Salam 4 Ramadhan 1432H.
Moga amalan anda sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Jangan lupa buat checklist, sebagai peringatan buat diri kita sendiri! Oh ya, nanti saya akan kongsikan checklist tu buat korang semua yaa!
Alhamdulillah, tadi sempat join dengar tazkirah lepas tarawih mengenai martabat puasa. Okey, ni first time saya dengar pasal benda ni and oleh sebab tu saya eksaited nak share dengan semua. Menurut Imam Ghazali, puasa ini ada 3 tingkat martabatnya, iaitu :
1. Puasa Umum
Orang ini berpuasa dengan hanya sekadar menahan lapar perut dan hausnya tekak serta nafsu syahawatnya di siang hari.
Selalunya orang yang berpuasa dengan cara begini tidak berapa menjaga sangat, contohnya si perempuan tetap keluar dengan baju yang pendek atau ketat dan tidak memakai tudung. Kalau si lelaki pulak, terlalu taksub membeli makanan di bazaar (eh ada ke?)
2. Puasa Khusus
Ia menjadi khusus apabila puasa umum tadi disertakan dengan menjaga pancaindera mata, telinga, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota tubuh daripada melakukan perkara haram atau dosa.
Orang yang dikategorikan dalam puasa khusus ini selalunya akan :
- Memelihara mata atau pandangan.
Erm, bab yang ni biasanya untuk orang lelaki la kan, but nowadays perempuan pun takleh caye sangat. Asal nampak mamat hensem je mula lahhhh..

- Memelihara lidah.
Jaga-jaga sket mulut tu kalau nak bercakap. Lebih baik diam daripada bercakap benda-benda lagha, apatah lagi mengumpat. Yang laser-laser tu pun baik tinggalkan jela. Bukan baik pun. Better pegi mengaji. Kan comel.
- Memelihara pendengaran.
Dengarlah benda-benda yang baik, lagu-lagu yang kearah ketuhanan dan kalau boleh dengar orang mengumpat pun janganla weh. Berdosa jugak tu. Huhu
- Menahan perut dari makanan yang syubhah atau haram.
Ini memang kena jaga. Makanan yang masuk dalam badan kita akan menentukan warna hati kita. Baik asalnya, makan bersihlah hati. Kotor mulanya, maka tidak sucilah hati. Pastikan masa beli makanan tu ada cop JAKIM ke, cop HALAL tu ke. Heheh
- Elakkan buka dengan makan terlalu banyak.
Jangan la nak makan banyak sangat masa berbuka tu jang oii! Kata nak tahan nafsu kan. Kang tercungap nak solat tarawih nanti kang. Ntah-ntah Maghrib pun mengagau. Hihi
- Hendaklah hati merasa bimbang dan berharap
Maknanya sesudah kita berpuasa, kita patut merasa bimbang. Takut plak kan puasa kita tidak diterima Allah. Dengan itu kita perlu sentiasa berharap agar Allah menerima puasa kita dan diberikan ganjaran.
3. Puasa Khususul-khusus
Puasa ini menjadi lebih khusus apabila kedua-dua puasa di atas disertakan dengan menjaga hati dan mengelakkan diri daripada mengingati perkara-perkara yang bersangkutan dengan duniawi yang boleh melalaikan diri kita daripada ALLAH
Jadi, apakah martabat puasa anda?
Sama-sama fikirkan untuk kebaikan. Jangan lupa mengaji


Pingback: Rumah Terbuka Hari Raya Colleen-Kawaii.com 2011 | Everyone Connects Open House | Illusion of Dyspraxia
Macamana puasa di perantuan tentu seronok yer pada sama terasa sedih mengenangkan keluarga dari jauh
Eh alamak, lupa nak bagitau, Zida dah balik dah, sehari sebelum puasa lagi. Hehehe
D
Zida tak bersedia lagi nak puasa + raya jauh dari family~