Mari Belajar Arab Ammiyah [ep3]

Salam.

Hujan lebat mencurah kini. Memang sedap kalau sambung tido. Tapi tak boleh, sebab hari ni hari penting. Orang dari kampung Jakarta mai datang sini sempena majlis kahwin one of my cousin yang dulu-dulu selalu jaga jaga saya masa kecik, dah nak kawen dah dia Ahad ni. Awwww selamat pengantin baru ye ahkak comels.

si dia berbaju pepel. haha i cilok gambar :P

Jadi untuk tidak membuang masa, seperti yang dijanjikan hari ini saya nak membongkar kisah huruf-huruf arabic egyptian (eceh macam ada kisah tersembunyi plak) FYI, huruf arab ammi ni sama je macam huruf yang kita selalu belajar yang ada 24 tu, cuma yang membezakannya adalah dari segi sebutan. Mari kita lihat satu persatu.

EGYPTIAN ABCs

Kalau korang perasan ada nombor-nombor kat atas tu, haaaa selalunya Egyptian akan tulis macam tu bila diorang bersembang dengan tulisan rumi. Mungkin sebab nak bagi beza bunyi contoh macam ayat “wahashtini” – huruf ‘ha’ kat situ ha bulat ke ha terbukak? Sebab tu kena letak nombor 7 untuk membezakan, kiranya dia jadi camni – wa7ashtini – yang membawa makna, I MISS YOU <3

Hanya ini huruf dan nombor yang digunapakai kat Mesir. Kalau rasa nak bersembang dengan Egyptian kat chatroom ke apa ke, haa try la guna yang ni. Next, ada antara huruf-huruf tersebut yang tidak disebut dengan bunyi yang asal. Sila lihat lampiran di bawah ini.

1. Huruf THA disebut dengan huruf TA
contoh :  (ithnin) disebut itnein

2. Huruf JIM disebut GIM
contoh :  (jameel) disebut gameel

3. Huruf ZAI disebut dengan huruf DAL
contoh :  (hazihi khudza) disebut di khudha

4. Huruf ZHO disebut dengan DO (huruf DAL atau DOD)
contoh :  (ez-zhuhr) disebut ed-duhr

5. Huruf QAF disebut dengan huruf HAMZAH
contoh :   (el-waqt) disebut el-wa’at

6. Kadang-kadang huruf HAMZAH dibunyikan huruf YA untuk memudahkan ucapan
contoh :  (ya rais) disebut ya Rayyis

Okay setakat ini dahulu. Banyak-banyak kang pening pulak kan kan? Kalau nak senang, korang buat copy atau print, boleh simpan dalam file kan (ni kes kalau dah malas sangat nak salin) Kbai :D

Coming Up Next – GRAMMAR ARABIC EGYPTIAN

Carian lama :
Episod 1 – Ayat Teguran/Sapaan
Episod 2 – Ayat Tanya 

 

Recent Related Posts

11 thoughts on “Mari Belajar Arab Ammiyah [ep3]

    • alhamdulillah. zida ni pun on the way meningkatkan kefahaman untuk diri sendiri. tapi kalau kak liza nak tahu, ni sebenarnya lain daripada arab yang kita belajar kat malaysia. arab malaysia bergrammar (fushah) tapi yang ni tak berapa nak grammar sangat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge