. Yahooooooooo! Gembira bukan kepalang sume maknusia yang tengah berkumpul tu. Lagi-lagi bila dia cakap, FIRST CHECK IN, FIRST CHECK OUT! haha suka gila aku.
Dan lepas Zohor (aku jamak okey) aktiviti aku sampai ke Maghrib adalah online di gudang besar beramai-ramai. Harap nak kuar memang tak dapek laaa. Nak buat umrah lagi tak dapek. Malam tu berbas-bas lagi sampai kat Madinatul Hujjaj. Memang penoo aku cakap tempat tu. Malam tu jugak kitorang diisi dengan slot ceramah Psikologi. Best.
6 Februari 2011
yeahhhh balik! Lepas Zohor dalam pukul 1 kitorang gerak ke King Abdul Aziz International Airport. Suka suka suka. Sempat gak amek gambar, makan-makan tapi tak sempat nak shopping pape sebab duit takde (malas nak kuarkan duit, charge mahal pulak kang) Hehehe dalam flight, lepas makan, terus tido. Memang tak ingat dunia apa dah. Nak tengok kat luar, komfem ah tak nampak. Golap den koba.
Tak dapek pegi Mekah, dapat gambar signbod pun jadilaa
bersama cik Qua (kiri) dengan kisah Nightmare dia yang hari tu tu. ngeh3
7 Februari 2011
Flight take off kat Terminal VVVVIP Bunga Raya KLIA Malaysia tepat pukul 9.50 pagi. Aku salute la dekat Dato’ Nawawi kapten kapal MAS tu sebab kat Jeddah dia anggarkan sampai pukul 9.50 memang 9.50 la sampai mesia! Miahahhaa dan kitorang pun sangat lah surprised sebab dijemput oleh Pak PM kita, Dato Najib dan isteri dan kabinet dan wartawan dan kameraman dan penulis suratkaba dan ibubapa. Hihi Terima kasih la Malaysia.
inilah clasmate saya. miahahaha
Sekian sahaja laporan daripada saya. Terima kasih.
Yang Benar,
ZAHIDAH MAULIDA BT ISMAIL
Cheras, Selangor
1:30 pm











Pingback: Demam Flight Ticket - Asyrof Asri Studio Dot Com | Asyrof Asri Studio Dot Com
Waaahhhh … seronok baca blog ni.
Serius, walaupun menggunakan bahasa melayu rendah tapi tetap suka baca.
HurMMmmm, saya tak buat pun lagi post ni.
Simpan pic je. heheh
Asyrof Asri´s last [type] ..AsyrofAsriStudio.com, MuazFaris.com Kenali Blogger Kacak, Comel Dan Bergaya
Pingback: Kes Pembunuhan Di Perhentian Bas Hayyu Sabie’, Kaherah – Sila Ambil Perhatian | Illusion of Dyspraxia
Pingback: Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan | Illusion of Dyspraxia
Pingback: Sudah Bersediakan Anda ke Mesir? | Illusion of Dyspraxia
Pingback: Maher Zain Live in Egypt | Illusion of Dyspraxia
Pingback: Final Exam Tepi Jalan Tu Je | Illusion of Dyspraxia
Pingback: Jelajah Blog Luar Negara | Illusion of Dyspraxia
zidaaaa. awat ko mewah2 gilaa. aku dah la naik charlie. dpt makanan apa je, duk atas lantai bersila dan berhimpit2, bunyi engine, dan serius flight tak sesuai angkut manusia. KO mewah gilaaaaa. hahaha tapi aku bersyukur, ada pengalaman jadi betul2 pelarian ^_^ and smpi Jeddah, non stop makanan. siap dy hantar ke bilik and makanan dy memang laziz!!
HAHA rilek arhh nini. Pengalaman kot semua benda tu! Aku teringin gak naek Charlie tu, yelah macam best pulak kan kalau cite kat orang heheh tapi dah rezeki aku dapat naek MAS, takkan nak tolak plak kan. Aku pun taktau dapat flight mana masa tu. Heheh. Bersyukurlah, dah selamat dah sampai ganu kannn. Heheh kat Jeddah memang heaven, makanan banyak gila tak tipu wehhhhhh! Rindu plak kat sana~
Pingback: Yeah! Tiket Free Balik Mesir!! | Illusion of Dyspraxia
Alhamdulillah comeback in one piece dan situasi pelajar Malaysia terkawal
akubiomed´s last [type] ..Peristiwa diselamatkan oleh skuad Hijau
yupp alhamdulillah semuanya settle
salam ziarah..
best bace even pertame kali datang..
well..
sy silence reader dari kisah yg first haritu..
sy xde blog pun..
tp bila tgk blog awak ni cambest plak..
hehe ^__*
hahah thanks dear! baca lah selalu okey
ya Allah.bersungguh-sungguh bace entry ni!!!!alhamdulilah,semue selamat
lizz´s last [type] ..Najwa Latif Boleh Jadi Macam Yuna Tak Video
hehe baca la yang sebelum sebelum tu punya kalau belum baca. alhamdulillah
macam2 hal berlaku kat sana ye…pengalaman yg tentu sukar utk dilupakan.
saiful´s last [type] ..Salah Aku Entri Macam Sampah
yup. bukan sekadar lupa, memang TAK AKAN lupa pun! hehe
Pingback: Tweets that mention Kisah Krisis Aku & Mesir [Part Finale] | Illusion of Dyspraxia -- Topsy.com
semoga zida tabah menghadapinya…. tak tahu lah aku kalau kena macam nie…. innalillah…. bila nak balik mersir tuh nanti???
zik´s last [type] ..Kartun Malaysia – kalau sibuk dengan business pun agak-agakla!!
hahah memanglah sangat tabah. weee~ errm. kitorang pun taktau lagi bila nak balik. macam2 tarikh ada. the latest cakap 26 Feb ni tapi goverment tak cakap pape lagi. huhu
kak zid! best2! takpe ahh tak dpt pegi mekah pown. nanti ade rezeki bleh pegi pnyee.
chill…
Hehe thanks
InsyaALLAH dapat lagi peluang pergi sana. Buat umrah terus!
Yeayyy~
woii ko..apsal mcm maken cun je..hahah..batak gila ko tunjuk boarding pass free tu..bla la..
tapi..gud..apa2pom slmat kembali balik ke mesir sane..bila nak balik? klu da tau,bgtaw la taww..
Apa woi woi? Cuba arhh bagi salam sikit. Ishh Anak Pak Ali ni. HAHAH wekk saje je aku nak batak kat ko. Nak kasi ko jeles. Lalalaala~ Aku tak tau arhh nak balik bila. Sebab govement tak bagitau pape lagi. Nanti kalau dah settle semua aku habaq mai kat hang ye