InsyaALLAH You’ll Find Your Way

Salam.

Sungguh cepat masa berlalu kan. Sangat pantas.

Sedar-sedar je dah bulan Jun.

Sedar-sedar je dah 1 Rejab.

Sedar-sedar je final exam lagi seminggu.

FYI wahai orang-orang Malaysia, budak-budak di Mesir semuanya dalam fatrah imtihan. Tak faham? Sekarang ni musim exam. Semua universiti kat Mesir ni tak kira pelusuk mana pun, semuanya dah start atau akan start exam dalam bulan Jun ni.

Dan banyak pulak la orang tanya aku, “eh Zida ko dah ready ke? Ko dah prepare habis ke ni?” takpun “weh Zida kau dah habis baca buku ke?” Tak kurang dari tu ada jugak yang dok mengadu, “Zidaaaaa aku tak habis baca buku lagi ni, cemana ni….” selain tu “mek Zida, aku takuuuuut niiii..

LOL korang ni. Saje je kan buat aku makin cuak. Aku pun tak tahulah 7 hari ni cukup ke tak nak cover semua. Okey, kalau nak cover semua mungkin tak. Tapi kalau nak habiskan Cardiovascular System, past year questions, MCQs, Proteins, Lipids, Xenobiotics, Cancer dan  Tumor Marker mungkin sempat.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa sebab sekarang ni rasa tengah buntu gila. Rasa cuak melebih-lebih. Nak nasihat orang pun dah tak reti. Buat kerja pun dah pelik-pelik. Baju tak berlipat, meja bersepah, masak pun malas, masa tidur pun dah tunggang-langgang. Pulak Subuh pukul 3.10 pagi, lagilaaaaaa~

Doa Ulangkaji Pelajaran

Doa Masuk Exam

Kanak-kanak semua, sila hafal doa ini. Mohon doa juga daripada semua di Malaysia. Perasaan takut tak habis-habis lagi ni. Bila tengok budak Zagaziq dah start exam, fuh gelabah aku nak pegi study. Sila baca di blog pakcik Abrar Shafie untuk maklumat lanjut.

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah..”

Mawi ft Akhil Hayy – Hambaku (OST Imam Muda)

Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita semua menjawab exam. Bittaufiq wannajah!

nota kaki :
Zida dah beli tiket balik Malaysia! Alhamdulillah. Bila tarikhnya, hehe nanti akan diumumkan. Cewahh :)
Maaf pada siapa-siapa yang ada mintak Zida update pasal life budak Medic, serious tak sempat. Nanti ek lepas exam~

Recent Related Posts

23 thoughts on “InsyaALLAH You’ll Find Your Way

  1. 14-6/2011-27/6/2011 blog suri masih tak blh bukak seerti biasa huhu..sedihnya hati..harap zida tgu blog suri ok ek…blh baca entri suri huhu..

    baner suri tak letak lagi alahai,,,

    harap maklum…

  2. apa kebenda zida cakap tu..
    zida main cak2 dgn anak suri ker ekekee..

    lain yg di minta laon pula dia usik kita adeh…

    cam ner tak yah letak bener le…huhu.

  3. Pingback: Wordless Wednesday #1 – Biochemistry is My Love! | Illusion of Dyspraxia

    • Ehh tak kenal ke? Rasa dah add kat Fesbuk kot. haha baru tahun 1 je bro, tak hebat lagi, baru merangkak lagi. weee~ btw, thankss :)

  4. hoho..yg last week nih, do the best ever la weyh.. kasi pulun cukup2.. t blek, kita horey2 lak..
    *padahal pas rye exam! bengong je aq ni.. haha

    • Korang exam lepas raya? Bila tuhh? HAHA time korang exam nanti aku datang kasi sokongan padu. HAHAHA

      thanks dear. sayang ko ketat! <3

    • Haah, bandwidth cepat habis sekrang, sebab alhamdulillah visitor semakin naik, memang nak kena tukar pakej lepas ni.

      Thanks bro. Doakan kami semua di sini dapat terus survive eventho jauh dari parents semua :)

    • Sobsobbb shukraan aida :’) terharuuu~ all the best untuk ko gak. and congrates sebab result ko gempak gila, 3.91 kannn? Pehh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge