A Litre of Tears Isn’t Same With Your Big Sacrifice

Salam.

Kalau nak baca, baca sampai habis. Kalau taknak, tak payah pun takpe. Ini sekadar luahan perasaan seorang anak yang tak berapa nak sedar diri akan pengorbanan kedua orang tuanya di Malaysia T____T

Hari ni gua emosi. Dah 2 hari gua emosi gila. Asal dengar radio iLuvIslam je mesti tangkap leleh, rasa terus sebak di dada. Asal dengar lagu Ayah, Buatmu Ibu, Lafaz Yang Tersimpan, Doa Perpisahan dan lain-lain nasyid kegemaran zaman sekolah dulu, semua ni buat gua rasa nak menangis sangat-sangat!

Ntah kenapa gua ciwek sangat ntah, gua sendiri pun tak faham ==’

*sigh*

Mungkin semua ni sebab semalam, sekali lagi gua mintak duit kat umi sebab nak beli tiket flight balik Malaysia cuti summer break ni. Gua segan sebenarnya, dua hari sebelum tu, gua baru je mintak umi masukkan RM200 sebab nak bayar duit visa dengan duit ‘kashfu dam‘ atau check-up darah. Tetiba lepas semua member suruh beli tiket cepat-cepat, gua pun jadi serba salah nak mintak ke tak.

Family gua bukanlah family kaya raya. Abah gua kerja guru matrik je, umi gua pulak disamping menjawat sebagai seorang suri rumah tangga, beliau juga ada mengusakan sedikit bisnes, tapi gua tau, semua tu tak la seberapa kalau nak tampung duit rumah, api, air, telefon, belanja, pembelajaran gua dan adik-adik gua yang lain. Dan aku rasa umi abah paling banyak melabur duit kat gua.

Fuh! Tangkap leleh gua lepas tu. Gua sedih sangat. Gua rasa gua ni penghabis duit orang tua. Pastu gua takut nak exam Final ni. Gua takut gua tak lepas Mumtaz atau Jaid Jiddan. Gua takut gua tak dapat scholar. Gua takut tahun depan yuran second year kena guna duit mak bapak gua lagi. Gua taknak.

Tulah. Memang lepas mesej dengan mak gua, gua terus nangis sorang-sorang. Nasib housemate gua semua pegi kelas/tuisyen. Gua layan tangis sambil dengar lagu-lagu nasyid dari radio iLuvIslam. Memang bertambah-tambah tangis. Gua rasa menyesal belajar jauh-jauh, gua rasa menyesal tak jimat duit dari dulu.

Tapi gua tau, gua tak boleh menyesal. Gua tak boleh patah balik. Gua dah masuk fasa 4/5 dalam Tahun Pertama Ijazah Sarjana Muda Perubatan *eh kan?* gua kena teruskan hidup. Gua kena teruskan usaha walaupun rasa macam banyak lagi ilmu yang gua ingat-ingat lupa, walaupun exam just 15 days left.

Dan semalam gua nangis sorang-sorang lagi atas katil dalam bilik yang gelap bila dapat mesej dari umi di Malaysia,”along, umi dah masukkan RM2000, gunakan sebaik mungkin, harap along faham.” ohhhhh terharu gila gua! Baru mintak semalam dah dapat hari ni. Teresak jugak gua nangis tapi kena kontrol la, ada orang tido kat sebelah kan.

Umi  Abah terima kasih banyak-banyak. InsyaALLAH esok juga anakmu ini pergi survey tiket kapal terbang yang paling murah sekali okeyyyyyyy jangan risau. Doakan anakmu ini dapat teruskan usaha untuk struggle dalam beberapa hari mendetik ini. Doakan anakmu ini dikurniakan hati dan dada yang lapang serta ingatan yang kuat dalam menghadapi peperiksaan mendatang.

Sekian dari anakmu jauh di perantauan :’)

Along.
1.22 am.
26 Mei 2011.
Kaherah, Mesir.

ah malu plak aku tulis benda ni.

abaikan ayat yang agak ganas di situ.

Recent Related Posts

30 thoughts on “A Litre of Tears Isn’t Same With Your Big Sacrifice

  1. Pingback: Duit vs Study | Illusion of Dyspraxia

    • InsyaALLAH, terima kasih atas nasihat. Doakan Zida dapat terus kuat, entahlah, kadang2 rasa nak stop pun ada. Rasa menyesal pun ada. Huhu

  2. anak mintk apa jjer ibu bapa mesti bgi walaupun dema tak der duit…tapi sllu anak mmg cept lupa kluga bila jumpa kwn2..

    harap klu jadi anak yg berjaya jadilah org hendaknya… ingt balik tolong balas jasa mereka..klu dpt keje bgus2 jgn lupa bg dema duit saku..heee..

    • Ehh berjangkit? HAHA insyaALLAH doakan. Sekarang ni tengah exam, dan agak susah gak la. Takut jugak impian yang dikejar2 cewahh tak dapat. Huhuh

    • Hehe yupp. Aku tahu itu. Thanks for bagi sokongan sedikit sebanyak buat aku. Kuat sket semangat aku :)

      eh sini tak guna sistem 4 flat, dia guna sistem Mumtaz, Jaid Jiddan dan sebagainya~

  3. zidah sayang, do ur best.. insyaAllah u can do it dear.. ingat mak ayah, ingat adik2.. MUMTAZ bukan mesti, tapi wajib..huhu. moga kejayaan menjadi perkara yang terbaik buat kita kerana Allah akan berikan yang terbaik buat hambaNya.. manfaatkan masa sebaiknya.. LAPANG sebelum SEMPIT.. teruskan perjuangan hingga ke saat2 terakhir.. Ingat, Allah tidak akan menzalimi hambaNya yang berusaha.. wipe ur tears k.. this isn’t time to sit anymore, it’s time to stand.. better late than never.. GO for it, DO it and GET it.. moga kejayaan menjadi milik kita bersama.. aminn..:)
    *reminder for me too..

    • EHEM DAH BOCOR RAHSIA SIAPA UMMU ISMAIL NI.

      HAHAHA

      thanks my dear. thanks for giving me such nice *tak tahu la nice apa* tapi dah terharu gila dah ni.

      Sayang kau gilaaa la Ajaaaaaaaaaa!

      :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge