Anugerah Skrin 2011 – Apa Yang Best & Tak Best

Salam.

Aku beat blogger lain pun mesti tengah dok update blog masing-masing dengan cerita siapa yang menang Anugerah Skrin 2011 TV3 neh (termasuk aku la jugak kan, walaupun aku jauh merentas laut Mediteranean ni) haha tapi aku bukan nak cerita siapa menang tu siapa dapat ni, cuma aku nak komen, apa yang best dengan apa yang tak best pasal ASK2011 ni.

Overall, aku rasa ASK2011 kurang menarik dan tak berapa nak happening. Nasib baik hari ni hari untuk membuang masa, kalau tak rugi je. Aku tengok macam banyak gilos awkward moment yang aku rasa aku sendiri malu nak tengok. Seyesly. (siapa setuju sila klik LIKE di bawah)

Apa Yang Best (yang berkenan di hati)

1) Dapat la tengok muka Shaheizy Sam, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Shahnaz Ahmad (eh ni pehal artis muka kachak je ni), Yana Samsudin, Intan Ladyana eh sape lagi aku nak tengok ek tadi? Hehehe

2) Aku baru tahu Diana Amir pakai tudung. Bapak cun gila! Terjerit aku tengok dia masa Red Carpet. Alhamdulillah dan aku rasa terharu gila bila tengok tadi dia pakai tudung tutup dada dan baju tak berapa ketat (nasib baik la dia kurus)

3) Gandingan Daim dan Botak (haha Zahiril Adzim & Johan Arif) aku rasa macam best gila. Dorang buat lawak sempoi dan selamba. Paling tak tahan dialog ni, “Sekali aku ‘fasha’ kau kang, ter-sandha kau kat dinding.” HAHA terbaik!

4) Gandingan Sam dengan Rosyam Nor pun terbaik jugak, macam best pulak kalau diorang sama-sama berlakon dalam cerita gangster. Dan Sam comel je bila panggil “Anje”. Haha

5) Sajak yang disampaikan oleh Datuk Rahim Razali. Syahdu bai~

Yang Tak Best (memang sangat tak berkenan)

1) Pengacara/hos majlis yang bosan gila aku rasa. Awal-awal lagi nampak gila Ally Iskandar dengan Rozita Che Wan (RCW) tu macam awkward gila. Sorry to say la, memang tak sesuai langsung. Kalau bagi Ally hos sorang2 pun best jugak. RCW macam bagi pidato je aku rasa.

2) Aku tak berkenan langsung dengan gaya Fida Ibrahim. Apesal dia macam berubah gila ek? Huhuh dah la baju ketat, leher pun dah terdedah. Aiyooo elok-elok dulu tutup litup tapi sekarang? Haish. Moga kau berubah Fida.

3) Persembahan pembuka yang aku rasa so-so je, dan jugak persembahan 3 orang artis baru (Najwa Latiff, Nashrin, dengan sape lagi sorang tu tah) macam lawak je buat show pakai pajamas bagai2.

4) Guna iPad? Oh come on, tak semua artis reti guna dan aku rasa macam tah pape pulak. Dah la memalukan presenter. Kesian pulak diorang. Guna kertas macam dulu kan best, saspen apa.

5) Buat acara pada tarikh yang tak sesuai. Aku rasa lebih molek kalau acara ni ditangguhkan lepas Raya Haji. Yelah dah la malam ni 9 Zulhijjah, sekali ada acara camni joget2 nyanyi2. Lagha semua ni #insaf

6) Kemain seksi artis. Aku jugak yang seksa bila tengok (tapi tengok jugak, nasib baik la tenet lembap2 sikit) tapikan, diorang ni macam tak boleh beli kain lebih sikit. Kot ye tutup la kaki ke, atas dada tu ke. Eeeeee takpe, aku doakan semoga artis Malaysia akan mendapat hidayah ALLAH.

Huhu dah lama aku tak membebel pasal artis ni. Dah tu je. You guys boleh usha hashtag #ask2011 kat Twitter ni kalau nak tengok lagi banyak komen2 rakyat Malaysia kat luar sana. Chowwww.

16 thoughts on “Anugerah Skrin 2011 – Apa Yang Best & Tak Best

    • Zida says:

      HAHAH jangan buat lawak, mana adalah, tengok online je. heheh nasib baik tengah cuti skolah, takdela buang masa sangat tengok benda ni. :)

    • Zida says:

      Ye ahh, tengok mula je dah macam, eeeee apa host ni. tu yang hilang pe’el tu. hope tahun depan best la. kalau tak best jugak tanak tengok dah~

  1. wahh gigih zida tgk ASK ni ek walaupun takde kat sini. :P

    yups totally hambar sgt. super boringgsss. paling tak suka tgk fasha sandha yg tak pakai baju. eeuuuwww nyampasss.

    alyah plak konon pakai selendang tp bawah free2 je tayang betis paha. haishh.
    aidaeffa´s last blog post ..First Time Ber-tutti Frutti.

    • Zida says:

      ntah. aku nak tengok sebab pastu mesti suka komen baju la apa la. hahahaha macam ni laa.

      tapi geram, diorang ni macam tak cukup duit je nak beli kain, kot sekurang2nya tutup la dada, tutup la betis.

      eeee ape nak jadi orang melayu.

    • Zida says:

      haritu masa terjumpa gambar dia kat internet, yang dengan sape kumpulan sepah tu tah, wuwuu nampak leher dia. tapi nak cakap apa kan. diam jelaa.

      harap sangat dia boleh berubah balik.

  2. Minah says:

    Pling tk best pgacara mjis 2..aduh!!!bosan nye….nsib lh si ally cover mlm 2..knape nk pilih si rozita?pihak pengajur ke yg tk pndai buat pilihan???sayang skali….byk lgi pgacara lain.

    • Zida says:

      huhu nak try test je kot. tapi memang kureng sket la. kot diorang angkut syarifah shahira ke best jugak even kadang2 mulut dia ni macam laser, tapi kalau boleh buat orang gelak, happening la gak enn??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge