Mari Belajar Arab Ammiyah [ep2]

Salam.

Maaf pada semua sebab dah lama tak update blog. Minggu lepas busy teman kawan, maklumlah ramai sangat yang nak fly pergi Mesir, hujung minggu plak busy dengan kenduri kahwin cousin sebelah abah. Minggu ni plak dengan kenduri kahwin kazen sebelah umi. Aku je yang takde kenduri kahwin lagi. Kenduri saya, insyaALLAH maybe one week before fly. Nanti saya buat announcement. Cewah.

ni masa winter nak beli minyak wangi, pak arab belakang tu bajet cakap “satu gram, satu genih” seyesly dalam bahasa melayu dan aku pun terpedaya. masa tengah bergambar ni, kawan dia tengah masukkan minyak tu dalam botol besar, CEH SEKALI DIA JUAL SATU BOTOL TU 60LE jangan harap aku nak bayar!

Btw, hari ni nak sambung balik pelajaran kita yang tertangguh sejak bulan Mac lepas dek kerana busy dengan exam (cuba la korang kira betapa bizi budak sorang neh) ha, lupa nak bagitau, berkat doa kalian semua, alhamdulillah, keputusan Final Exam Tahun Satu saya yang lepas ni, so far not bad lah, yang penting alhamdulillah lulus semua. Mohon doa lagi sekali moga-moga permohonan saya ke JPA diluluskan.

Okay back to the topic. Hari ini saya nak ajar beberapa ayat untuk pertanyaan. Kang kang sampai kat airport kang ke nak beli air haaaa taktau nak cakap nak mengayat apa. Meh saya ajar satu dua patah ayat. Be focus. FOKUS!

Apa? = eh? =

Apa ini? = eh dah? (L) / eh dih? (P) = 

Di mana? = fein? = 

Anda ke mana saja? = enta fein? = 

Bila? = emta? = 

Bagaimana? = ezzay? = 

Siapa? = mîn? = 

Siapa ini? = min dah? (L) / min dih? (P) = 

Dari mana? = min-nein? = 

Kenapa? = leih? = 

Mengapa anda melakukan itu? = 3amalt keda leih? = 

Untuk siapa? = li-min? = 

Berapa? = bi-kem? = 

Jam Berapa? = Essa3ah kam? = 

Boleh tolong saya? = Mumken tesa3idni? = 

Cara nak buat ayat guna kata tanya ni, korang just buat macam bahasa melayu contohnya “Di mana Universiti Al-Azhar?” – arabnya “fein gama3a el-azhar?” ataupun yang ini “kamu datang dari mana?” – arabnya “enta gai minein?” haaa camtu la, korang buat je la ayat simple, dah tak tau sangat campur aduk je dengan fushah tapi siap sedia la kalau kena gelak dengan Egyptian tu. HAHA

Okay jangan lupa salin, buat la notebook kecik yang boleh simpan dalam poket, senang sket nak bawak ke mana saja. Sila lihat pelajaran lepas Episod 1 ini untuk ayat teguran atau sapaan dalam kehidupan seharian. Tak faham apa-apa boleh tanya. InsyaALLAH akan dibantu.

Nantikan esok punya entri yang berkisar tentang HURUF-HURUF DIALEK ARAB MESIR dan cara penggunaannya. Sampai ketemu.

Salam :D

 

13 thoughts on “Mari Belajar Arab Ammiyah [ep2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge