Ehem. Zida masih dalam mood nak bercerita pasal SPM atau mungkin things about hala tuju selepas SPM. Saya tahu ramai calon SPM 2010 di luar sana masih tercari-cari dan terkial-kial memikirkan ke mana destinasi mereka selepas zaman persekolahan ini. Oleh itu, atas permintaan beberapa orang adik-adik lepasan SPM ni, hehe saya berbesar hati memberikan tips dan sedikit maklumat tentang alam universitas ini
Universiti
Bagi pelajar yang cemerlang, tidak ada masalah untuk mereka untuk memilih jurusan yang diminati. Dentist, Pharmacy dan Perubatan selalunya menjadi course yang disukai ramai. Pastinya semua tahu, anda harus mengisi borang UPU online. Harus diingatkan, sebaiknya anda memilih jurusan yang setanding dengan keputusan anda.
Bukan apa, mengikut pengalaman, agak sukar sebenarnya nak dapat jurusan yang diidamkan terutama bagi mereka yang mendapat 7A ke bawah. Tapi ada juga kawan saya yang mendapat 10A, 9A tetapi mereka langsung tak dapat mana-mana tawaran IPTA langsung! Mungkin kerana result mereka tidak mencukupi syarat kelayakan ataupun quota sudah penuh.
Matrikulasi
Anda jangan risau jikalau tidak mendapat tawaran mana-mana IPTA/IPTS kerana anda juga boleh memohon Matrikulasi sama ada aliran Sains Hayat, Sains Fizik atau Akaun. Anda juga tak perlu nak risau jika ditawarkan aliran yang tidak diminati. Seingat saya, permohonan untuk menukar aliran akan dibuka 2 minggu selepas pendaftaran.
Peluang yang cerah bagi mereka yang dapat pointer 3.5 ke atas kerana banyak biasiswa yang ditawarkan untuk mereka ke luar negara (for degree) especially JPA & MARA. Jadi memang kena study hard study smart masa Matrik ni lagi-lagi siapa yang dapat setahun. Kalau dapat 2 tahun tu boleh main-main sket. Heheh
Luar Negara
Saya tahu semua orang ada keinginan untuk sambung belajar di luar negara. Tetapi tidak semua yang mendapat peluang ni (tu la sape suruh taknak study betul-betul) haha selingan kejap. Bagi kamu-kamu yang mendapat result 9A ke atas, anda bolehlah terus memohon biasiswa JPA atau MARA untuk buat A-Level atau setanding dengannya.
Nowadays ada juga agen-agen yang menguruskan pendaftaran pelajar di luar negara terutamanya bidang Perubatan/Pergigian/Farmasi di Mesir, Indonesia dan Russia. Tapi dalam kes ini, ibu bapa memang akan mengeluarkan budjet yang agak tinggi di samping kesan sampingan (sebab kadang-kadang ada agen yang tipu). But don’t have to worry, scholar JPA & MARA still boleh apply after second year.
Nak tau pasal agen yang saya pilih –> MedicMesir. Ada taklimat Ahad, 28 Mac ini.
Kolej Swasta
Bagi mereka yang berduit sedikit, bolehlah menghantar anak anda ke IPTS mengikut jurusan yang diminati kerana sekarang ini memang sangat banyak pilihan universiti swasta di seluruh Malaysia. Tengok saja surat khabar, bermacam iklan yang ada. Tak kurang tu, banyak je surat-surat dari IPTS yang sampai di peti inbox rumah.
Sebelum membuat pilihan, pastikan anda memilih kolej/IPTS swasta yang betul-betul bagus dan diiktiraf oleh MQA (dahulunya dikenali LAN) contohnya MSU dan Masterskill. Sebab kalau tidak susah nak cari kerja selepas tamat belajar. Lagi satu, anda juga boleh memilih Kolej Bersekutu yang menyediakan jurusan peringkat diploma. Kalau result bagus boleh apply scholar MARA.
Tingkatan 6
Selalunya pelajar akan memandang Tingkatan 6 sebagai pilihan terakhir. Heyy siapa cakap ambil tingkatan 6 tak bagus? Korang boleh sambung untuk STPM atau STAM sebab kedua-dua aliran tersebut dah dinaiktaraf macam diploma. Kira lepas habis nanti boleh terus apply untuk degree. Cuma nanti rasa macam budak sekolah lagi laa. HAHA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Rasanya ramai yang tidak tahu akan kewujudan SPA ni. Saya pun baru tahu lepas baca di laman Facebook Lepasan SPM. SPA ni menyediakan ruang untuk anda menyambung pelajaran dalam bidang sub-Perubatan seperti Jururawat, Pegawai Pembantu Perubatan, Juruaudit dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi, tapi saya tidak berapa sure, jadi sila klik sini ye.
Sebenarnya banyak lagi. Ada je Politeknik, Institusi Perguruan, Darul Quran, ALAM dan baaaaaaaanyak lagi. Cuma saya kesuntukan masa untuk menaip dengan lebih panjang. Kalau ada masa nanti saya sambung. Kalau ada pertanyaan juga boleh tanya insyaALLAH kalau saya tahu, saya jawap.


Pingback: Tawaquf Sementara Sesi FAQs | Illusion of Dyspraxia
assalamualaikum kak,saya lepasan spm2011…
rsult,alhamdulillah….
sya mnat medic….
nk tnya klau lpsan matrik,nk smbung medic kat luar negara,leh x?
klau asasi,nk smbung luar ngara leh x dlm bdg medic?
nk mntak luar ngra gna rsult spm kna compete plk dgn bdk yg dpt straight a…
salam.. saya agak musykil ngn mtrikulasi ni…sya udax lepasan spm 2011,result memg xcapai target pon..T___T . . .law dpat twran kat matrix n dpat 3.5 keatas,adakah saya berpeluang u mlanjutkan pelajran kt luar negara??#result saya xsmpai pom 7a#..akak pliz reply k..tQ
wsalam, kalau mengikut situasi biasiswa atau pinjaman pelajaran JPA atau MARA, memang agak sukar kalau tak dapat above 9A+ or CGPA 4.0
so kalau nak masuk matriks memang kena struggle gila-gila la. my friends yang dapat 4 flat dapat buat medic but 3.9 buat chemist and others.
Waalaikumsalam.
Boleh je lepasan matrik nak sambung medic kat luar negara, ramai je buat camtu, tapi memang kena 3.9 and 4 flat la, kecuali kalau nak mesir, memang guna result SPM jugak by minimum B- for core science.
And kalau asasi, akak kurang sure la pulak. Sebab tak pernah dengar pulak pasal ni~
assalamualaikum kak,saya lepasan spm2011…
rsult,alhamdulillah….
sya mnat medic….
nk tnya klau lpsan matrik,nk smbung medic kat luar negara,leh x?
klau asasi,nk smbung luar ngara leh x dlm bdg medic?
MCM MANE NK MOHON SMBUNG BLAJA SPA8 KEJURURAWATAN NIE EK
Maaf, kurang tahu. Mungkin boleh google
salam kak.
sy lepasan SPM 2011.
alhamdulillah result bley thn.
skrg sy xtau nk amek course ape lps nie, same ade farmasi atau medic.
akak bley bg opinion x ?
thnx (:
Waalaikumsalam,
First of all, before akak kena bagi opinion, I should’ve know, kamu minat apa? Sebab bagi akak, belajar based on interest is more dominance. Seriously. You’ll be enjoyed your study.
Pingback: Ingat! SPM Bukanlah Penentu Masa Depan! | Illusion of Dyspraxia
Hi kak, saya lepasan SPM 2011. Terima kasih atas maklumat yang sangat membantu ini. Bagi lepasan matrikulasi yang cemerlang memang ada peluang untuk belajar dekat luar negara ke?? Scholarship itu perlu dimohon atau akan ditawarkan jika result bagus? Sebab saya memang berazam untuk sambung pelajaran ke luar negara tapi saya tahu peluang untuk mohon scholarship sebagai lepasan SPM sangat tipis kerana saya merupakan pelajar sekolah harian biasa dan saya tahu bahawa sijil lepasan matrikulasi tidak ada pengiktirafan di luar negara.
Hai adik
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ni, maaf kerana baru ada kesempatan untuk membalas komen ini.
Btw, untuk mendapat tajaan ke luar negara, selalunya kita akan mohon sendiri, dan selalunya permohonan tajaan akan dibuka pada hari pengumuman peperiksaan itu. Jadi SPM 2011 akan keluar 21 Mac ini kan, harap kamu dapat peka dengan mana-mana berita atau terus buka laman web JPA/MARA untuk mengetahui maklumat lanjut. Kamu juga boleh layari http://malaysia-scholarship.net/ untuk maklumat lanjut tentang tajaan dan biasiswa.
Lagi satu, jangan sedih kalau kamu sekolah harian biasa, tak semestinya budak SBP je dapat tawaran dan tak semestinya budak sekolah biasa tak hebat. Well, macam Amalina Che Bakri, dia budak sekolah biasa je kot. Tapi hebat je
Moga dapat keputusan cemerlang. All the best!
Saya lepasan SPM 2011
Saya nak tanya kalau nak masuk Politeknik kena dapat berapa credits? Sebab saya dah cari tapi x jumpa. Harap balas ya ….
Terima Kasih….
Oh maaflah kalau jawapan saya kurang membantu. Kamu boleh rujuk link ini dan boleh buat permohonan kalau berminat
http://www.politeknik.edu.my/WebBAP/spm_syarat.aspx
Bagi yang berkesempatan untuk belajar.. teruskan belajar..
Mus´s last [type] ..Jarak Pemanduan Hari Ni Sejauh 5044KM
Nasihat saya kepada adik-adik. Pohon la Mara ataupun Zakat Selangor. Bagi yang dari Terengganu, rebutlah peluang anda ke UK atau Ireland melaluit Yayasan Terengganu. JPA sangat susah sebab tahun ni dari maklumat yang saya dapat, hanya 300 orang akan terpilih untuk PILN. So those yang dapat straight A+ je berpeluang.