Bagus Sangatkah Belajar Medic di Mesir?

Salam.

Final exam lagi 36 hari. Minta maaf mencelah sekejap.

Saya terpanggil untuk buat entri pasal ni selepas ada beberapa orang junior dan budak-budak lepasan SPM 2010 bertanya kepada saya mengenai ‘medic’ atau lebih common ‘belajar medic di Mesir’. Banyak jugak keyword macam tu yang masuk dalam blog saya ni. Baiklah. Saya akan cuba jawab ikut yang termampu.

Senang/susah tak belajar Medic?

Senang tak senang it’s depends on ourself jugak.  Nampak memang macam susah tapi once kita dah belajar, sebenarnya senang je! Mind set juga main peranan penting. Cuba jangan sebut perkataan susah bila kita nampak something yang agak ‘tak senang’ di mata. Heheh

Bagi Zida word ‘senang’ itu adalah bila Allah anugerahkan kemudahan mengingat, memahami dan menghafal lantas dapat mendapat jawab exam dengan bahagia. Heheh

Kenapa pilih belajar Medic kat Mesir?

Sebab pertama, kalau betul-betul rasa nak belajar Medic, Mesir adalah tempat yang paling mudah untuk mendapat tempat dengan requirement minimum 4B (B) untuk subjek sub-Science (kalau tak silap). Yuran pun tak semahal di Ireland, India, Russia dan Indonesia.

Sebab kedua, Mesir ni orang gelarkan sebagai ‘ardul kinanah’ ‘ardul anbiya’ sebab keberkatan belajar kat sini lain macam other country. Lagi satu, kita boleh tambah ilmu agama dengan join talaqqi, liqa’, usrah, dan lain-lain aktiviti agama.

Betul ke JPA dan MARA tak hantar pelajar ke sana lagi?

Yup, rasanya semua sudah maklum. JPA dan MARA sudah menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir. Based on syarat-syarat permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011 kita tak boleh nampak takde pun Perubatan ke Mesir. Cuma saya kurang pasti sebab politik ke apa. Don’t ask me about this anymore. Huhu

Result SPM saya tak straight A, boleh ke nak apply belajar kat sana? Macam mana?

Macam yang saya bagitau tadi, minimum requirement nak masuk sini adalah lebih kurang B+/B. And based on what I know, ada je member saya yang 2A, 3A datang sini keluar duit beribu-ribu semata untuk belajar Medic kat sini. Tapi fikirkan baik-baik sama ada result korang layak atau tidak, sebab ada kes student kena tendang sebab tak cukup syarat.

Ada 2 cara nak datang sini, sama ada guna ajen atau melalui KPT. I prefer you all yang nak datang sini, better ikut KPT itu lebih selamat. Ye, saya datang sini guna ajen dan ramai yang cakap guna ajen ni sangat bahaya. Saya akui ada je classmate saya yang ditipu oleh ajen-ajen tak bertanggungjawab yang menggunakan alasan ‘nak tolong anak Melayu’ dan sebagainya, semata-mata nak dapat duit yang banyak. Oleh sebab ni la you all kena cari ajen yang betul-betul diiktiraf.

Boleh cerita sikit pasal ajen-ajen yang diiktiraf tu?

Erk. Iktiraf ke tidak saya tak tahu, cuma ada beberapa ajen yang menjadi pilihan ramai pelajar dan ibu bapa antaranya MedicMesir (MM), Akademi Al-Quran Mesir (AQM), Islamic Medic (IM), Global Medic Network(GMN) dan lain-lain. Nasihat saya, tolong jangan terpengaruh dan terpedaya dengan janji-janji manis mereka. Nak tahu bagus ke tak ajen-ajen ni, sila tanya pada mereka yang berpengalaman sendiri.

Macam saya, MedicMesir dan AQM adalah ajen yang paling boleh dipercayai dan perkhidmatan kedua-dua agen ini adalah sangat bagus. Tak caye boleh tanya budak-budak lain. Seriously :)

Eh tak mahal ke yuran perkhidmatan + yuran pengajian semua tu?

Mahal la! Tapi murah lagi dari Malaysia. Hehe Korang boleh apply dermasiswa, yayasan, atau zakat negeri masing-masing buat sementara waktu untuk Tahun 1. Sebab tulah kena struggle and belajar betul-betul kalau nak dapat scholar JPA or MARA or biasiswa 1 Malaysia. InsyaALLAH dengan result Mumtaz dan Jaid Jiddan korang dah boleh dapat scholar.

Kalau tak dapat scholar macam mana?

Belajar la betul-betul. InsyaALLAH ada rezeki takkan kemana punya :)

ps. berminat nak jadi doktor? boleh klik sini.

Next Entries : Sudah Bersediakah Anda Ke Mesir & Sistem Pembelajaran Perubatan di Universiti Al-Azhar

Recent Related Posts

135 thoughts on “Bagus Sangatkah Belajar Medic di Mesir?

  1. salam untuk semua pelajar SPM 2011 yang berjaya dengan keputusan cemerlang dan masih tercari2 di mana kah tempat belajar paling bagus dan terbaik. kenali saya dengan panggilan wan shj. insyaallaah sya nak berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada untuk menyertai pengajian d mesir. SATU agensi yang tidak berapa POPULAR d kalangan ibubapa dan juga pelajar2 Tapi mempunyai satu TARIKAN yang AMAT MENARIK iaitu service memang BAGUS!. ALFAAZZA BIO MED sdn Bhd tidak begitu POPULAR spt MM tapi SERVICEnya TIP TOP!, kerana pendapat saya X popular x mengapa tapi QUALITI amat penting. untuk mencuba x salah. layari FB ALFA AZZA BIO MED. insyaallah anda boleh bertanya apa saja kemusykilan tentang MESIR kerana orang yang akan menjawab segala persoalannya adalah PEMASTAUTIN d MESIR> SILAkan.

  2. Assalamualaikum kak zida
    Saya minta diberi pencerahan sedikit tentang study perubatan di uni zagazig
    Environment okey tak , class hanya for malaysia student saja ke.
    Dan ada class ugama jugak ke macam azhar , wajib attend dan lulus ke.
    kebajikan student bawah jagaan AQM ok tak?

    Thanks kak ,

    • Waalaikumsalam,

      nanti akak cuba dapatkan maklumat yang kamu nak, tapi yeah kat Zagaziq takde subjek agama. Just subject teras yang 4 tu dengan English kalau tak silap. InsyaALLAH nanti akak suruh kawan akak jawabkan, tapi mungkin lambat sikit, diorang tengah exam sekarang ni..

  3. Nak Tahu antara university Al-azhar dgn mansurah mane yang lebih bagus…. Kalau kak dalam keadaan saya mane kak pilih dan kenape

    • Bagi akak sama bagus je kot, Azhar ada tambahan subjek agama, dan Mansoura pula PBL Program (boleh baca kat link tu) dan akan masuk hospital awal untuk review cases kalau tak silap.

      Tapi sebelum tu, may i know your ‘keadaan’ tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge