Day 01 – Recent Picture of You & 15 Interesting Facts About Yourself

IMG-20130301-WA0009

find me :P

.

.

1) Nama penuh saya Zahidah Maulida, maksudnya kelahiran yang zuhud

2) Saya anak sulung dari 6 orang adik-beradik, tapi semua ingat saya anak bongsu/tunggal. Apesal?

3) Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, hingga ke universiti semuanya Islamik dan saya bangga memegang title budak sekolah agama.

4) Sehingga kini, saya dapat banyak sangat nickname, Zahidah, Zahida, Zaida, Zida, Zid, ZM what the?

5) Saya pernah masuk CFS IIUM dalam course Engineering tapi sebab tak minat langsung kat Physics, tu yang terus bertukar ke Medic, kat Mesir pulak. Dan ramai yang tak sangka akan benda ini. 

6) Saya tak jiwang tapi no hal kalau nak cakap bab cintan-cintun. Ramai je orang cerita isi hati mereka dekat saya dan selalunya saya akan jadi orang tengah (?)

7) Saya pernah drive dari Bandar Tasik Selatan sampai Putrajaya (lalu jalan Kajang) dan masa tu tak dapat Lesen P pun lagi, hampir-hampir dirempuh oleh bas sebab handbreak tiba-tiba mati!

8) Saya suka basuh baju banyak-banyak dan suka biarkan baju bertimbun atas katil sampai menggunung sebab nanti best tido atas baju-baju tu. HAHAHA

9) Saya jadi tokei movie sekarang. Cakaplah, Melayu Indon Thai English Korea Jepun Kartun Hindustane semua pun ada!

10) Saya suka berjalan dan makan angin. Boleh je kalau nak berjalan dari pagi sampai malam asalkan ada tempat makan dan tempat solat.

11) Beday saya 9 September. Ingat 9, ingat saya.

12) Saya sangat bersyukur lillahi bila pakai contact lens. Ya ALLAH, nikmatnya mata yang jelas!

13) Saya adalah antara orang yang terkecik dan tercomel. Dari sekolah rendah sampai sekarang. Hahah

14) Saya suka sangat sangat anything yang ada coklat. Very addicted to chocolate!

15) Saya adalah orang paling kuat makan antara semua. Dan orang suka tengok saya makan (?) dan asal makan je mesti semua akan ingat saya, sebab tu saya pernah jadi Exco Pemakanan (DM) haha

Menarik tak saya? HAHAHA

16 thoughts on “Day 01 – Recent Picture of You & 15 Interesting Facts About Yourself

  1. aku just nak komen
    cantikla org tepi kau
    hahaha gurau jer
    ni point ke-16
    kau seorang yang kuat berjalan.ingat hari last exam mid year dulu kau pgi city star,masa tu org,FRU duk bkumpul nk buat sauroh.hahaha

    • Zida says:

      Hehe dulu masa exam memang rajin tapi sekarang ni dah abes ni, rasa macam taktau nak tengok movie ape pulak. Hihihi

  2. Oh kak long rupanya. Kalau dah kecil comel boleh masuk dalam poket senang hendak dibawa kemana-mana. Bila dah jadi doktor esok tidak elok tabiat kumpul baju banyak-banyak kerana keadaan hospital terdedah segala virus elok di asingkan.<–he..hee..macam mak neneklah pula

    • Zida says:

      Sebab masa tu nak gather punya pasal sebelum flight pegi Egypt (masa ni raya) haha jauh gak aku rasa dari BTS-Putrajaya, sebab lalu jalan Kajang, jauh sket.

    • Zida says:

      Heheh kawan aku yang ada lesen ada je masa tu, tapi dia takde confident nak drive, yang aku ni plak eksaited nak drive, tapi lesen haprak tak dapat lagi. Hahah kesimpulannya kereta tu yang salah. Ayah aku dah cakap awal-awal kereta tu macam ada something tak kena. Ngehngeh

      Tapi sekarang dah ada lesen macam aku plak yang tak confident ==

    • Zida says:

      Yep, memang masa tu tak dapat lesen lagi, konon2 testing sebelum nak JPJ test tu laaa. Heheh alhamdulillah sangat takde pape, seriously dah macam Final Destination pun ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge