IniAnwarHadi – Kan Senang Berdakwah Tu!

I beat semua orang kenal Anwar Hadi kan, ala pelakon komedi yang kat ada video best Youtube tu. HAHA suka-suka aku je bagi title pelakon komedi kat dia. Yelah pelakon kat femes, dia pun dah femes jugak pe. Senang betul nak femes sekarang. Letak je video cun-cun terus boleh jadi femes

*eh keluaq tajuk la pulakk*

Korang dah tengok video dia yang terlatest punya? Yang tajuk 27 Kali Ganda tu. Kalau belum pergi tengok cepat! HarHar tahniah buat beliau kerana mempunyai keinginan dan inisiatif untuk buat video berkenaan hadis Rasulullah ini. Budak sekolah agama macam aku ni pun tak buat camni.

dok pehe bakpo youtube dok kasi kawe embedded video nii

bakpo aku dop kecek klate broken ni?

*ehem nak sharing usrah 2 minggu lepas*

Tengok, nak ajak orang buat kebaikan memang tak susah sebenarnya. Nak berdakwah pada orang untuk buat amal makruf nahi mungkar takdelah payah bebenor. Cuma kita je yang takut-takut dan tak ada keyakinan diri nak ajak orang lain betul tak?

Yup, I know kita semua ni bukanlah manusia yang sempurna – nama pun insan (perkataan asal dalam bahasa arab ‘nisyan‘ bermaksud lupa) mesti kita takut orang akan pandang serong kat kita balik. Mesti kita taknak orang cakap, eleh kau buat boleh pulak. Takpelah, nabi cakap ada 3 cara nak mencegah kemungkaran.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ;
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka tegahlah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Alangkah indahnya kalau syarikat KRU buat filem islamik, alangkah bestnya kalau Les’ Copaque buat kartun animasi yang cerita tauladan dan doa harian. Mesti best jugak kalau student multimedia Lim Kok Wing University buat video hebak hebak pasal Islam.

*sambil membayangkan banyak poster/iklan tentang movie islamik*

Tapi tu semua angan-angan yang mungkin susah nak jadi. Kalau KRU buat filem islamik, ramai ke yang nak tengok? Lim Kok Wing tu pulak, ada ke student islamik? Sebab apa Zida cakap macam ni, sebab sekarang media massa, filem wayang, kartun, movie, drama memang memainkan peranan yang paling penting sekarang.

Okey, bab siapa yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah ni Zida simpan dulu. Kita akan bincangkan di lain masa. I nak siapkan assignment kedua dalam sejarah sepanjang bergelar student Medic Al-Azhar. HAHA seyes belajar sini takde assignment a.k.a homework. Best gila! :)

Recent Related Posts

13 thoughts on “IniAnwarHadi – Kan Senang Berdakwah Tu!

  1. Pingback: Minah Tudung Zaman Sekarang Takde Otak | Illusion of Dyspraxia

    • amende yang 2? usrah? haha kalau usrah tu dah banyak da senanye.

      eh ko cakap pasal esaimen ke? haha yup baru 2 kali. histo and biochem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge