Hikayat Merong Mahawangsa Tidak Mereng!

Masa dengar tajuk movie ni, terdetik dalam hati, mak aihh hikayat negara purbakala manalah si Yusry KRU ni buat ni? Macam takde tajuk lain je nak letak. Kengkawan aku sorang dua pun ada gak bagi ‘nickname’ kat movie ni, Merong Menyerong la, Merong Mereng la, lagi best ayat si Maisarah Sofea tu, Mereng Mahasiswa. HAHAH aku rasa baek ko pegi buat skrip cite tu cik Mai oii.

Tapi semua kata-kata tu dilafazkan sebelum aku sendiri pegi tonton cerita ni kat TGV Bukit Tinggi Sabtu lepas. Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Wa cakap sama lu, wa tabik springgggggg pada KRU Studios! Wa bleh kasi 4.5 from 5 points bagi kategori filem Melayu. Cewahh sebab ni la first filem yang anak Melayu sendiri buat yang aku tengok yang setanding filem Holywood.

Sinopsis

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

8 Sebab Mesti Tonton

1. Filem Anak Watan Malaysia. Daripada kita tengok movie tak senohong tak senonoh kat cinema tu, baik kita pergi tengok movie ni. Semua pun tahu kat movie ni digarap sendiri oleh anak Malaysia si KRU 3 bersaudara itu. Kira banggalah sebab cerita ni dah macam cerita omputih. Kan dah masuk pasaran antarabangsa weh (dalam English)

2. Dibintangi Pelakon Hensem dan Cun. ehemm seriously. HAHA Gavin Stenhouse si Putera Rom, Stephen Rahman Hudgen si Merong kacukan Melayu-Rom, Jing Lusi si Puteri China, Ummi Nazeera si Embok yang memang muka Melayu tulen – semua watak memang hidup! Kisah romantik Putera Rom & Puteri China alahai sweet je.

3. Watak Antagonis Gila Bengis. Kamawas, “budak botak macam mawas,” bak kata Ying Ying, Inang si Puteri China. Watak Khir Rahman ni memang menjadi dengan muka dia yang sangat bengis, botak lagi, sangap pulak tu. WAKAKA ayat dia paling tak boleh lupa, “empangan sudah dibuka, manakan dapat ditahan airnya...” PEH!

4. Pelakon Import & Stunt Yang Terbaik. Dengar cerita diorang import banyak pelakon dari India dan Hong Kong. Lagi best, pelakon tambahan stunt main pedang tu sebenarnya merupakan pelakon aksi cerita Rush Hour, alahh cerita Jackie Chan tu. Pelakon sekitar Terengganu pun banyak gak.

5. Teknik CGI Yang Setanding Hollywood. Bhai, modal RM8 juta tu, kira filem ni jadi filem kedua termahal yang pernah dicipta oleh orang Melayu. Guna teknik yang bermacam-macam supaya jalan cerita nampak hidup.

6. Sejarah Susur Galur Melayu Yang Perlu Diketahui. Heyyy sejarah ni. Bila dia dok cakap Langkasuka aku pun terpinga-pinga, rupanya kerajaan Kedah Tua. Jangan plak cakap tak belajar. Form 1 lagi dah ada tau. Bukak balik buku Sejarah! HAHA more info, makcik wiki ada sediakan. Klik je kat sini.

7. Adegan Menyentuh Jiwa. Alahai. Memang menyentuh jiwa. Siap berpantun pantun lagi. Scene Merong dengan Embok, scene Putera Rom & Puteri China, scene Laksamana Liu Yun nak mati. Sedey siot. Ahakss. Korang bleh usha syahirul.com dia pegi cetak rompak scene sedih Embok dan Merong. HAHAH

8. Sedetik Lebih by Anuar Zain. Original Sound Track (OST) HMM. Lagu ni memang buat aku meremang bulu roma. Tak tau ahh kenapa. Tapi seriously lagu ni menyentuh jiwa. Sila dapatkan lagu yang original bukan yang cetak rompak *tetiba

Dah tu je. Tulis banyak banyak kang korang tak baca. Pegi la tengok sendiri. Lama lagi movie ni kat pawagam. Memang tengah meletup pecah panggung hits box office semua la. Korang jugak boleh ‘LIKE‘ facebook HMM ni. Jom kita support movie Made in Malaysia ! :)

ps. ehem. Gavin Stenhouse dah approve aku kat fesbuk. lalalala~ *tetiba

Recent Related Posts

8 thoughts on “Hikayat Merong Mahawangsa Tidak Mereng!

  1. Pingback: IniAnwarHadi - Kan Senang Berdakwah Tu! | Illusion of Dyspraxia

  2. Pingback: Sedetik Lebih oleh Anuar Zain [OST Hikayat Merong Mahawangsa] | Illusion of Dyspraxia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge