Hard Disk Terformat Pun Ada Hikmah Tau!

Salam hari Sabtu.

Okey. Title yang sangat menyejukkan hati aku. Sangat memujuk hati aku. Aku tau, setiap kejadian for surely ada hikmahnya kan? Dan setiap apa yang terjadi tu memang dah ditetapkan, ditakdirkan. Tak perlu nak salahkan sesiapa. Kun fayakun. Nak jadi, jadilah ia.

Tak tipu weh. Elok-elok aku feeling gila study Anatomy part Male Genital Organ, terus hilang mood lepas hard disk kesayangan Hitaaaachi! <– nama hadisk tu* kena format. Waaaaaaa Dah la banyak gila barang berharga.

Aku tak kisah sangat kalau movie, lagu, cerita, novel blablabla hilang tapi isk isk sob sob T_T tapi gambar tu! Mana aku nak cari balik? Gambar-gambar family, zaman sekolah, zaman kat CFS IIUM completely LOST. Dah la backup pun tak de. Seriously.

Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya kamulah orang-orang yang diangkat darjatnya jika kamu benar-benar beriman” (Ali Imran : 139)

Tanya orang itu, tanya orang ini, alhamdulillah diorang cakap drive yang suddenly formatted boleh recover balik but before that yang masukkan any data pun sebab takut data-data lama ter-overlap dengan data baru.

*sigh*

Btw, thanks to bro Mahmud al-Kauthar for giving me a recovery software. I just tested it and not know yet if it possible to recover back all my data. Hope boleh la. Lama jugak nak kena tunggu ni. Kalau tak dapat, redha je la yang termampu.

Nak tau apa hikmah daripada kes hard disk terformat ni?

1. Zida and her housemate tak leka dan lalai depan laptop menonton pelbagai movies yang penuh berlambak dalam tu.

2. Allah nak menguji kesabaran dan keikhlasan Zida dalam meredhai apa yang dah terjadi.

3. Zida dapat tau siapa kawan siapa lawan *erk*

4. Zida dapat mengeratkan silaturrahim dengan ramai orang sebab ramai sangat yang tolong bagi jawapan bagi kes ni, terutama bro tadi

5. Zida dapat belajar new thing, hard disk yang terformat boleh cover balik

HA HA HA ada lagi ke hikmah lain? Haaa ni yang kita tak tahu sekarang ni. Kita tunggu 2 jam lagi dan lihat. Hope I’ll get good news later. Peeps, doakan untuk Hitaaaachi! saya tau. Ngehngeh

Recent Related Posts

33 thoughts on “Hard Disk Terformat Pun Ada Hikmah Tau!

  1. Pingback: Aku Paling Takut Bila Dengar Pasal Mati | Illusion of Dyspraxia

  2. Terformat hard disk?!!
    Ngeri sungguh!

    Sy selalu backup dalam pen drive. Sbb dulu hard disk pernah buat hal. Terpaksa gila2 cari recovery program. Sebab data yang hilang memang berharga.

    Hope you are okay. Wsalam.
    Jali´s last [type] ..Doktor Pakar Sarkis

  3. zida tak baca Bismilah ker heee..

    bila ramai yg bari respon rasanya kita kesunyian jika kita mnghadapi masalh yg merumitkan…

    pstt!!jgn lupa ucapkan terima kasih pd mereka ya :)

    • Kak Suri!

      Ni yang sayang akak lebih ni. SObsob terharu bila baca komen ni. Terima kasih ye semua :)

      *terharu sangat sampai taktau nak cakap apa dah*

    • Macam haritulah, tak sempat lagi nak save dalam hardisk tu. Hehehehe nanti la Zida buat hujung minggu depan. Free sket kot~

  4. Pingback: Sanah Helwah Umi! Salam Perantau Dari Anak Yang Jauh~ | Illusion of Dyspraxia

    • Ehhh Zida kalau menonton pasti mengajak orang lain. HAHA kan dah terskema bahasa. Lalala~

      Boleh cover 54GB je. huhuu lagi 146GB dah hilang T__T

  5. Salam. Dah leh recover ke data yg lost tu… klu dh dpt solve, leh ajar tak… sbb sy sblm ni terformat sd card, bukan terformat pun, tp terpaksa format. Takleh bukak sd card tu klu tak format, kuor notification suruh format… so, byk gambar penting yg hilang, huhuhu…

    • Waalaikumsalam.
      Alhamdulillah. Eventho tak semua dapat recover balik, sekurang2 still boleh recover walau dah terformat. Heheh kalau nak ajar tu, boleh tapi takut tak memuaskan hati pulak. Sebab Zida pun tak habis lagi. Ni sebab nak exam tu yang tergendala nak habiskan semua.

      Tapi insyaALLAH Zida boleh kot tolong pape yang patut. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge