Jelajah Blog Luar Negara

Yaww lama dah aku tak join segala segmen kat blog si pakcik Ben ni. Bukan taknak tapi tak sempat. I busy lahh HAHA tapi bila dia buat tajuk ni, I pun rasa nak join, ehem semangat sket aku nak promote bumi Mesirku yang terchenta itu. Mari mari baca.

nak join, klik SINI

Secara Ringkas Tentang Saya

Ehem. Kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Nama ana seperti yang kalian tahu, HAHA baca sendirilah dekat ABOUT tu malas plak nak membebel pasal diri sendiri. Well, sekarang alhamdulillah masih lagi menuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang Perubatan yang nama pendeknya MBBS dan nama panjangnya Medicinae Baccalaureus & Baccalaureus Chirurgiae. Reti sebut tak? HAHA Ana baru Tahun 1, tak habis pun lagi, ni semua gara-gara rusuhan Mesir haritulah.

Nak tau pasal rusuhan? Boleh baca dekat entry sini, sana dan sinun. Ada 3 part. Heheh

Kenangan Manis Saya

Bila ana dapat makan gula gula yang dipanggil Nouga sebab ianya memang memaniskan mulut saya. HAHA ofkos kalau dah kenangan manis tu terlalu banyak untuk ana ungkapkan kat sini eventho ana baru je 4 bulan kat bumi Anbiya’ ni. Kenangan dengan asdiqa (kengkawan) masa kat Tanta, Hadiqah Azhar, City Star, Sungai Nil, Bait Hasanah, dalam kelas belajar Anatomy, Physiology, Biochemistry & Histology semuanya merupakan kenangan terindah bagi ana! Hishhhhhh rindu pulak kat sana.

Kalau antum (kamu semua) nak tau, boleh la baca dekat entry-entry yang lepas. Just click here.

Kenangan Pahit Saya

Bila ana hampir-hampir nak termakan Nouga yang berulat. HAHA setakat ni kenangan pahit tu? Ermmmmm yang pahit tak banyak sangat. Mungkin agak pahit bila semuanya ada kena-mengena dengan orang Arab. Bila kena marah dengan Ammu (pakcik) rumah bawah, bila kena tipu masa beli minyak wangi, bila harga teksi saje je diorang naikkan, bila budak-budak lelaki Arab suka acah-acahkan kitorang dengan anjing dan lain-lain lagi T__T

Nak tau 10 perkara tentang Mesir yang korang taktau? Boleh tekan kat sini.

Kata-Kata Khas Buat Semua

Sebenarnya terlalu banyak perkara kalau boleh nak cerita sebab kat Mesir ni saaaaaangatlah best! Jadi, marilah sambung belajar kat Egypt jom! hehe Tak rugi pun. Keberkatannya pun lebih banyak. Even belajar Medic, kita still boleh belajar agama. Btw, ehemm mari join KONTEST Saya Sayang Mesir. Hadiah menarik anda khas dari Mesir. Just click sini dan join dan sebar-sebarkan. Hadiah best!  ;)

Recent Related Posts

23 thoughts on “Jelajah Blog Luar Negara

    • wah London! bestnya mesti dapat main salji kan? Zida teringin nak pegang tapi kat Cairo ni harap je sejuk tapi takde salji pon. Thanks kak :)

  1. cak!!
    zida nng g lah tgok egapyt piramid muka singa tu..

    tahun lps suri ada buat 2 entri apsal tu.mau gak tgok kdaan skrg org berbentuk singa tu reka bentukknya mash ada lagi ke tdk.

    piramid tu pun plk camner le bentuknya..mesti tak tal der bentuk segi tiga lagi kan..kan..

    • zida tak sempat lagi singgah sana (Giza nama tempat tu) insyaALLAH lepas final nanti kot baru Zida singgah sana. Ermm rasa pun mesti ada sumthing yang dah berubah kat sana after rusuhan haritu. Takpe nanti Zida buat berita ekslusif dari tapak Pyramid. heheh

  2. Errr.. student di Mesir dapat pulang ke nanti? Macam berlarutan aje pergolakkan di Timur Tengah. Dengar citer AS mahu serang Libya tak lama lagi…. Hopefully korang semua dapat sambung belajar dan habiskan pelajaran nanti. Best wishes..

    • Ohh Alhamdulillah, sekarang ni sedikit sebanyak proses penghantaran pulang ke Mesir dah pun bermula. Ramai je budak2 yang balik sendiri. JPA, MARA & negeri masing2 semuanya tengah bertungkus lumus hantar sume pelajar balik sebab most class start this mid of month. InsyaALLAH kat Mesir tak ada pape. Mohon doa dari semua ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge