Dompet Yang Hilang Diganti Nuffnang

Salam 3 Ramadhan.

Apa khabar iman? Moga-moga bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini kita penuhkan dengan amalan-amalan harian yang menambahkan keimanan dan rasa rendah diri kita pada Sang Maha Pencipta.

Poster ringkas yang dibuat oleh aku sempena Ramadhan 2010 di CFS IIUM last year

Alhamdulillah, masuk hari ini dah 3 hari aku sampai Malaysia, dah 3 hari jugak dapat makan ramai-ramai satu meja. Best betul dapat makan macam-macam! Haha tapi nafsu makan masa berbuka dan sahur tak menggunung sangat macam tahun dolu-dolu, maybe sebab tak berapa nak sihat kot. Tulah, aku ni asal balik Malaysia je, selsema batuk kahak. Apakah?

Btw, aku nak ucapkan alfu shukran, shukran awiawi buat semua sahabat seperjuangan yang sentiasa mengambil berat akan diri ini. Cewahh. Betul, aku terharu gila ni. Dikala aku diuji dengan pelbagai dugaan, korang semua ada sebagai penyambut kejatuhan aku. Terima kasih banyak-banyak

Eh aku tak reti nak buat ayat jiwang-jiwang ni sebenarnya =.=

Minggu terakhir aku kat Mesir, dalam 3 hari sebelum balik Malaysia, seriously macam-macam benda jadi kat aku. Dengan offer letter dari Universiti Al-Azhar tak dapat lagi, denga result yang ntah bila nak keluar, dengan hal nak pindah rumah dan angkut barangnya, dengan kes kaki yang kena bolus infection tu lagi dan paling besar, kes dompet kena cilok dengan ntah sape-sape ntah.

Geram betul aku dengan orang Arab ni. Lagi dekat nak puasa, lagi macam-macam diorang buat. Kawan-kawan aku je ramai gila kena sexual harassment. Takut gilak dengar cerita diorang. Huhu kes aku hilang dompet tu, alhamdulillah sangat masa tu dah habis beli barang-barang, dan dalam tu ada 200LE, kad HSBC dengan kad Maybank. Trimas gak buat korang yang sudi pinjamkan duit.

Memula cool je, tapi lama-lama rasa nak nangis. HAHA sedih kot. Dah la dompet beli kat Thailand. Ciskek betul sape yang amek. Tapi aku redha je. Alhamdulillah rupanya pada hari yang sama aku hilang dompet, hari tu jugak aku dapat cek daripada Nuffnang dan duit yang aku dapat lebih banyak dari duit yang aku hilang.

Syukur sangat-sangat. Terima kasih Nuffnang. Erk, entri ni takde main point sangat. Cuma nak cakap, kalau kita redha dan yakin ada hikmah di sebalik semua kejadian, insyaALLAH ada ganjaran yang lebih baik untuk semua ni. Ah, sudah. Ayat aku dah macam keling. Ntah pebenda aku merepek ntah.

Selamat Bertahan Hingga ke Akhirnya. Jangan lupa mengaji! :)

Recent Related Posts

14 thoughts on “Dompet Yang Hilang Diganti Nuffnang

  1. Pingback: Keputusan Contest Saya Sayang Mesir 2011 | Illusion of Dyspraxia

    • insyaALLAH ada rezeki tu. ZIda ni pun tunggu 2 tahun baru cashoout, tu pun takde la banyak sangat~ tapi sekurang2nya ada kan. alhamdulillah :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge