Yeah!! Tiket Free Balik Mesir!!

entry melekit sebab update terbaharu ada di bawah.

Tamat sudah 3 series Krisis Aku & Mesir. Heheh penat jugak nak menaip stori panjang berjela macam tu. Lama kot tak membebel, tapi atas permintaan beberapa orang rakan yang setia membaca blog picisan Zida nehh, heheh I rela buat sume tu. Lalala~ btw, cerita yang tengah hot di kalangan students Egypt sekarang ini adalah isu tiket balik Mesir.

Well, alhamdulillah. Semakin hari semakin banyak berita yang menggembirakan hati anak-anak Mesir seperti kami ni. Ehhhh anak Malaysia keluaran Mesir ni. Baru-baru ni kerajaan negeri BN dah mengumumkan untuk memberikan bantuan dan menanggung kos tiket kapal terbang untuk balik ke Mesir. *sila jangan politikkan benda ini ye* Dan mereka juga sedia membantu para pelajar dibawah negeri Pakatan yang tidak ditanggung.

Pahang – 400 orang (tiket + RM500 setiap seorang)

Melaka – 241 orang (tiket + wang belanja dalam perbincangan)

Wilayah – 400 orang (tiket + RM500 setiap seorang)

Selangor – 1800 orang (tiket) **

Perak – tiket free bagi sesiapa yang menghubungi dan mendaftarkan diri pada YAYASAN PAHANG. **

Kelantan – 1006 orang (tiket) ***

Terengganu – 600 orang (tiket) ***

Kedah – 800 orang (tiket + RM500) ****

Johor – bilangan tak pasti (pelajar persendirian, tajaan MAIJ & YPJ – tiket + RM2500) dan (pelajar JPA, MARA – tiket + RM500) ****

** UPDATE terkini – 10.40 pg 24/2/11

*** UPDATE terkini – 10.50 mlm 24/2/11

**** UPDATE terkini – 12.10 tghmlm 28/2/11

Sekarang ni masih ada lagi perjumpaan dan pertemuan antara MB bersama anak-anak negeri masing-masing. InsyaALLAH dengar kata esok ada kejutan, tapi tak tahu la ape benda kan, so kita just wait and see. Pada sesiapa yang belum mengisi borang SISTEM MAKLUMAT PELAJAR LUAR NEGARA, sila isi dengan segera untuk memudahkan apa-apa urusan.

*          *          *          *          *

kejutan dari MedicMesir – Tiket Diskaun ke Mesir RM1399 Sehala

InsyaALLAH bila kerajaan Malaysia sudah mengumumkan tarikh kembali ke Mesir, pihak MedicMesir akan membantu anak-anak yang tidak mendapat mana-mana tajaan. Ini kerana ‘seat’ untuk flight adalah sangat terhad (Etihad 150 seat & MAS 279 seat) Jadi pada sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar dan membayar pada hari ini juga 24 Februari 2011 sebelum jam 2 petang.

Anda boleh menghubungi En Aliff 019-6206167 atau En Shaiful 019-3106167 atau Pejabat MM 03-8945 9030 / 03-89489030 untuk pertanyaan lanjut. InsyaALLAH juga pihak Malaysia Airlines (MAS) akan memberikan tiket percuma (masih dalam perbincangan). Semua tiket diskaun atau tiket percuma ini diberi keutamaan pada mereka yang tiada tiket percuma. Klik sini untuk penjelasan yang lebih detail. Tidak tertakluk kepada pelajar MedicMesir sahaja.

UPDATE TERKINI di Diskaun eTiket

*          *          *          *          *

kejutan dari kerajaan Malaysia – Tarikh Pulang ke Mesir

Semua pelajar dibenarkan pulang bermula 12 Mac ini kerana banyak universiti yang akan memulakan kelas selepas dari tarikh ini. Universiti Kaherah (clinical & pre-clinical) mula 12 Mac, Universiti Al-Azhar (pre-dental) mula 12 Mac, (medic) mula 15 Mac, (agama) selewatnya 8 April, Universiti Iskandriah (pharmacy) mula 17 Mac, (pre-clinical medic) mula 19 Mac, (clinical medic) mula 26 Mac, (dentistry) mula 2 April, Universiti Mansurah (clinical medic) mula 15 Mac, (pre-clinical, dentistry, pharmacy) mula 19 Mac, Universiti Tanta, Zagazig dan Ain Shams mula 15 Mac bagi semua peringkat pengajian. - BERNAMA

Pada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang tiket free atau tajaan pulang ke Mesir ini ataupun jadual flight pulang, bermulanya kelas dan peperiksaan, anda boleh lawati laman facebook rasmi MedicMesir atau Ummi MedicMesir atau paling mudah lawati blog rasmi MedicMesir. InsyaALLAH segala pertanyaan dan soalan anda akan terjawab. Anda akan dilayan dengan sebaiknya. Hihihi macam ape daaaa..

*entry ini hanya untuk sebaran maklumat. segalanya dipetik dari blog MedicMesir atas keizinan pihak MedicMesir sendiri. Harap maklum. kalau bisa tolong SHARE dan hebahkan ye. shukran.


8 thoughts on “Yeah!! Tiket Free Balik Mesir!!

  1. Pingback: Selangor Kasi 40kg Balik Mesir! Yahoo! | Illusion of Dyspraxia

  2. salam pkbar? sihat ker?

    bljar sana mmg tu dugan..baik dah reda yah klo berlarutan payah gak sebab lama2 dok tangguh bljar sok lupa pula..umur makin menigkat huu..

    • waalaikumsalam alhamdulillah. sihat je kak suri. makin sihat pulak kot. hihihi. tau takpeeeee tak sanggup senanye nak amek exam atau sambung belajar kat sini. rasa macam pelik kot kalau kerajaan nak bawak lecture datang sini. huhuhuhu btw, trimas ye kak suri!! :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge