[Gambar] Sumbangan Team Selangor MedicMesir dalam JOM! Kasih Ramadhan 2.0

Salam Satu Agama

Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Rasa macam nak rasa terlebih bersyukur je dengan segala yang ada. Rasa macam bersyukur sangat sebab diri ini masih dipanjangkan umur dan masih lagi hidup dalam keadaan sempurna dan bahagia bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah 3ala kullu ni3mah wa astaghrifullah ala kullu zanbi. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan aku pohon keampunan atas segala kekhilafan.

Terdetik di hati apabila menatap wajah-wajah di atas, “Ya ALLAH, kalau aku di tempat mereka, adakah aku sanggup menghadapi cubaan sebegini rupa?” Kedatangan kami semua krew-krew Team Selangor MedicMesir membawa 1001 rasa di hati kami sendiri, sedih gembira terharu takjub dan banyak lagi perasaan yang tak dapat ditafsirkan.

Alhamdulillah, Program Kasih eShrin dalam misi JOM! Kasih Ramadhan 2.0 di Selangor telah berjaya dilaksanakan pada 28 Ogos yang lalu bertempat di Desa Ehsan Permatang Pasir di Banting, Selangor dengan kehadiran seramai 22 orang termasuk ibubapa dan mahasiswa mahasiswi Perubatan Mesir MedicMesir. Tahniah diucapkan pada semua!

Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan dapur (anggaran RM1500) kepada 4 buah keluarga terpilih. Sepasang suami isteri tua yang berjauhan dengan anak-anak, seorang anak yang telah lama kehilangan ayah, sebuah keluarga yang terdiri daripada 7 orang anak dan seorang makcik yang tinggal seorang diri.

Saya agak terkejut kerana rata-ratanya mereka diberikan wang zakat bulanan lebih kurang RM150-RM300 sebulan untuk sebuah rumah. Tak cukup nak bayar bil, nak makan, nak sekolah. Bayangkanlah, kita ni sekelip mata je dah boleh habis RM300 tu. Ya ALLAH memang insaf sangat masa tu! Alhamdulillah rumah di sini semuanya jenis kembar satu tingkat yang dilengkapi dengan ruang tamu kecil, 3 bilik tidur, 1 bilik air dan dapur.

PERHATIAN, MARATHON GAMBAR BERMULA SEKARANG. HAHA :P

we are the islamic docs wanna be, enshaALLAH

 Team Medical Selangor :P

Tuan Koordinator yang bersemangat waja ~

What’s gonna work? TEAMWORK hoyeh hoyeh

CEO Besar MedicMesir Pn Siti Hanizah @ UmmiMM turut serta dalam program ini

credits picture to Bro Kushairi Zuraidi @ Kucai

Alhamdulillah sekali lagi apabila jumlah kutipan dana misi JOM! Kasih Ramadhan 2.0 secara kasarnya melebihi target yang ditetapkan. Jumlah terkumpul dikatakan hampir 140,000 LE (lebih kurang RM71,770) dan kutipan ini akan disalurkan kepada mereka yang disasarkan.

Diharapkan sedikit sebanyak usaha ini mampu meringankan beban mereka terutama apabila memikirkan esok harinya merupakan Hari Raya Aidilfitri. Moga Rezeki Langit Ramadhan yang lalu mampu mengukir Senyuman Syawal di wajah dan hati mereka.

Rujuk entri ini untuk sumbangan dan maklumat lanjut -
JOM! Kasih Ramadhan 2.0 – Misi Sumbangan 130,000LE Untuk Mesir, Ghana, dan Orang Asli Cameron Highland

Salam ikhlas dan Salam Aidilfitri daripada kami warga MedicMesir :)

 

Recent Related Posts

6 thoughts on “[Gambar] Sumbangan Team Selangor MedicMesir dalam JOM! Kasih Ramadhan 2.0

    • Semua ni dilaksanakan oleh siswa/siswi Perubatan Mesir dibawah kelolaan MedicMesir (agensi pelajar perubatan ke Mesir). Masa ni kami dah berjaya mengumpulkan dana selepas 5 hari berkempen. Alhamdulillah :D

    • Yup, aku pegi dengan MM, manalah layak nak dapat scholar hebat2 macam korang kan. Heheh eh, ada ke MM hantar pegi zagaziq? Taktau plak aku ada sebab salunya AQM tu~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge