Salam.
Walawehh poyo gila tajuk. Takde idea nak letak apa. Lately ni seriously tak tahu nak menulis apa. Setiap hari rasa macam blur blank gila otak ni, sudah diperah tapi tiada jus idea yang keluar. Dah rasa macam jawab exam pun ada. Huhu maapla, mungkin dari hari ni sampai hujung bulan Julai, mungkin entri merepek dan takde manfaat kot (?)

Asal sebut Alex je, automatik dalam kepala terbayang laut. Yep, Alexandria a.k.a Iskandariah ni terletak betul-betul tepi laut and it’s the most beautiful and tempat yang the most clean antara banyak-banyak tempat kat Mesir ni. Betul! Okey, tak, sebenarnya yang bersih tu kat tepi-tepi jalanraya kat laut je. Kat kawasan lain banyak sampah juga.
Memang, Mesir sinonim dengan negara yang kotor dan banyak sampah =.=’
For the first time, kitorang yang pertama kali sampai Alex, memang batak gila. Ibarat rusa masuk kandang. Eksaited je pandang keliling. Efwaiai, bangunan kat Alex tak sama macam Cairo. Cairo more to kotak-kotak-shaped. Tapi Alex ni meriah sikit. Kita boleh nampak ada ukiran yang cantik-cantik kat bangunan tu.
Dan, bila namanya budak Tahun Satu, perkara pertama yang nak dibuat kalau datang Alex ni, mestilah nak tengok laut yang superb nan indah tu. Guess what, it’s freaking awesome! Subhanallah. Angin malam membelai lembut, memang best untuk menenangkan fikiran bercelaru.


Disebabkan kitorang memperuntukkan sehari je kan Alex untuk makan angin, memang tak sempat la nak buat banyak benda. Pulak budak-budak Alex tak habis exam lagi masa tu, so memang kena pandai-pandai kitorang sendiri la kat sana. Btw, thanks a lot to MARA Students especially Marlyana and housemate. Hanya 3 tempat je kami pergi – Montaza, The Royal Library of Alexandria, and Fort Qaitbey (serta sekitar tepi laut)
Montaza
Ia merupakan sebuah taman seluas 155.4 hektar, berkedudukan di tepi pantai dan di dalamnya terdapat sebuah istana yang tersegam indah. Seriously wa cakap, istana ni besar gila, dah besar, gila pulak tu kan. Yup, istana ni dimiliki oleh Raja Mesir yang terakhir, Raja Farouk yang memang gila disebabkan terlalu taksub dengan kekayaan dan kemewahan.
Cerita sikit pasal Raja Farouk ni, beliau memerintah Mesir secara monarki (kalau tak faham sila buka buku Teks Sejarah Tingkatan 4 kot) Hidup dengan serba mewah dan ketagihan mengumpulkan harta. Beliau ni banyak sangat kereta tapi tak pernah puas dan asyik beli yang baru (beli kat Eropah pulak)

Di sebalik kecantikan dan keindahan rupa istana tu, rupanya terdapat besi seumpama tombak-tombak tajam di setiap menara tersebut yang didakwa sebagai lambang kezaliman semasa pemerintahan Raja Farouk. Diceritakan, beliau ni gemar mengumpul gundik dan sanggup membunuh para lelaki semata untuk mendapatkan perempuan. Gila.
Kalau nak tahu bilangan pokok kurma yang ditanam di taman ini sama dengan bilangan gundik yang dia ada. Woi, banyak gilaaaa!
Beliau yang lahir pada 1920 dan mati pada 1965 di atas meja makan. Pada waktu itu, berat dia menjangkau 140 kg dan kerana terlalu banyak makan, dia pun mati. Eh nak tau lagi banyak pasal Raja Farouk ni, boleh jejak uncle wiki kat sini dan sinun. Trimas!
pandangan jauh
bersama anak Arab. cuba teka berapa orang anak Arab tu?
Okey panjang sudah cerita pasal Montaza. Tapi wa cakap, view kat sini memang best. Angin kuat! Nak jalan kena ada kereta. Penat gila kalau jalan kaki, dan memang tak puas kalau sekejap-sekejap. Lepas ni plan nak tidur hotel kat sana. Tak pun chalet depan laut tu. HAHA
The Royal Library of Alexandria
Buang duit tranco je datang sini. Kitorang tak masuk pun dalam library ni, just berlegar-legar kat luar, sebab nak masuk pun kena bayar tau. Tah pape tah. Apa yang menarik kat sini, library ni (atau dikenali sebagai Biblioteka). Ianya pernah dimusnahkan suatu masa dahulu dan dibangunkan semula sebagai bangunan peringatan.


Biblioteka Alexandrina mempunyai lebih dari lapan juta buah buku, dan luas kawasan membaca ialah 70,000 m2 di sebelas tingkat. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta dan kanak-kanak, 3 muzium, 4 galeri seni, sebuah planetarium serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.

beribu dan bermacam tulisan ada
Citadel of Qaitbay
One of the Seven Wonders of Ancient World. Kubu Salahuddin al-Ayyubi di Iskandariah. Kitorang tak sempat nak masuk sebab dah petang. Hanya sempat naik bot, lepak-lepak tengah laut. Heheh boleh refer entri Wordless Wednesday #6 untuk gambar lain. Hihi nak tau maklumat lanjut pasal tempat ni, klik sini dan sinin sendiri.

eh, betul ke Kubu Salahuddin al-Ayyubi ni? >.<

That’s all folks. Tak tahu nak cerita apa dah. Lain kali saya cerita pasal Mansoura pulak ye. Salam.
Salam….best nyer jalan2 bila nak bw cg ronda2 plak
cikgu?? wahhh, segan lak saya. hahhaha jom cikgu! ada duit semua jalan
alamak..tetinggal huruf A la kt jealous aku tuh..haha
eksaited sangat lettewwww
wahai makcik..i’m soo jelous..haha
apa yang ko jeleskan sangar cik rean oii. aku pun jeles dengan hang jugak! jordan lagi! hahahaah
wa…mmg seronok tgok pic2x kat atas… teringin bljr kt mesir…=.=
btw salam ziarah & jalan2x disini.
Nanti tengok2 la gambar yang lain sekali
syukran for coming~
wah mmg best rasa tgok gamabr tak puas lagi.ke zida snp pic tak byk huuuu
Nanti zida upload yang lain ye. Sory tak sempat, haritu busy hal rumah
waahh tgk pic pun dah terpukau, apatah lg kalau dapat tgk depan mata sendiri kan.
)
Yup, memang terpukau mata masa tengok. Ada rezeki lebih mai la sini
dikatakan,, abjad yang terpatri kat wall luar library tu ialah himpunan semua jenis tulisan yang pernah wujud kat dunia ni..(from tour lam library best sgt) (^^)
Lain kali kak Aisyah kena bawak kitorang! Heehehhe
subhanallah… cantiknya… InsyaAllah klu p Alex t, lawat ke sana… hehehe… xsbr maw p Mesir ni… hehehe
Nak datang Mesir ke? Wajib lawat Alex, sebab memang pelik la sape belajar kat Mesir tapi tak penah jejak Alex.
yup… insyaAllah ujung Sept ni… MM intake 2011/2012…
Nanti kita jumpa ye
ko pergi library Alex ko tak masuk? kena bayar murah je la. klu ko masuk ko lagi excited. sbb Alex one of the european city, jadi best bila baca
well, ko tak explore abes lagi yer. next time ada peluang aku bawak ko pi jalan2. tp bg aku Alex serious tenang dan tak sama mcm Cairo :p
Banyak lagi benda yang aku boleh buat. So, aku kena ada kau untuk jadi tour guide! HAHAAH
Yelah, Cairo kan hectic dan chaos melebih2. wakaka