Kenapa Haram Sambut April Fool??

1 April dah? Wah wah hari ni April Fool! Aku nak kenakan siapa ekk??? HAHAH kata hati aku berkata pada suatu hari bertarikh 1 April masa sekolah menengah rendah dahulu, yolah dulu masa Form 1 Form 2 eventho sekolah agama, kadang-kadang tu ada jugak benda yang terjahil sikit kan. Biasalahhh budak nakal *tetiba

Btw, seperti semua maklum, tepat je 1 April ada saja orang terutama anak-anak muda yang menyambut April Fool ni dengan membuat macam-macam jenis lawak yang tak lawak dan pelbagai jenis kejutan yang memang terkejut. Saya sendiri tak faham kenapa ada sesetengah orang tu taksub sangat dengan budaya kapir ni. Best sangat ke tengok muka mangsa gurauan April Fool ni? Mereka ni tak sedar, kadang kala lawak biasa atau ‘practical jokes’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Pernah juga diceritakan suatu hari ada seorang suami yang agak jahil tentang agama membuat lawak kepada isterinya dengan berkata, “aku ceraikan kau dengan talak 3!” apalagi meraung isterinya lepas dengar tapi tak lama kemudian si suami pulak meraung melalak sebab talak yang dimain-mainkan itu dah jatuh!!

Nak diringkaskan, sebenarnya mengikut sejarah, April Fool’s Day ini merupakan hari di mana tentera Kristian telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam setelah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol. Penduduk Islam ini terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri tapi tentera Kristian tak puas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk Muslimin ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Tapi ada orang cakap kisah ni tak betul? Benarkah??

Apa yang penting ialah, kita sebagai umat Islam yang ditegah keras berbohong jadi pastinya tidak boleh menyambut April Fools. Sekiranya kita jelas tentang hukum Allah yang jelas melarang kita berkata dan berbuat dusta, maka haramlah bagi kita untuk menyambutnya. Tepuk dada tanya iman~

credit to sumber here

Recent Related Posts

5 thoughts on “Kenapa Haram Sambut April Fool??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge