Personaliti Aku Menurut Bulan Kelahiran [September]

Hai uolls.

Eh, assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Salam Syawal, Salam ‘Eid Mubarak. Kullu sanah wa antum bi khier. Taqabbalallahu minna wa minkum, moga ALLAH menerima amalan kita semua dari dahulu, hingga kini dan selamanya, insyaALLAH. Maaf atas segala salah silap.

Yeayyy akhirnya aku kembali. Akhirnya aku datang menapak di sini. Akhirnya aku ke sini muncul apabila sudah hampir 3 minggu tak muncul dengan entri merepek dan cerita basi aku. Eh macam lama sangat 3 weeks tu, 2 minggu jelah kot, sejak bandwidth penuh lagi.

Well, biasalah. Malas gila. Bosan gila. Busy gila. Takde idea gila. Dan lama-lama aku pun gila. Hehe alhamdulillah, tak gila lagi, masih waras, masih sihat dan bahkan semakin sihat kerana setiap hari dalam seminggu raya lepas, asyik maaaaaakan je. Elok-elok turun 10kg masa summer kat Cairo haritu, naek balik 5kg lepas raya. Urghhh -.-’

Berbalik pada tajuk, I beat korang semua mesti pernah guna application kat facebook yang pasal personaliti bulan kelahiran by Dato’ Hj Fadzillah Kamsah tu. Terima kasih pada Sherazak sebab bagi idea untuk aku buat jugak macam ni. Hahaha Jom kita rungkaikan kebenarannya!

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur
- mungkin, dengan orang tua WAJIB sopan santun, depan orang laki pun kena sopan santun, selalunya dengan orang yang baru nak kenal memang saangat bersopan santun. hehe lepas dah kenal, sila jawab sendiri -

Sangat cermat, teliti & teratur.
- YEAH, aku sangat tak suka benda yang tak teratur, lagi-lagi bab komputer dan dapur, siap la kena bebel dengan aku kalau tak kemas -

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
- haha baru je cakap tadi, aku memang akan terus kritik straight forward kalau ada benda tak puas hati tapi kalau bab tegur kesalahan orang tu, still takde kekuatan, huhu -

Pendiam tapi pandai bercakap.
- pendiam itu betul kalau berada kat tempat yang tak kenal sape-sape tapi once dah kenal, peh bising gila. aku pun tesion dengan diri sendiri kekadang dan aku suka MENGAYAT hahahahaha -

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
- cool tu macam mana weh? haha penah jugak ada member aku ni cool gila *haha poyo* dan aku memang baik pon *poyo lagi* korang yang kenal aku jelah tolong jawabkan -

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
- sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin. hahaha ni taktau nak jawab -

Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
- macam yang aku cakap tadi, i hate anything yang terabur dan tak kemas, walaupun aku suka sepahkan bilik tido dan meja belajar. cool kan? -

Sangat sensitif yang tidak diketahui.
- aku suka merajuk tetiba, pastu diam dan tak bercakap sampailah rasa rajuk tu hilang. so pada sesiapa yang nampak aku tetiba diam GILA, aku tengah takde mood la tu -

Orang yang banyak berfikir.
- aku MEMANG kena banyak berfikir sekarang. tu pasal uban semakin banyak je tengok -

Daya pentaakulan yang baik.
- ni daya apa ni? daya penekaan ke? haha -

Otak bijak & mudah belajar.
- bijak? mudah belajar? hope so, amin :) -

Suka mencari maklumat.
- yup, suka sangat, sampai boleh jadi stalker terhebat, haha -

Kawal diri dari terlalu mengkritik.
- eh ni pernyataan ke suruhan ni? -

Pandai mendorong diri sendiri.
- mendorong ke arah kebaikan pun pandai, ke arah keburukan pun reti. how come? -

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
kerana banyak simpan rahsia.

- YES, saya  merupakan penyimpan mohor rahsia ramai orang, aku pun tak faham kenapa banyak rahsia yang aku pegang. takut jugak kadang-kadang, yelah kot mulut tercakap ke -

Suka sukan, hiburan & melancong.
- ABSOLUTELY and OBVIOUSLY yes. hahahah -

Kurang menunjukkan perasaannya.
- ni perasaan apa ni? CINTA? SUKA? MARAH? SEDIH? semua pun ye. cuma kalau gembira je terlebih nampak =.= haha -

Terluka hatinya sangat lama disimpan.
- err ye ke? -

Terlalu memilih pasangan.
- memilih? wallahua3lam belum ada pengalaman -

Sukakan benda yang luas.
- apo bondo yang luas nyoo? rumah ka? -

Bersistematik
- err mungkin. HAHAHA -

nak kek rupa steteskop boleh? haha

cepat, ada sesape tahu beday saya bila? Haaa boleh kasi duit raya ni. teka teka :P

Recent Related Posts

6 thoughts on “Personaliti Aku Menurut Bulan Kelahiran [September]

  1. haaaaa aritu aku mai blog ni ttiba xleh masuk aku ingatkan browser aku yg ada masalah =p=p=p=p

    cepat tengok yg januari punya (ececeh nak habaq yg aku lahir bulan januari sbnarnya…)

    daripada pemerhatian maka sesungguhnya anda sangat suka mengkompelin..hahah
    yui92´s last [type] ..Untitled

    • Heheh maksalah bandwidth, beselah takde duit nak bayar :P

      yeah, aku suke komplen dan mengomen. betul. aku pun rasa sendiri, kadang2 rasa annoying gak, tapi nak wat cemana, hahaha kena blaja kontrol mulut dulu. kehkeh

      nanti aku cari januari punya ehh.

      :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge