Assalamualaikum wbt.
Yaw yaww wasap wasap.
Tak jawab salam dosa, kalau jawab sayang. *trademark Maria Elena. Hehe alhamdulillah, peperiksaan untuk subjek Perubatan yang tiga itu dah selesai, tinggal paper Arabic Language dan Holy Quran. Walaupun rasa taklah selesai dengan jaya, sekurang-kurangnya dah usaha dengan bersungguh-sungguhkan? Sekarang ini tinggal doa dan tawakkal
Erm, hari ini saya terpanggil buat kali kedua untuk menjawab persoalan yang bermain di minda adik-adik yang bakal datang ke Mesir. Tak sangka pulak saya ramai juga yang akan datang ke sini walaupun ramai ibubapa di Malaysia takut nak hantar anak-anak mereka ke sini, gara-gara Kisah Krisis Aku & Mesir dulu.
Study kat sana macam mana? Tension tak?
HAHA soalan ni, korang akan rasa bila time exam. SERIOUSLY, I said it once dulu. Memang akan tension gila-gila lagi-lagi kalau orang tu style belajar study last minute macam saya. Oh kanak-kanak tolong jangan ikut habit ini. Bila dah final exam ni baru tahu, belajar Medic ni tak boleh nak last-last minute, paling last pun kena 2-3 minggu sebelum tu, kalau tak LU PIKIRLAH SENDIRI
Tapi untuk menjawab persoalan ni, study kat sini sama je macam tempat lain. Takde beza pun. Dan mana-mana tempat kita belajar, apa-apa subjek pun yang kita ambil, rasa ‘tension’ tu surely akan ada terpahat di hati.
Subjek yang kena belajar include Agama, Al-Quran, English dengan ICT kan? English and ICT itu untuk apa dan susah tak?
Erm, soalan ini khas untuk Al-Azhar University nampaknya. Yup, kat sini ada subjek tambahan, Al-Quran, Bahasa Arab (Nahu, Sorof, Balaghah), Adab Nusus, Tafsir Hadith, Feqah Tauhid dan lain-lain subjek agama. Agak beruntung bagi mereka yang bersekolah agama dulu sebab dah nampak, dah tahu selok belok semua subject ni. Tapi yang bersekolah biasa dulu jangan takut, TAK SUSAH pun subject ni. Those subject were very interesting!
Tapi untuk English & ICT, rasanya kalau Medic *again, Al-Azhar only* tak ada pulak dalam silibus tapi tak tahu la pulak kalau tiba-tiba ter-ada kan. Hehe kalau Dentistry, yup ada (during pre-dental only)
Banyak tak masa free kat sana?
Masa free tu memang banyak, ramai je antara kitorang sempat pergi jalan-jalan pusing Cairo, Alex, Mansoura dan lain-lain tempat, Talaqqi, Usrah, aktiviti rumah BKAN, aktiviti PERUBATAN dan habiskan 20 episod drama Korea pun sempat jugak. Tapi kena diingatkanlah, pandai-pandai bajet masa sendiri, kalau tak memang menyesal di kemudian hari.
Barang-barang apa yang nak dibawa pergi sana?
1) Dokumen penting perjalanan – passport, tiket, visa, surat tawaran dan lain-lain. Sebaiknya Kad Pengenalan asal tidak dibawa, tetapi dibuat salinan dan simpan softcopy (Surat Beranak, IC sendiri termasuk mak ayah, passport, gambar berukuran passport, surat tawaran dan lain-lain dokumen yang dirasakan perlu membuat salinan)
2) Ubat-ubatan persendirian
3) Pakaian yang mencukupi untuk ke kuliah, di rumah, tidur, solat, bersukan, jalan-jalan. Dan err kalau ‘baju-baju kecik‘ tu kalau boleh bawak cukup-cukup sebab kalau korang nak beli pun kat sini, peh, orang Arab ni kan besar-besar!
4) Kalau nak bawak sweater/winter coat siap-siap pun boleh tapi sini pun ada jual.
5) Stationary – yang ni kalau boleh bawak siap-siap dari Malaysia, sebab apa pensil tekan kat sini sangat mahal dan barang-barang lain agak kurang berkualiti. Tapi kalau ada yang berkualiti macam jenama dari Malaysia tu pun, agak mahal
*okey harga standard Malaysia je pun, tapi kalau 6 tahun hidup kat sini asyik nak convert je, memang mati la kan*
6) Electrical Appliance – boleh dibawa dari Malaysia untuk kualiti yang lebih mendalam. Periuk nasi, iron, water-boiler, extension, adapter 2-pin, laptop, charger dan lain-lain
7) MAKANAN
- Rempah ratus – bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang dll
- Perencah nasi goreng, mi goreng dll
- Serbuk kari dan kurma
- Sup Bunjut
- Milo – kompem tak akan jumpa kat sini!
- Cili Kering @ serbuk
- Asam jawa @ asam keping
- Serbuk santan – bawakla banyak-banyak
- Kiub, pes tomyam
- Belacan
- Halia, lengkuas, kunyit
- Dedaunan (serai, daun sup, dll yang dah dikeringkan)
- Kicap
- Sos Cili – takkan jumpa kat sini.
Al-Quran, sejadah, telekung, al-Ma’thurat, buku-buku Ilmiah sebagai peneman hidup dikala susah dan senang kat sini *wah no 8 tak keluar la
Ada musim sejuk kan? Kena bawa winter coat ye?
Mestilah ada, sejuk dia melampau gak, tapi not below negative degree la. Nak bawak winter coat siap-siap pun boleh tapi kalau nak beli kat sini pun takpe. Murah kot kat sini, eventho orang cakap tu bundle tapi still cantik! Harga range 100LE-200LE so, kalau convert RM baru dalam RM50++ ke atas!
Bekalan makanan macam mana?
Haa, macam yang saya cakap kat atas tadi, benda-benda tersebut kalau boleh bawak la, sebab apa, susah nak cari kat sini. Kalau ada pun mungkin mahal gila. Dan oh ye, kat sini bekalan makanan saaaaaaangat banyak! Beras, ikan, ayam, telur semua ada. Jangan risau. Kami tak makan pun roti arab setiap hari. HAHAHA
*orang selalu ingat kami di Mesir ni makan roti arab je ke (?)*
Itu saja bebelan dari saya pada hari ini. InsyaALLAH lusa saya akan kongsikan kepada semua rakyat Malaysia sama ada nak datang sini ataupun tidak tentang persiapan yang perlu ada sebelum anda nak datang ke Mesir ni. HAAAAA
Entri #1 - Bagus Sangatkah Belajar Medic di Mesir?
Entri #3 – Sistem Pembelajaran di Universiti Al-Azhar

Pingback: Bagus Sangatkah Belajar Medic di Mesir? | Illusion of Dyspraxia
Pingback: Sistem Pembelajaran Perubatan di Universiti Al-Azhar | Illusion of Dyspraxia
Assalamualaikum! Anti dah tahun ke berapa kat Al-azhar? Ana nak sambung dentistry nanti insyaAllah tapi x pernah belajar arab pun. lepas bca ni baru tahu ada balaghah, nahu, soroh and semua2 tuh. exam dia susah x? yg pasal Quran tuh dah tahu dah.
anyway best tak kehidupan sana? after the crisis? hehe nak tau jugak. thanks!
Alhamdulillah, hampir melepasi Tahun Pertama. Hehe nak masuk Azhar? Mehh! Ala, takpe. Kat sini pun ramai je yang Arab tak reti dulu, tapi once dah masuk sini, dah belajar alhamdulillah okeyy.
Best ke tak? Panjang kalau nak cerita. Anti boleh la cari dekat entry2 lepas ke. Heheh
Pingback: Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Ke Mesir | Illusion of Dyspraxia
slm zida, hari tu mai, blog ni takleh masuk sbb bandwith tu, skrg dh ok. Alhamdulillah keadaan kat sana dh baik.
nuriz´s last [type] ..Kontroversi Bogel Menuju Tuhan & Komen dari Hanis Zalikha
wah…pos la hadiah dari mesir dkt den sempena besday den bulan julai nih
hehehehe
Ukur Baju Di Badan Sendiri
Nak present ye? HAHAH selalukanlah diri anda datang jenguk komen2 blog ni. heheh
insyaALLAH 26 Julai nanti ada hadiah bermakna. haha
sangat2 berguna utk kami yang bakal datang ke mesir…hahaha bakal apanya..mg dah kat msir pun =p=p=p
insya allah boleh bg gambaran kpd adik2
*untung kan azhar…kami ainshams xda subj agama tu smua =p=p
yui92´s last [type] ..Mari Jadi Cantik Dengan KAIN
HAHA ngade plak ko. Alah, tak blaja subjek agama kat u pun, still banyak tempat2 lain kan? Usrah ada, tu kat masjid Azhar tu, ishhh kalau dah nama dia Mesir, insyaALLAH banyak tempat boleh belajar agama
i’m sorry but i’ve to go against you.
haha.
better nak amik medik, bukan kat mesirlah.
kenapa aku maik medik kat mesir?
sebab, sini ada bahasa arab, ada peluang nak belajar agama.
dan jugak sebab tak layak nak dapat JPA.
mesir jelah pilihan.
aku suka je duk mesir ni, tapi aku harap yg nak pergi ni tahu apa yang bakal mereka hadapi, bukan sekadar janji manis ejen2.
baca entri baru aku. lalala~
abrar´s last [type] ..medik di mesir-pros and cons
haha masing2 ada pendapat sendiri. lagipun budak2 yang tanya aku ni semua yang memang dah komfem nak datang sini. aku pun layan jelah dorang ~
Salam kakak Zahida.
Saya nak gi Mesir la. Kalau saya gi melawat kakak, makanan dan tempat tinggal saya ditanggung tak?
Hihihihihihihihihihihi
W’salam adik Mimi.
Akak rasa tak perlu kot kalau akak yang tanggung. Duit Jordan lagi tinggi dari Mesir, hang yang mai, hang yang belanja. HAHAHA