JOM! Kasih Ramadhan 2.0 – Misi Sumbangan 130,000LE Untuk Mesir, Ghana, dan Orang Asli Cameron Highland

Salam 23 Ramadhan

Alhamdulillah, sehingga kini kita masih dipertemukan dengan Ramadhan dan tak lama lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Moga-moga kita terus kekal hingga ke akhirnya. Oleh sebab itu, sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, apa kata jom join misi besar ini, boleh gandakan pahala amalan :D

Alhamdulillah, hasil perbincangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak para pelajar, ibubapa dan rakan korporat, MedicMesir dengan berbesar hati melancarkan satu projek dana yang dikenal sebagai JOM! Kasih Ramadhan 2.o. Projek ini akan berjalan selama 5 hari bermula 23/8/11 hingga 27/8/11.

Sasaran

Kami mensasarkan kutipan derma sebanya 130,000LE (LE merupakan currency untuk negara Mesir i.e Egypt Pound) yakni lebih kurang RM64,600++

1) 50,000LE akan disumbangkan ke Islamic Relief, Mesir untuk tujuan pembinaan rumah anak-anak Mesir termasuklah anak-anak yatim, miskin, serba kekurangan dan keupayaan diri yang terletak di Helwan, Kaherah, Mesir.

2) 46,000LE untuk Program Kasih eShrin.
Kasih eShrin (20) adalah sumbangan pek makanan Ramadhan kepada 50 keluarga miskin di Malaysia (untuk 10 buah negeri) dan 120 keluar miskin di Mesir (lokasi di Tanta)

3) 20,000LE akan disumbangkan kepada Somalia Refugee Camp.

4) 4,000LE untuk sumbangan 800 Mushaf al-Quran ke Ghana.

5) 10,000LE untuk program komuniti dan pemeriksaan kesihatan bersama Orang Asli Cameron Highland

Apa Perlu Anda Lakukan?

1) Anda mampu menjayakan projek dana 130,000LE ini dengan hanya 20LE (eShrin) atau mengikut matawang negara anda – 20LE, RM20, 20USD, 20GBP, $20 dan lain-lain.

2) Para ibu bapa atau sumbangan daripada anda yang bekerja denominasi RM200 amat digalakkan

3) Warga Korporat, sumbangan zakat RM2000 dari organisasi anda amat dialu-alukan.

Bagaimana Hendak Menyumbang?

LANGKAH PERTAMA
PLEDGE atau NIAT sumbangan anda sekarang! Sila PLEDGE di borang yang telah disediakan, anda boleh menyampaikannya kemudia kepada wakil-wakil JOM! Kasih Ramadhan ini, ataupun anda boleh memasukkan ke dalam akaun bank kemudian. Pastikan PLEGDE atau NIAT anda dibuat semasa anda berada di Zon Ramadhan! Klik pada link yang tertera di sebelah –> LINK BORANG ‘PLEDGE atau NIAT’

LANGKAH KEDUA : PEMBAYARAN
1) Malaysia – Masukkan sumbangan anda ke akaun ‘Mansoura Consultancy’ – Maybank – account no. 512802511290
2) Mesir – Sampaikan terus ke wakil-wakil di setiap muhafazah [more info : here]

Kemudian maklumkan sumbangan anda tadi secara email slip atau terus sumbangkan kepada wakil, Zakwan Ilias (mansoura.medicmesir@yahoo.com) di talian +60148635694

Segala pertanyaan, sila hubungi :
Pengarah (Malaysia) : Aiman Jusri  +60133746393
Timbalan Pengarah (Mesir) : Azizul Hakim Mahdi  +20142970299
Sekretariat Program : Zahidah Maulida (Zida) +60173047297

Segala perbincangan dan perkembangan terbaharu program dana JOM! Kasih Ramadhan 2.0 akan di-update dalam group facebook ini Program Kemasyarakatan Pelajar Perubatan MedicMesir dan juga website rasmi MedicMesir.

Semoga projek dana ini dilancarkan dan dipermudahkan urusan kita untuk sama-sama merebut peluang ibadah di bulan Ramadhan ini. Semoga semua amalan dan ibadah kita diterima ALLAH s.w.t

Amin ya Rabbal Alamin…

Recent Related Posts

2 thoughts on “JOM! Kasih Ramadhan 2.0 – Misi Sumbangan 130,000LE Untuk Mesir, Ghana, dan Orang Asli Cameron Highland

  1. Pingback: [Gambar] Sumbangan Team Selangor MedicMesir dalam JOM! Kasih Ramadhan 2.0 | Illusion of Dyspraxia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge