Zahid AF2 Duta Sunrise Pink Guava

Siapa yang tak kenal Zahid? Finalis Akademi Fantasia musim kedua yang menjadi Juara itu? HAHAH well, congratulation pada company mak aku dan rakan-rakannya yang bertungkus lumus mengusahakan syarikat Gold Tri Sunrise yang semakin melonjak naik ni. Tak sangka plak sampai dah ada duta dah. Fuhhh hebat! Mantop!! Btw, pada sesiapa yang taktau amende Zida merapu ni, anda bolehlah klik entry ini dulu tapi ayat skema kanak-kanak la sebab tu entry lama. Ngeh3

Dan dan hari ini merupakan hari bersama press yang mana secara official-nya Zahid diumumkan menjadi duta kepada produk Sunrise ni – jus pink guava, sabun berteknologi NANO dengan lotion. Berlangsung pagi tadi di Kelab Shah Alam Selangor. Wuuuu fes time Zida menjejakkan kaki kat tempat OKK (orang kaya kaya lahh). HAHAHA errrr tak tau dah la mau cerita apa senanye *sambil mencari ideaaaaaaaa*

CEO, Rakan Niaga bersama Duta

Majlis pagi tadi mendapat sambutan jugaklah walaupun ramai datang lambat, terutama orang-orang dari Perak. Pehh bersemangat diorang. Datang satu bas tu! Jangan memain. Mentang-mentang Zahid orang Perak jugak. Heheh ohh ya, mak ayah Zahid pun ada jugak tadi. Orang kuat Sunrise jugak ni. Tapi bila tengok muka diorang ehhhhhh awat macam familiaq sangat niii? Deme penah masuk TV kaa? Pernah jumpa kaa? HAHAH

Cik Ros, Zahid, Cik Ani & Umi (mak aku le tuu)

Majlis bermula dengan sedikit penerangan mengenai syarikat Gold Tri Sunrise ni (dulu dikenal sebagai syarikat Matahari) alah, kalau korang tekan link tu, takkan keluar pun sebab website tu still under construction lagi tapi kalau nak sangat tengok boleh la kelik website www.sunrise-guava.com. Then ucapan dari CEO dan sorang usahawan berjaya, kemudian diselingkan dengan nyanyian daripada Zahid, lagu ape tah tapi Zida bese dengar gak la.

Bagus gak ahh Zahid jadi duta ni. Dah la sporting, suka buat lawak best la sebab dia menceriakan suasana. cewah ayat aku. Zahid dipilih jadi duta sebab jadual Zahid tak berapa nak ketat macam artis-artis lain. Dia ni pun anak jati Perak (syarikat ni asal sana). Mak ayah dia pun dah jadi dealer Sunrise (ehhh ni takde kena mengena) lepas tu lepastu reason lain tak ingat. Cuba beli paper esok ke (18 Feb 2011 punya).

Haaa dah ingat. Dia nyanyi lagu Cek Mek Molek tapi tukar lirik jadi jambu. HAHA comel

Tengok betapa bersemangat muka budak seko tu. Arghhhhhhhh Cik Ros ni memang mengganggu alam sekitar laaa! HAHA takpe takpe. Tengoklah nanti aku balas dendam!

ehh pahal lak ni? buat aksi gelak ketawa beramas mesra pulok ni? ==’

Zahid & Zahidah
Muahahaha gelabah gila. Akhirnya aku dapat balas dendam jugok. Cik Ros tak dapat nyebok dah. Kui3

So korang kalau takde keja ke, buat keje yang tak berpekdah ke, mohle join bisnes ni. 100% dijamin bukan MLM, bukan syarikat tipuan, bukan bisnes mainan. InsyaALLAH ada masa kang Zida re-entry balik pasal bisnes ni. Kalau ada yang berminat boleh hubungi umi saya, Pn. Ina ditalian 018-3721927. Sangat dialu-alukan. Terima kasih :)

Recent Related Posts

One thought on “Zahid AF2 Duta Sunrise Pink Guava

  1. Pingback: Sanah Helwah Umi! Salam Perantau Dari Anak Yang Jauh~ | Illusion of Dyspraxia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge