Hey hey hey salam perpaduan wahai rakyat Malaysia.
Apa khabar semua? Saya rasa semua semakin sihat, al-maklumlah adik-adik lepasan SPM 2010 semua dah tahu keputusan UPU dan Matrik masing-masing bahkan abang akak SPM 2009 pulak dah tahu keputusan Final Exam Asasi/PSPM mereka haritu. Well done.
*sigh*
Oleh sebab itu, saya ingin memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di Mesir kebanyakannya sudah dijangkiti suatu wabak penyakit yang kalau tidak dirawat dari sekarang, pastinya akan merebak hingga ke akhir. Penyakit apakah itu? Haaa inilah dia yang dinamakan wabak EXAMINITIS.
Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus? Kawan buat masalah?
Haaa inilah simptom-simpton yang seringkali saya perhatikan melanda budak-budak di Mesir ini bahkan serangan Examinitis ni juga selalu menyerang kawasan kot dan bandar di seluruh dunia, terutama apabila berada di bulan Mei.
Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi. Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar.
Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan. Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan.
cewahh
Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.
Nama saintifik :
Examinitis
Golongan sasar yang mudah dijangkiti :
Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun
Most vulnerable :
1. Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja
2. Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan
Tanda-tanda awal :
1. Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)
- Tidak mendapat keputusan yang diharapkan
- Mencuba tetapi masih merasa hampa
- Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri
- Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif)
2. Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan
Kaedah rawatan :
1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus
• Keikhlasan niat dan perbuatan
• Usaha yang tersusun dan berterusan
• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal
• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah
2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir Al-Mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
3. Jangan Hasad Dengki & Takabbur
4. Redha dengan segala Godaan & Dugaan dari Tuhan
5. Ikhlas dalam segala amalan dan tajdid niat semata-mata kerana ALLAH
sumber iLuvIslam *nanti cari balik link asal. haha

ingatkan examinitis tu apa la tadi.. hihii
hehe,lucu jew..ada jugak eh sakit tu:) bahaya neh!
pe pun yg penting,berusaha,berdoa,tawakal…insyaAllah berjaya:)
nanakimie´s last [type] ..Giveaway Whos The Winner
dah lepas … yehaaaaa… hehe
zik´s last [type] ..Incik Ostrich kena saman dengan polis- hah laju bebenor
yelaaaaaaaaa yang dah lepas tu duduk diam2 jeeee. hoho
yela sgt penyakit ko tuh.. haha… da mcm pnyakit ap je aq dgr.. adoii.. hhaa
HAHAH well, you know me. kang aku letak macam2 nama penyakit lagi ekkkk =P
nama blog aku ni pun satu penyakit gaks. hohoho
bila xm saya makin lalu makan… oh semkin fat lah aku
Haa itu betul! Zida pun sama, asyik rasa nak maaaaaaaakan je. Seriously!
mid sem aku sekarang laa. tuh la pasal. U aku abes paling lambat T_T korang smua dah melompat happy2 kat Msia sana
Laaaaaaaaaa sekarang ke? Patutla aku tengok korang budak2 Alex macam diam je kat Facebook. Heheh tapi ko sempat pulak usha blog aku ekk? HAHA all the best lah. Jangan risau, nanti balik Msia jugak kannnnn
eh, dentist je ke medic sekali yang exam?
budak medic nyer final lagi lambat.lg pon dyorg pakai sistem module, lain dgn kitaorg. ada sesetengah awal bulan 8 dah abes, ada tuh 2,3 hari sebelum raya baru abes exam :p sadis kan
Woahhhhhh lambat gila bai! Nasib aku tak pilih masuk Alex haritu. HAHAH takpelah, tahun2 depan pun raya makin awal, so makin takde peluang jugak nak balik, yang penting this year, first year ni buat betul2. Nanti boleh balik Mesia dengan riang gumbira. hehehe
Ingatkan tadi satu penyakit baru dari Mesir. Kecut jugalah perut kejap.
Sabahan Bloggers Club´s last [type] ..Beginner SEO Tips
Heheh alhamdulillah Mesir takde penyakit2 baru lagi. Heheh
inflammation of exam :/ zida gudluck yer, buat molek2 :p aku pon ada exam midsem je lah. final lambat lg. hehe chayook!
Eh exam midsem? Bilakah? Tulah, alex ni pelik2 laaa. Tak paham aku. HAHA
Huh, kalolah disuruh amek exam lagi, x mao dah..ha3
decrewz´s last [type] ..Ini Bukan Entry Politik Kotor Dimana Melayu
Cukuplahhhh. Ni je Zida dah rasa penat gilaaaaa =___=
Mula-mula tersalah baca ingatkan mengenai penyakit sendi. Ha..haa… rupanya penyakit melanda ketika exam makin hampir
akubiomed´s last [type] ..Menempuhi kegelapan malam yang panjang
Erk penyakit sendi? Ohh penyakit sendi nama dia lain. Haha nanti Zida cari apa nama penyakit untuk sendi yek. hehe
wah,bagus entry ni. ingatkan examinitis tu ape.ohohohoho!!! apa-apapun, tips paling mudah ialah INGAT ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA
Lizz´s last [type] ..Nur Kasih The Movie – Fenomena Baru Untuk Filem Melayu di Malaysia!
Hahah saje nak kasi surprise
Yup, apa-apa je ingat ALLAH, insyaALLAH semua benda akan berjalan dengan lancar ~