Tsunami Kiamat Kecil Dari Tuhan

Gempa bumi dan Tsunami ini merupakan salah satu tanda amaran dan ingatan daripada ALLAH SWT pada hambanya yang leka, lalai serta sering membuat maksiat. Tanpa kita sedari sebenarnya gempa bumi dan tsunami yang kecil ini merupakan contoh atau lebih mudah dipanggil KIAMAT KECIL. Anda sedar atau tidak perkara ini? Sekadar perkongsian gambar-gambar. Diambil daripada sini.

Tsunami menghentam Natori selepas gegaran berlaku

Dikhabarkan hanya dalam 30 saat air laut melimpah ke daratan sejauh 3 kilometer!

Keadaan loji tenaga nuklear Daiichi melalui ruang udara

Inilah rupa loji tenaga nuklear No. 1 Daiichi selepas meletup kelmarin

Keadaan pekan Minamisanriku selepas tsunami, dianggarkan lebih 300 orang hilang

Seorang wanita yang masih trauma terpaksa berada di luar selepas rumahnya ranap dek gempa bumi

Tentera Jepun berusaha mencari mangsa yang masih hidup di bawah timbunan di Sendai

Pasukan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang tertimbus hampir 35 jam!

Seorang warga emas dipapah oleh penduduk yang terselamat daripada bencana ini di wilayah Ibaraki

Bangunan runtuh dan ranap serta di bawa air di Miyagi

Beberapa mangsa yang terselamat menggunakan sampan buatan sendiri demi menyelamatkan diri

Sebuah kilang terbakar selepas gempa bumi di Miyagi

Tapi dalam masa yang sama kita tak sedar jugak ada umat Islam sedang bertelagah tentang banyak perkara daripada hal tsunami ini. Dengan kes karikatur di Berita Harian Ahad lepas sampai ke pengetahuan CNN, dengan ramalan tsunami yang terdapat dalam al-Quran dan lain-lain. Saya berminat nak kupas isu TSUNAMI JEPUN DI SEBALIK AL-QURAN. Kalau tak tahu, sila klik itu dahulu.

Ya saya akui, sejak dua menjak ni (atau rasanya dah lama juga) ramai orang yang sering mengaitkan kehidupan, agama dengan nombor. Macam-macam benda kalau boleh semuanya nak dikaitkan dengan nombor. Boleh jadi semuanya satu kebetulan, boleh jadi ini hanya mainan saje suka-suka, boleh jadi ini memang petunjuk dari Tuhan.

Tetapi sebenarnya memang ramai yang ragu-ragu macam mana benda-benda ini terjadi. Fine, memang best dan memang seronok bila kita dapat synchronize ayat-ayat ALLAH ini dengan peristiwa yang berlaku tapi sejauh mana kebenarannya? Kita tidak boleh meramal sesuka hati kerana takut terpesong dan menyimpang.

Saya sendiri tak berani nak cakap banyak sebab saya memang tak tahu akan sejauh mana kebenaran benda-benda sebegini. Daripada semua bertekak bergaduh mengenai benda ni, lebih baik kita berdoa agar Malaysia negara tercinta kita ini dijauhkan daripada bala dan mala petaka daripada ALLAH.

Ingatlah! ALLAH menurunkan bala untuk umatnya yang melakukan maksiat. Tetapi orang disekelilingnya juga akan terkena tempiasnya. Oleh itu mari berjaga-jaga dan tingkatkan amal soleh. Dan sesungguhnya juga ilmu ALLAH itu sangat luas dan masih banyak ilmu tersebut yang masih belum diterokai sebenarnya. Mari renung-renungkan dan selamat beramal!

“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

Recent Related Posts

6 thoughts on “Tsunami Kiamat Kecil Dari Tuhan

  1. Pingback: Zida 'Live' in Tahrir Square | Illusion of Dyspraxia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge