Salam.
Hari ni masuk kari ke-27 berada di Mesir selepas pulang dari bumi Malaysia.
Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di muka bumi Mesir buat kesekian kalinya. Masih lagi aktif bergerak ke sana ke mari. Masih lagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu kedoktoran yang semakin hari aku rasa semakin best, tapi semakin best itulah semakin malas untuk aku membaca. oh my ALLAH. Kenapa dengan aku nih???
Itulah aku. Semakin hari semakin memuncak kemalasan. Padahal exam Final sebulan je lagi. Betul, aku ulang ni, exam Final Year 21 Mei ni je. Bimakna nak dekat sebulan je lagi. Time’s running soo fast!
Subtopic pun makin bertambah belajar. Esok je ada written test Anatomy part Pelvis. Ahad depan MCQ Biochem Enzyme. Tulat ke entah bila pulak Lab Anatomy Test. Dan aku masih lagi menghadap komputer dok blogging manjang. Lekluuuuuuuuu asar tak elok study la! Hehe *alasan*
Tika, Saleha, kak Wani, Tenjku, kak Wawa, IqaChan, kak Nisa’, Anati, Yasmin, Hidayah, Kak Aya, Athirah, Kak Di, Nyanya, Awanis, Asilah, Umi peh seko-seko aku tulis. nak berkenalan? haha
Well, result exam Mid Year haritu dah keluar. Alhamdulillah. Eventho tak sehebat mana pun, tapi masih boleh dibanggakan dan aku tetap bersyukur sebab keputusan yang aku dapat ni membuatkan aku terus bersemangat untuk sambung belajar jadi doktor (cewahh padahal baru Mid Year je pun!) ahaha semangat-semangat tapi malas jugak nak baca. hishhhhhhhhhhhhh
Aku tau aku boleh buat.
Aku tau aku boleh jawab exam.
Aku tau aku boleh dapat imtiyaz,
Aku tau aku boleh jadi macam Egyptian.
Aku tau aku boleh banggakan umi abah aku.
Biarlah orang nak cakap apa. Biarlah orang nak cakap aku tak layak nak amek medic, tak mampu nak bawak subjek susah-susah ke apa ke. Aku yang belajar, aku yang bayar yuran, aku yang jawab exam bukannya diorang tu. Huh. *muka nyampah*
Dan aku memang tak menyesal datang Mesir dan aku tak menyesal langsung tinggalkan Engineering. Aku tau rancangan ALLAH itu MAHA hebat! Sebab DIA tau aku lagi boleh bawak subjek Bio ni dari subjek Physics. Tengok je result Anatomy, Physiology, Biochemistry dan Histology aku lebih baik dan lebih better daripada subjek Physics dan Mathematics.
okeylah. Dah taknak membebel panjang. Dah Maghrib. Solat awal waktu kan lebih afdal…
saje nak femeskan diorang haha
Bakal doktor walauun dalam takut-takut berani perlu juga nekad keberanian untuk belajar. Abang sepupu saya ernah bercerita mengenai pernah di suruh bawa najis sendiri sebahagian proses pembelajaran farmasi. Yang kelakarnya tidak seorang pun bawa kerana geli walaupun najis sendiri
akubiomed´s last [type] ..Tinggalkan Celcom 3G untuk bersama Maxis Broadband
Yup. Betul tu. Mana boleh takut, lagi2 part tengok darah dan mayat. Memang kena berani.
Fuh. Belajar Pharmacy bawak najis? Geli nyaa. Opsss mana boleh geli sepatutnyaa. Heheh
salam sis..nak pggl sis,umu berapa ni..heheee
takpe,jgn pernah sesali apa yang terjadi ,mungkin ada hikmah yang tersendiri yang pnting sabar menanti..ermmm
umur baru 19. ehehe panggil zida je la senang. yup. even zida punya hard disk terformat pun itu satu dugaan. mesti ada hikmah punya..
sepupu saya pun ada 2 org study kat sana..
peduli lah ckp org.. kita yg nak belajar kan..
gud luck.. semoga bakal menjadi doktor yg hebat suatu hari nanti..
Amirrah Zawani´s last [type] ..Nama Bermula Huruf A- Kadang Best- Kadang Tak best
yupp that’s rite!! thank you kak mirra!!
Future doctor! Trust yourself. Ek, tanye sikit, mumia ke tu?
Hisyam´s last [type] ..Menangislah Untuk Kesihatanmu!
hehe tengs. ehhh mana ada mumia. LOL mumia takkan jadi bahan eksperimen, lagipun mumia tu mayat yang ‘cantik’ lagi. HAHA cadaver laa
erk ngeri tgk gmbr last…
cik tom´s last [type] ..Blog Under Construction
eh kenapa ngeri pulak? HAHA tu kira perfect lagi tu, kalau tak, ada je mayat yang dah hancooo. weeee
chaiyokk ! akak pasti bolehh
Siti Wardah´s last [type] ..apa kes blog aku takde dalam list Ben Ashaari ni
terima kasih dikkk
good luck!!
adik tahun berape???
hehe shukran. zida kecik lagi. baru tahun satu. heheh
typo..
doktot = doktor..
huhu
cik ezy´s last [type] ..contest – kenangan zaman sekolah
hai doktot zida..
hihikk..
blaja rajin2 ye..
=)
cik ezy´s last [type] ..contest – kenangan zaman sekolah
insyaALLAH, doakan zida terus rajin belajar