Jom Jadi Perigi Cari Timba. Ha Ha!

Hai. Aku pun taktau nak mula macam mana. Aku pun taktau pasal tetiba aku nak cerita pasal perigi cari timba, timba atas perigi ni. Semua ni disebabkan tadi aku tetibe je rasa nak bukak Formspring dan ternyata banyak gila soklan yang pelik pelik yang aku tak berjawab lagi. Haaaa meh aku try share jawab soklan soklan bab chenta chentut ni. HAHAH

Wah wah cik kak sorang ni. Macam takde soklan laen nak tanya. HAHAH takpelah demi taknak mengecewakan cik Ery Farieha sorang ni. Meh Zida nak bagi pendapat. Ehemm macam dokter cinta pulak. eh aku memang nak jadi dokter pun kan. LOL kalau nak tengok apa makcik ni & kawan-kawannya cakap ehehe, klik sini. eh BroFramstone sekali. ngeh3

Perigi cari timba. I beat semua orang tau maksud peribahasa ni. Kata kata yang membawa maksud bahawa perempuan yang meminang lelaki untuk bercinta/berkahwin ahh lebih kurang macam ni la maksud dia. *sori ah BM SPM aku A- je. HAHA

Dalam konteks Islam, sebenarnya cara ni (perempuan pikat lelaki) adalah harus bahkan kalau korang semua perasan dan sedar, Nabi Muhammad SAW sendiri telah dilamar dan dipinang oleh Saidatina Khadijah sendiri. See? Tapi seseorang perempuan itu haruslah mempunyai orang tengah yang dipercayainya untuk menyampaikan hasrat hatinya pada lelaki yang disukainya itu.

Analogi dia macam nilah.

Siti berumur 25 tahun tapi sampai sekarang dia tak kahwin lagi padahal most of her friend sudah mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama sebenarnya dalam diam Siti menyukai Ahmad (ah tak kisahla sape Ahmad ni) Ahmad ni pulak ada seorang rakan yang sangat akrab bernama Ali. Jadi demi menyampaikan hasrat hati cinta si Siti ni mintak tolong si Ali ni bagitau kat Ahmad yang Siti suka sangat kat Ahmad.

Err faham ke tak? HAHA senang cerita kalau korang betul-betul suka kat laki tu, dah sangap tak tahan sangat nak kahwin sebab dah cinta sukaaaa sangat kat dia or takut si dia dikebas orang lain, sila cari orang yang betul-betul korang percaya. Tak digalakkan sangat kalau korang stret to the point kat laki tu, takut lepas tu dia terus menjauhkan diri pulak ke kang.

teringat aku doa ni dapat komen sampai 2000 kat fesbuk. alahai budak malakat ==

Atau isi je boring BAITUL MUSLIM. eh tapi itu kalau kat Mesir jelah. HAHAHAH jadi Zida mensarankan perbanyakkan baca surah Yusuf kalau nak dapat jodoh yang baik dan solehah. Bacalah jugak doa mendapat jodoh. InsyaALLAH tapi kalau dah desperate sangat nak kawen mintak jela mak bapak carikan suami. ngeh3 ;)

Cinta hanya akan indah pabila berpondasikan kasih Sang Pencipta karena Cinta berasal dari-Nya & dan cinta yg paling utama adalah cinta kepada Sang Pencipta cinta…

ps. esok Zida cerita pasal secret admire eaaaa. eh lusa la. esok cerita pasal SPIES~ ada pape soklan bleh terus direct. kihkih

Recent Related Posts

9 thoughts on “Jom Jadi Perigi Cari Timba. Ha Ha!

    • hish. budak jordan ada tak kena isi borang baitul muslim segala ni?
      hahhahah kalau takde, bolehla jadi camni kalau dah terbekenan.
      ngeh3 ;)

    • haha aku tak isik lagi tapi dorang cakap next year semua orang wajib isi! LOL kawan aku budak BKAN Selangor dah isi doh. HAHAAH gila semangat rumah bkan tu. ermm pasal surah tu, aku pun dengar camtu gak tapi aku ada terbaca kat mana ntah pasal ni. nanti aku cari balik link tu ea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge